Friday, 11 December 2015

Enaknya jeruk asam boi..


Sekarang ni tengah musim buah mangga. Sebelum ni dah jadi viral dah org sibuk buat jeruk asam boi. Tapi Nurha tak berkesempatan lagi nak buat.

Entah kenapa tekak ni terasa nak makan yg masam2, takut dlm perut ni ada yg menghuni. Hehehe, masih belum confirm lagi ye, tunggu end of this month nak jumpa doktor untuk pengesahan scan. Kalau setakat UPT je Nurha masih macam kurang confident.

Berbalik pada jeruk asam boi tadi. Papa balik outstation dari Mersing, tengok2 kat tangan dia ada seplastik buah mangga muda, penuh isinya. Kecurnya liur rasa. Siap request suruh beli asam kecut, Nurha siap Google gamba asam kecut sebab papa takut tersalah beli.

Senang rupanya nak buat jeruk asam boi ni. Potong buah mangga muda panjang2, masukkan dalam besen dulu. Taburkan gula, garam tu option.. Nurha tak letak sebab asam kecut ada rasa masin2 sikit. Lepas tu potongkan cili, Nurha guna cili merah yg pedas gila tu. Ikut citarasa nak pedas banyak ke pedas sikit. Then, masukkan seplastik asam kecut. Jangan lupa letak limau kasturi jugak, potong bulat2 bg rasa dia mengancam. Gaul bagi serasi. Lepas tu bolehla dibotolkan dan masuk dalam peti ais.

Time bila pulak nak makan ye? Kalau masa paling sesuai 5 jam lepas tu, biar rasa dia serasi. Perlu diingatkan, tak payah letak air tau sebab air tu akan keluar sendiri hasil daripada tindakbalas gula dengan mangga muda..Amazing kan..Sedap u'olls, selamat mencuba!

Friday, 4 December 2015

Homemade sensory bag untuk Fahim

Sensory bag ni baik utk baby or toddler. Khas untuk fine motor skills, melalui sentuhan dan warna. Kebanyakan parent sekarang suka buat sendiri sensory bag sebab murah, mudah dan cepat. Baby seawal 3 bulan pun dah boleh expose dgn bag ni untuk menajamkan lagi motor halus dan deria sentuhan dengan syarat under adult supervision.

Nurha pun lambat nak memperkenalkan Fahim pada sensory bag ni sebab sekarang Fahim dah menjangkau usia setahun 2 bulan. Tapi takpe, rasa excited nak buat sensory bag tu sangat memuncak. Cari bahan2 kat kedai RM2 je. Kos pun tak sampai RM10.. Nurha tak tunjuk step satu2, biar gambar yg berbicara..hehe... Senang sangat buatnya tak sampai 15 minit.

Saturday, 28 November 2015

Potty training...

Semua org sibuk ajar anak potty train. Tapi Nurha tak ajar lagi Firas potty train. Pernah jugak ajar tapi tak konstan.huhu..macam mane nak pandai.. Kadang-kadang rasa cepatnya Firas membesar, tu yg buat lambat2 potty train. Ada yg kata budak lelaki memang lambat sikit nak putus pampers kalau nak compare dgn budak perempuan.

Firas kalau nak poo poo memang pandai cakap nak ke tandas kalau sakit perut. Tapi bab kencing fail. Pernah 3 kali ajar Firas tapi Nurha cepat rasa down bila tengok Firas punya seluar tiba-tiba basah. Kadang2 marah yg tak boleh control, kesian Firas jadi mangsa, huhu..

Memang jadi mama ni kena bertabah selalu lagi2 kalau kena handle anak sorang2 sebab husband busy. Kita think positive je lah, husband busy n banyak kerja nak buat kat luar utk siapa? Untuk kita dan anak2 jugak kan.

Nurha berazam nak ajar gak Firas potty train awal tahun depan. Harap2 berhasillah ye.. Dengar2 kos sara hidup tahun depan da makin tinggi, gaji pulak tak naik banyak mana pun. Bersyukurlah dengan apa yg ada, ada hikmah di sebalik semua tu. Thanks for reading peeps!

Thursday, 29 October 2015

Aktiviti Homeschooling Firas yg pertama...

Sekarang ni nak membesarkan anak memang penuh dgn cabaran dan dugaan. Bukan macam zaman mak2 ngan abah2 kita besarkan kita dulu. Zaman dah berubah, dunia tanpa sepadan, memang parent nowadays kene closely monitor anak masing2. Lagipun zaman sekarang ni zaman gajet yang semakin cepat berkembang, if takde gajet dianggap ketinggalan zaman.

Risau jugak Nurha nak membesarkan dua anak hero Nurha ni. Takut tak dapat didikan yang sepatutnya. Lagi kena hantar anak ke rumah Pengasuh, yg kita suami isteri ni sibuk bekerja cari rezeki nak membesarkan anak2.
Tak boleh nak harap 100% dgn Pengasuh. Nak hantar taska rasa macam masih kecil lagi. Lagi pulak harga taska kat JB ni mahal yg amat! Kalah Putrajaya.

Nurha rasa parent sekarang ramai yang dah celik mata. Sekarang dah ada cara mengajar anak2 hanya di rumah sahaja. Homeschooling sebenarnya dah banyak didedahkan oleh parent2 di negara luar. Tapi di Malaysia, kaedah homeschooling ni semakin hari semakin mendapat tempat di hati kebanyakan ibu bapa. Aktiviti informal ini sebenarnya lebih terkesan dalam hati kanak2 dan cara yg paling mudah, cepat dan berkesan untuk mendidik anak2 bermula dari rumah. Jangan tak percaya, bayi seawal sebulan pun dah boleh didedahkan dgn aktiviti homeschooling ni tau.. Marvelous kan..

Gambar menunjukkan aktiviti homeschooling Firas yang pertama. Mewarna abjad ABC untuk huruf sama dengan warna yang sama. Nurha kalau boleh nak mengehadkan aktiviti menonton TV Firas. Sekarang Firas asyik tengok kartun je, risau pulak rasa. Kalau ada aktiviti homeschooling ni sekurang2 nya dapat jugak alihkan perhatian Firas drpd TV. Tapi aktiviti mewarna abjad ni tak boleh buat selalu sebab Firas cepat boring. He he..sekian dulu, jumpa lagi..

Saturday, 17 October 2015

Cerita pasal anak teruna.. Firas & Fahim..

Mood menulis tengah datang.. Rindu nak mengomel kat blog busuk nih. Tuntutan kerja kian banyak sekarang ni. Tu sebab dah lama Nurha menyepi diri dari penulisan blog. Hajat di hati rasa hari-hari nak update blog, tapi tak kesampaian.

Nak cerita pasal dua anak teruna yang kian membesar. Yang si abang dah 3 tahun, 3 bulan. Tapi still pakai pampers lagi. Cuma poo poo je pandai ke tandas sendiri tapi bab wee wee tak boleh lagi. Pernah Nurha nak train potty training, tapi tak konstan. Mungkin sebab tu Firas tak dapat putus pampers lagi. Nak potty train ni perlu kesabaran yang tinggi plus doa serta tawakal. Baru menjadi. Ceh, pandai cakap tapi tak berjaya lagi nak implemen...hihihi.. Firas dah pandai cakap. Fasih. Cuma ada certain2 word yang dia ada slang sikit. Macam pergi jadi 'pigi'. Ketat jadi 'kitat'. Tapi almost words dapat cakap dengan jelas dan dapat difahami.

Tapi yang merisaukan sekarang ni Firas suka sangat tengok TV, lagi2 cerita kartun. Pagi, petang, siang, malam kartun. Tak boleh mama dia tukar cerita lain. Tapi Nurha malas nak ikutkan sangat kehendak dia, kuasa veto dan di tangan kita. Biarlah Firas nak menangis macam mana sekalipun, Nurha buat tak tahu je. Pernah dulu kami belikan tab, tapi nasib baik tab tu rosak cepat. Kalau tak, hidup Firas tak boleh kalau takda tab. Mulanya Nurha ingat tab ni menyenangkan kita, tapi sudahnya banyak sangat unsur negatif yang kami nampak pada Firas sejak ada tab. Dia macam asyik nak ikut kehendak dia, susah nak dengar cakap, tak penyabar, cepat marah jika kemahuannya tidak dipenuhi. Masa mula-mula tab tu rosak, huru-hara jugak dibuatnya, asyik merengek mintak tab. Lama-kelamaan baru dia dah tak cari dah.

Okay, stop dulu pasal cerita abang. Cerita pasal adik pulak. Adik dah 1 tahun 1 bulan. Happy birthday adik. Kesian kat adik tak acara potong2 kek hari tu sebab papa outstation kat Langkawi. Tapi adik tak kisah...hihi.. Nanti ye dik, kite potong kek sama2 time birthday papa dan mama November ni. Adik macam abang, cepat berjalan. Pandai jalan time umur 10 bulan. Sekarang kakinya dah kuat, dah berlari siap. Tak larat mama nak kejar kalau main kat taman. Adik tak semanja macam abang. Abang walaupun anak sulung tapi hatinya lembut, cepat rapuh. Ibarat macam anak bongsu. Adik dah ada 7 batang gigi, dah makan bubur dah. Makan nasi dah sekarang ni. Tapi adik memang kuat makan berbanding abang. Adik pantang disua makanan semua nak ngap. Adik tak boleh lapar, kalau lapar dia meragam. Bila dah kenyang tersenyum2.

Sekarang ni adik dah nak belajar bercakap. Bising mulutnya. Pandai cakap mama dan papa, taknak siap geleng-geleng kepala, bila nak siap angguk-angguk kepala...hiihi.. Gelihati tengok. Cepatnya rasa adik besar. Setahun sekarang tak macam setahun dulu. Masa berlalu dengan pantas sekali. Semoga anak2 syurga mama ni membesar dengan sihat, pintar dan cerdas. Aamiin...




Tuesday, 1 September 2015

Kisah meja study yg ku sayang...

Entah kenape lah skrg ni asyik throwback pasal kisah zaman kanak2 n sekolah2 dulu.. Rindunya saat itu. Kalaulah ada mesin masa, rasa nak kembali balik ke zaman itu..

Hari tu balik rumah Mak, sayu hati tengok meja study dulu2 tersadai kat bawah pokok jambu Abah. Kayunya dah reput dimakan usia. Warna masih kekal putih dan tak nampak comot, sebab takde sapa nak menjagenya dan ruang rumah Abah yg agak limited sebab tu meja ni tersadai kat bawah pokok jambu air Abah.

Meja ni meja turun temurun sebenarnya, lepas Kak Long aku pulak yg jadi Tuan meja ni sepenuhnya. Tak pun dulu kami gilir2 pakai meja ni sebab kami duk sebilik. Beza umur kami pulak 4 tahun. Agak jarak. Time Kak Long form 6, aku form 2, so aku still xde soon sgt nak menelaah buku guna meja ni. Sampailah bila Kak Long da habis sekolah akulah yg 'conquer' abis meja ni. Nak harap 2 adik laki aku guna meja ni, memang tak lah. Keje nak main je dak 2 org tu.. Lagi pulak aku pun memang sekolah harian biase, duk bawah ketiak Mak Abah sampai habis SPM. Adik aku yg 2 org tu merase gakla duk asrama, daripada aku ni, tak pernah duk asrama langsung. Sebab tu homesick yg teramat sangat time kat matrik dulu, hehehe.

Tak dapat dinafikan dulu, sebab ada meja ni lah aku rajin study. Pasal meja ni gak lah Mak kata aku ulat buku. Pasal meja ni gaklah kerja sekolah aku terurus. Terima kasih Mak, Abah kerana bagi ruang tempat kami belajar dgn selesa. Kalau tak kerana meja ni, rasanya aku tak belajar hingga ke menara gading. Dan sampai hingga ke tahap ini.

Baru2 ni aku balik rumah Mak, tengok2 meja ni dah menyembah bumi. Sebab kena bedal dgn bulldozer. Abah nak renovate rumah. Nasib baik ada gambar kenangan meja ni. Terima kasih meja atas khidmatmu selama ini. Jasamu dikenang. Budimu tak dapat ku balas. Damailah kau di sana...

Friday, 29 May 2015

Kambing nak jual secara borong..

Bulan May 2015 ni ramai betul kawan-kawan
Nurha yang menimang cahaya mata.. Kebanyakannya anak pertama. Alhamdulillah, syukur.. Ada sorang tu, dah 7 tahun mendirikan rumahtangga, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Tahun ini Allah bagi dia rezeki, dapat baby girl. Syukur yang terhingga kawan tu. Macam manalah perasaan pasangan lain yang dah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga tapi belum ada rezeki nak dapat anak ye.

Alkisahnya, kawan yang baru dapat anak tadi tu terus telefon nak beli seekor kambing dengan papa. Dia nak kambing hidup, pak imam masjid yang sembelihkan. Sekali siang, cincang dan timbang dapat 15kg daging kambing. Puas hati katanya, sebab kambing yang papa bekalkan besar dan segar. Papa memang cerewet bab pilih kambing ni.. Sebab tu ramai pelanggan dia berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Diam tak diam dah 3 tahun papa run bisnes kambing. Sama usia Firas. Berbekalkan modal yang tak seberapa, alhamdulillah bertahan juga sampai ke hari ini..

Sekarang ni papa nak buat 'clearance stock'. Macam jualan cuci gudang bunyinya..hehe... Papa nak jual kambing dengan harga borong. Pada sesiapa yang berminat boleh whatsapp 017-3086355.. Papa nak jual borong sebab dah banyak sangat kambing yang beranak-pinak, bimbang kandang kambing papa runtuh. Bagi sesiapa yang berminat, khasnya di sekitar Johor, cepat-cepat ambil handphone n whatsapp no tertera ye..

Saturday, 16 May 2015

Ajar anak ikut psikologi atau kuasa veto?

Assalamualaikum.. Jumpa lagi kita hari ini.. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini.

Tengok anak membesar di depan mata sendiri memang seronok. Lagi-lagi untuk ibu yang 'fully housewife', tak terikat dengan kerja makan gaji. Tak payah susah-susah nak hantar anak ke nursery or rumah pengasuh. Kejut anak bangun pagi-pagi nak pergi nursery macam kami ni golongan pekerja makan gaji. Kadang-kadang dalam hati ni ada jugak terdetik nak jadi 'WAHM (working at home mom)' tapi keadaan sekarang ni tak mengizinkan. Tambahan pula, masih feel lagi dengan kerja yang Nurha buat sekarang ni.

Tengok Firas dan Fahim membesar depan mata, rasa macam cepatnya masa berlalu. Firas dah 2 tahun 10 bulan, Fahim dah 8 bulan. Membesarkan anak yang seusia Firas memang 'challenging'. Usia Firas ni memang berbilion sel otak sedang berhubung. Jika kata 'jangan' atau 'tidak' memang berkali-kali cakap baru tak dibuatnya. Kadang-kadang tidak diendahkannya. Kalau pakai baju pulak, dah pandai memilih. Nak pakai baju jalan je, baju tak cantik atau yang sepatutnya pakai kat rumah tak nak.

Kami suami isteri guna pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak. Jika papa, suka ikut kuasa veto. Bagi Nurha sendiri, suka ikut cara psikologi. Yang Nurha perhatikan, kedua-dua cara ini ada baik buruknya. Contoh, situasi kemas permainan. Papa akan bagi arahan, "Firas, kemas mainan.. Kalau tak kemas, papa simpan / buang mainan ni".. Itu cara papa.. Kadang-kadang buat Firas bergenang air mata, kadang-kadang buat tak tahu. Kalau cara Nurha sendiri, "Abang..kalau nak makan kemas mainan..kalau tak kemas, tak boleh makan.." ataupun "jom kita kemas mainan sama-sama". Baru Firas bangun dan kemas.. he he..Bila buat perbandingan, cara Nurha lebih berkesan sebab Firas nak kemas mainan..

Okay, dah habis pasal situasi kemas mainan, kita tengok situasi lain pulak. Firas suka melompat-lompat bila atas katil. Pulak tu suka pijak bantal. Memang mendatangkan kemarahan papa lah kan. Bila nampak Firas buat macam tu, papa akan suruh Firas jangan melompat, dengan nada suara yang tinggi, buat Firas takut, dengan menunjuk tangan dan menjegilkan matanya. Memang cepat-cepat Firas turun, kadang-kadang datang kat mama..mengadu..kata "papa tu.." Kalau Nurha agak tak kisah sangat Firas nak melompat-lompat atas katil, kalau larang pun sebab takut terpijak Adik.. Jadi, cara veto ni lagi berkesan untuk situasi ini.

Korang didik anak cara apa ye? Boleh kongsikan kat sini, sangat-sangat dialukan..
Terima kasih kerana membaca..

Monday, 27 April 2015

Petua untuk dapatkan anak lelaki - menurut Islam

Assalamualaikum peeps! Nurha nak kongsi sikit petua nak dapatkan anak lelaki, khas untuk mommy2 yg mengidam nak dapat anak lelaki.. Nurha jumpa dalam buku Amalan Ketika Mengandung karya Abu Afiqah.Tapi boleh cuba doa ni, usaha, doa dan akhir sekali tawakal. Selebihnya kita berserah pada Allah s.w.t..Kalau tak dapat anak lelaki bukan rezeki namanya, mungkin ada hikmah lain yang Allah nak berikan. Boleh cuba doa ini sebelum masuk usia 2 atau 3 bulan. Yang penting kena ada kerjasama drpd suami jugak sebab doa ini  dibacakan oleh sang bapa di perut isterinya.. Selamat mencuba...

Sunday, 29 March 2015

Benang Hijau grand opening at Johor Bahru

Assalamualaikum.. Semalam grand opening butik Benang Hijau kat Bandar Baru Uda. Nurha memang peminat tudung ni. Corak berbeza dan ada kelainan dengan butik tudung bawal lain. Harga pula berpatutan.

Sempena pembukaan butik semalam, untuk 300 pelanggan pertama dapat bawal maira free. Alhamdulillah, tak beratur panjang. Nurha pergi awal lagi, butik buka pukul 10, pukul 11 Nurha dan kawan dah sampai. Ramai juga yang tak lepaskan peluang datang butik ni sebelum GST dilaksanakan.

Benang Hijau pun ada jual tudung online, tapi Nurha lebih suka datang sendiri kat kaunter. Dah ada kat BBU ni senanglah sikit nak walk in. Sebelum ni kena tunggu pergi Senai Airport, baru boleh beli.

Ini je tudung yang sempat Nurha grab, Bawal Zara ruffle dan Kayla. Yang tudung pink turn dapat free kay! Cukuplah dulu beli 2 helai sebab dah banyak shop online bulan ni..huhu...sebelum GST dilaksanakan....

Sunday, 22 March 2015

Persediaan makanan pejal pertama bayi

Assalamualaikum. Kisah pasal makanan bayi lak. Sempena Fahim dah umur 6 bulan. Ekceli Fahim dah makan dulu dah pun masa umur nak masuk 5 bulan. Tak ikut rule hokay! Firas lagilah awal, 3 bulan da makan. Dak laki memang tak boleh nak ikut sangat kot, sebab dorang sangat aktif. Nurha pun bukanlah nak bagi sangat dorang makan before 6 months, tapi disebabkan keadaan sekeliling tak mengizinkan.

Contohnya time Firas dulu, dia kuat meragam, asyik nangis je. Sampai satu tahap dah buntu apa nak buat, bagi makan diam. Time tu Firas 3 bulan. Hampir tiap malam meragam. So, terpaksalah kitorang bagi biskut baby je dulu, bukan cerelac or what so ever makanan bayi lain. Hmm... Biskut dah kira makanan pejal gak lah kan.

Ok, this time Fahim anak no 2 so kira dah ada pengalaman sket macam mana nak handle. Fahim nampak tak banyak ragam, so Nurha cadang nak ikut peraturan klinik bagi makan time 6 bulan. Tapi tak kesampaian lak hajat nampaknye sebab Fahim meragam time kat umah pengasuh je, diletak tak mahu, apa pun tak mahu. So bila sis pengasuh bagi makan baru Fahim diam dan tidur dengan nyenyaknya.

Buat jugaklah resepi puri ni kat rumah, alhamdulillah Fahim tak tolak. Nurha kalau boleh nak bagi Fahim makan yg home made, bukan yg instant dalam plastik or kotak, sebab lagi bagus untuk kesihatan. Almaklumlah yg instant ni banyak perasa tambahan. Manis pulak tu. Lagi pulak Fahim still bf. Hope bf ni Allah beri sampai Fahim umur 2 tahun.

Untuk new mom's, boleh cuba resepi puri ni ye. Good for your baby. Jumpa lagi n thanks for reading.

Saturday, 21 March 2015

Kisah MC 4 hari


Assalamualaikum peeps.. Bulan Mac suda. Lately Nurha kerap kena pegi meeting kat HQ. Bukan org penting kay, cuma ikan bilis je. Support top management. Hehe... Tiap minggu terbang ke KL, da nak muntah agaknye Senai Airport tu tengok aku, ngeh ngeh ngeh..

Kebetulan minggu ni memang jadual penuh. Meeting dan meeting lagi. Audit dan audit lagi. Arghh! Stress mak! Lepas meeting, meeting lagi bila nak siap kerja bos! Banyak pending kat ofis.

Al kisahnya, Ahad lepas ada meeting kawasan. Lepas hantar dua beradik tu terus heading to office. Adik Fahim matanya bertaik banyak. Cerita gak la dgn pengasuh pasal mata Ayim ni, pastu pengasuh bagitau anak dia 2 org kena sakit mata hokay.. Dengar sepintas lalu je cerita pengasuh pasal anaknya tu. Time nak heading ke office tu perasan yg lak yg mata Nurha ni bertaik banyak. Ayark! May be panas dalam kot.

Buat tak tau jela pasal taik mata tu. Tepat jam 10 pagi terus start meeting. Perasan gak yg mata ni da macam gatal, tapi buat2 tak tahu jela. Pastu rasa taik mata mencanak2 keluar. Air mata merembes gak la. Teman member gi tandas sempat gak belek mata ni. Aiseh, merah mata guwa, ape kesss??

Lepas lunch after meeting break perasan yg taik mata asik keluar. Mata merah, gatal2.. Amekaw tak pernah kena sakit mata kn. Memang suspek habis da kena sakit mata nih. Apa lagi, terus call papa mintak bawak gi klinik. Mintak excuse dgn bos keluar meeting. Kang tak memasal org lain jangkit. Bos tak boleh nak cakap ape, redha jelah, hihi....

Sesampai kat klinik, doktor tak pegang langsung pun mata. Tanya bila kena, jangkit dgn siapa, cuti hari apa.. Nape doktor tanya pasal cuti lak ni, konfius pulak. Dalam tgh konfius tu doktor terus cakap, okay i bagi u MC 4 hari ye. Hai, terase manis lak muka doktor tu aku tengok sebab bg MC 4 hari. Apa? 4 hari? Biar betik!! Seminggu la gamaknyer tak masuk ofis! Huhu.. Nurha memang tak pernah sakit mata. Sekali ni seumur hidup kot.

Tapi nak bagitau yg MC ni da memang suratan atau kebetulan, atau nasib badan.. Haha.. Dah la Isnin tu ada audit,  then Selasa kena fly ke HQ, Khamis n Jumaat ada meeting lagi skali (dengar crite meeting sampai 3.30 pagi.. Huhu.. Lame tuh).. Tapi Nurha dapat excuse sebab sakit mata. Ni lah MC paling lama dlm hidup Nurha.

Wednesday, 25 February 2015

Akikah adik Fahim

Assalamualaikum... Aduh..berhabuk dah blog ni Nurha tinggalkan. Boleh dikatakan ini post pertama utk tahun 2015. Tahun 2014 meninggalkan banyak kenangan suka duka. Bercerita pasal duka, ingat tak Nurha pernah post pasal baby Amar? Baby Amar telah pun kembali ke rahmatullah sebulan yg lalu akibat komplikasi. Al fatihah, tenanglah Amar di sana, syurga buatmu sayang.

Dah lama tak cerita pasal Abg Firas dan Adik Fahim.. Baru- baru ni kami pulang ke kampung halaman papa. Buat kenduri tumbang lagi sekor kambing kat Sabah. Lagi sekor dah buat time Fahim usia 7 hari kat rumah Atok dgn Umi. Alhamdulillah, rasa lega dapat akikahkan semua akikah anak2. Selesai sudah tanggungjawab, rasa syukur terhadap Ilahi atas kurniaan harta yg tak ternilai ini.

Untuk sesiapa yg berminat nak tempah kambing sekitar Johor boleh contact Nurha ye.  WhatsApp or telegram 012-3463652.

Okay,  bye senang2 jenguk blog ni lagi ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...