Thursday, 9 October 2014

Bersalin ceasarean vs bersalin normal

Bersalin czer vs normal.. Mana lagi sakit? Mana lagi senang nak jaga? Ramai yg bertanya Nurha untuk kedua2 kaedah bersalin ini kerana Nurha telah mengalaminya untuk anak pertama dan kedua.

Tidak Nurha nafikan, pada zaman moden ini, kebanyakan ibu mahukan bayi dilahirkan secara czer sebab tak mahu merasai sakit bersalin itu sendiri dan tidak mahu menanggung risiko. Antara risikonya ialah, bimbang bayi lemas dalam kandungan sekiranya pintu rahim masih belum terbuka. Percaya tak kalau Nurha katakan kebanyakan yg mohon utk bersalin kaedah czer terdiri drpd kalangan doktor dan jururawat dalam bidang perbidanan. Mungkin mereka belajar berdasarkan pengalaman. Tetapi bagi Nurha rugilah bagi ibu2 yg tidak dapat merasai sakit bersalin secara normal kerana itu merupakan nikmat yg Allah berikan kepada kaum perempuan, sakit alami yg semulajadi yg tidak akan dapat dirasai oleh kaum lelaki.

Berdasarkan pengalaman bersalin czer dahulu, Nurha dapat rasakan memang proses mengeluarkan bayi tidak menyakitkan kerana diberi suntikan epidural pada sumsum tulang belakang bagi memberikan bius separuh badan, dari pinggang sampai ke hujung kaki. Prosedur kaedah czer memakan masa tidak sampai satu jam, kira-kira 30 - 40 minit. Kebanyakan kes czer hampir seratus peratus berjaya dan merupakan kaedah yg paling dipercayai pada masa kini. Walaubagaimanapun, suntikan epidural akan hilang kesannya setelah hampir 2 jam selepas pembedahan di mana kesakitan pada tempat yg dibedah akan dirasai setelah itu. Berdasarkan pengalaman Nurha sendiri, setelah ubat bius itu hilang drpd tubuh badan, Nurha alami kesan gatal2 di muka. Mungkin kesan ini berbeza untuk sesetengah individu.

Menyentuh mengenai bab nak menjaga luka tu pulak, luka luaran mungkin nampak cantik, jahitan kemas tetapi luka di bahagian dalam kita tak nampak. Tambahan pula, sakit yg dialami lebih lama berbanding melahirkan bayi melalui kaedah normal. Sakitnya seakan mencucuk2, ngilu di tempat jahitan, terasa seakan hendak gugur saluran peranakan. Bagi Nurha sendiri, sakit ini betul2 hilang setelah bayi berusia setahun. Sebab itulah ibu2 yg melahirkan bayi melalui kaedah czer digalakkan untuk menjarakkan kelahiran dalam masa tiga tahun untuk membolehkan kesihatan ibu betul2 pulih sebelum hamil sekali lagi.

Dalam aspek berpantang dalam tempoh 44 hari pula, untuk kaedah czer tidak digalakkan memakai bengkung seperti bersalin normal, perlu jarakkan pemakaian bengkung setelah 2 - 3 minggu berpantang, bimbang luka jahitan lambat sembuh. Bengkung juga dipakai ala kadar, tidak perlu terlalu ketat. Untuk urutan pula, pada kebiasaannya Mak bidan tidak akan mengurut pada bahagian perut begitu juga dengan 'sengkak' (menaikkan rahim ke atas bagi menjarakkan kehamilan) tidak akan dilakukan dalam waktu awal berpantang. Biasanya akan dilakukan dalam tempoh setelah habis berpantang 44 hari ataupun setelah bayi berusia setahun.

Berdasarkan pengalaman bersalin normal, sakit sebelum melahirkan agak lama lebih2 lagi buat mereka yg pertama kali mengalaminya. Sakit bersalin normal telah Nurha kongsikan pada entri sebelum ini. Walaubagaimanapun sakit itu akan hilang dan dilupakan sebaik sahaja menatap wajah si comel yg dilahirkan.

Luka pada perineum juga mengambil masa yg pendek untuk sembuh berbanding dengan luka czer. Luka jahitan pada kebiasaannya akan sembuh dan tercantum semula sekitar hari ke-20. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada faktor pemakanan dan bagaimana individu itu menjaga luka dengan baik. Tidak dinafikan kekemasan jahitan oleh pengamal perubatan juga diambil kira bagi memastikan luka cepat sembuh.

Bagi mereka yg bersalin normal, tiada masalah untuk memakai bengkung, bertungku, bertangas, berurut, sengkak bagi memulihkan semula saluran peranakan dan proses pemulihan menjadi semakin lancar dan cepat.

Untuk bab pemakanan ketika berpantang normal dan czer, digalakkan untuk memakan makanan seperti berikut:-

1. Buah Oren - bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sekurang2 1 biji sehari

2. Ikan haruan atau pati ikan haruan - bagi menyembuhkan luka dalaman dan luaran

3. Ikan yg tidak gatal - contohnya ikan tenggiri. Elakkan memakan ikan yg bersengat, cth ikan pari, ikan duri

4. Sayur sawi dan lobak putih - untuk menggalakkan pengeluaran air susu

5. Air kunyit - untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim

6. Lada hitam - untuk membuang angin dalam badan

7. Buah kurma - untuk menggalakkan pengeluaran air susu, membantu menyembuhkan rahim

8. Halia - untuk membuang angin dalam badan

Sekian dahulu penulisan Nurha setakat ini, semoga bermanfaat untuk semua.

1 comments:

SALIZA SACHARI said...

Memang sengsara kalau luka lambat baik. Tak kira lah normal ke czer. Dua2 ada risiko kan. Kita yang perlu tahu camna nak pastikan luka cepat sembuh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...