Monday, 5 September 2011

Cerita pasal Senai - Desaru Expressway (E22)

Semalam terima panggilan dari cousin, minta ambil di Senai International Airport. Cousin Nurha ni dari Sabah, nak balik ke Pasir Gudang lepas dah bercuti raya seminggu. So, sempatlah Nurha lalu Highway Senai - Desaru sebab rasa-rasanya kalau nak ikut Highway Pasir Gudang sure jalan jem pasal org dah mula pulang dari kampung halaman.

 
Ini bukan kali pertama Nurha merentasi highway ni, tapi dah lebih dari 10 kali sebab selalu gunakan time nak balik kampung. Perjalanan kami dari Senai ke Pasir Gudang memakan masa lebih kurang 30 minit dengan kelajuan 95-110km/j. Highway ini boleh dikatakan sebagai simbol kebanggaan penduduk Penawar, Desaru, Pasir Gudang dan yang sewaktu dengannya kerana merupakan medium perhubungan antara kawasan luar bandar dengan bandar. 



Senai - Desaru Expressway (SDE) beroperasi sepenuhnya pada 10 Jun 2011. Fasa terakhir pembinaan menghubungkan Cahaya Baru ke Penawar sepanjang 27km. SDE merupakan projek infrastruktur lebuhraya sepanjang 77km dan diumumkan kerajaan sebagai lebuhraya ketiga yang terpanjang di Malaysia menghubungkan timur dan barat Johor. Projek dibangunkan oleh Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd dengan mempunyai jambatan dengan dua struktur pylon yang setiap satunya berketinggian 150m.  

Berikut merupakan kadar tol yang dikenakan kepada pengguna lebuhraya dari destinasi ke destinasi tertentu.


SDE telah beroperasi hampir empat bulan, macam-macam cerita yang Nurha dengar. Ada kisah mistik, tidak puas hati dengan jalan sehala, jalan gelap dan tak berbaloi dengan harga tol dan macam-macam lagi. Apa jua kisah dan rungutannya, jambatan yang menjadi mercu kebanggaan warga Johor ini tetap teguh berdiri menantikan kenderaan datang dan pergi. Hal ini sekaligus dapat membangunkan Desaru khususnya sebagai salah satu pusat tumpuan pelancongan yang termasyhur di negeri Johor. Tambahan pula, dengan penemuan sumber asli di kawasan perairan ini diharap mampu memberikan sumber pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk setempat umumnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...