Monday 13 February 2017

Kisah Sekolah Firas & Fahim

Assalamualaikum.. Hari ni nak cerita pasal sekolah Firas dan Fahim. Izz Firas Anaqi tahun ni dah masuk usia 5 tahun. Makanya terpaksa berpisah dengan adiknya, Izz Fahim Ukail. Fahim tahun ni baru nak masuk 3 tahun.

Yang si abang Firas ni, kami masukkan sekolah PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam). Sekolah ni memang best sebabnya dia terapkan ajaran Islam dan ilmu al-Quran, sesuai dengan mottonya "Pasti melahirkan generasi al-Quran". Zaman sekarang ni mendidik anak-anak memang banyak cabaran dan dugaan, jiwa dan hati kena kental. Justeru ramai ibu bapa yang pilih Pasti, sebab Pasti punyai silibus yang lengkap dan padat dengan menerapkan nilai-nilai murni menurut ajaran Islam. Anak ni saham akhirat kita tau, sebab tu kita perlu sangat melentur anak-anak sejak kecil lagi. Kadang tu, kita lalai dan tak tahu nak menerapkan anak-anak dengan ajaran Islam, sekolah Pasti ramai lahirkan pelajar yang celik al-Quran, celik hafazan dan ilmu agama serta doa harian yang ibu bapa sendiri tak dapat buat untuk anak sendiri.

Fahim tak boleh lagi masuk Pasti sebab belum cukup umur. Pasti hanya terima kanak-kanak yang usia 4, 5 dan 6 tahun sahaja. Makanya Fahim stay kat taska lama tempat 3 beradik berkumpul dulu.
Kadang-kadang bila abang balik sekolah, menyanyi lagu-lagu yang diajar di sekolah, Fahim pun turut sama hafal lagu tu. Kelakar kan. Fahim ni agak pelat sikit, kadang tu tak faham apa yang dibicarakan.

Time abangnya sibuk buat homework, dia pun buat sibuk dan busy. Macam dia pun sekolah macam abangnya jugak. Fahim memang kaki mewarna, kat taska pun cikgu selalu bagi gambar Fahim mewarna, tekun aje kalau bab mewarna. Sekolah taska Fahim ada jugak belajar-belajar, tapi light sikit lah sesuai dengan umur Fahim, belajar secara santai-santai macam homeschooling, tak stress.


Masa awal-awal dapat buku sekolah Firas, ada 14 buah buku tak termasuk buku al-Quran dan hadis serta buku Iqra'. Okay, mamanya pun terasa jakun dan "culture shock" sebab dapat banyak buku dan terpaksa sampul semua. Eh, ini baru sikit tau, belum masuk sekolah rendah lagi. Bukan senang rupanya nak menyampul buku kan, mamanya lupa dah skill time menyampul buku masa zaman sekolah dulu-dulu.


Antar subjek yang diajar kat Pasti ialah:-

1. Bahasa Arab
2. English
3. Matematik
4. Bahasa Melayu
5. Sains Sosial
6. Bahasa Jawi
7. Pendidikan Jasmani
8. Pendidikan Seni
9. Hadis & Hafazan
10. Iqra'

Sekian dulu coretan Nurha, jumpa lagi kita di lain entri.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...