Sunday, 30 November 2014

Baby Amar menghidap tumor..

Dah seminggu MF start bekerja setelah cuti bersalin 2 bulan. Terima khabar daripada rakan baik masa sekolah rendah dan menengah dulu. Beliau masih dalam tempoh berpantang anak ketiga. Baby Amar menghidap brain tumor. Sedihnya tengok keadaan baby Amar. Kepalanya ditebuk untuk doktor masukkan tiub. Fungsi tiub untuk mengalirkan cecair yg berlebihan daripada otak ke tulang belakang.

Keputusan MRI telahpun diperolehi. Terdapat kesan ketumbuhan pada otak. Baby Amar bakal dibedah lagi pada 2 Disember ini. Tepat tarikh ulangtahun kelahiran papanya. MF doakan pembedahan ini berjaya dilakukan. Sedih tengok bayi sekecil ini dibedah. Mama dan papa Amar memang golongan yg terpilih utk diuji oleh Allah s.w.t. Sungguh MF kagum dengan ketabahan mereka.

MF sempat melawat baby Amar. Gambar MF dan mama Amar, rakan baik masa sekolah dulu. Lama sangat tak jumpa. Semoga semuanya selamat hendaknya. Aminn..

Monday, 17 November 2014

Cerita Firas setelah ada adik


Fahim dah nak masuk 2 bulan. Pantasnya masa berlalu. Malasnya mama nak naik kerja semula setelah bercuti panjang. Mesti workload banyak tak ingat. Dokumen menimbun. Stress bagai. Semua benda bos nak mintak setel cepat. Aduh, stress Mak! Macam ni lah namanya kalau kerja di hospital.

Dah lama MF tak update cerita pasal Firas. Kesian dia, mama asyik cerita pasal baby je. Upload gambar kat IG pun pasal baby je. Hari pertama bawa Fahim keluar dari hospital, Firas duduk kereta berasingan dgn MF. Kalau satu kereta bimbang Firas nak duk melekat dgn MF. MF naik kereta atuk Firas. Firas dgn papa naik kereta papa. Dari jauh nampak Firas nangis, bercucuran air mata sebab tak dapat satu kereta. Sedihnya hati MF, Allah sahaja yg tahu.

Masa mula2 dapat adik hari tu, jiwa Firas seakan memberontak, cepat sensitif, mudah menangis, terlebih manja, semua kemahuan dia minta diturutkan. Kalau tidak alamatnya menangis, meraung2..

Bila malam, Firas menghimpit dekat MF, nak tidur sebelah MF, bimbang je Adik dia kena penyek. Maklumlah Firas tidur lasak. Nak dimarah kesian, macam kurang kasih sayang je Firas ni.. MF bayangkan ni Firas baru 2 tahun 3 bulan macam mana lah agaknya yg dah dapat Adik sedangkan umur pun baru nak masuk 1 tahun.

Itu cerita hari tu. Sekarang ni Firas dah boleh terima kenyataan dah ada Adik. Dah bahasakan dirinya abang. Rajin membantu mama buang pampers Adik masuk tong sampah. Rajin kemas mainan. Dah boleh disuruh. Dah pandai suap makan sendiri. Sidai towel lepas mandi sendiri. Gosok gigi sendiri. Pakai baju dan seluar sendiri. Sikat rambut dan pakai bedak sendiri. Banyak lagi aktiviti harian yg Firas lakukan sendiri, tetapi perlu pengawasan juga.

Paling mama rasa touching bila mama marah Firas time Firas nakal. Firas kacau Adik. Tak reti diam time Adik nak tidur. Muka Firas akan berubah jadi redup. Hidung merah, mata sepet mengecil, air mata merembes menahan sedu. Teresak tangisnya seakan ditahan2.. Sedih mama bila tgk sendu Firas makin kuat. Lantas mama peluk Firas erat, tak jadi marah.

Sungguh indah pengalaman jadi mama kepada 2 org hero ni sebenarnya.. Demi amanah drpd Allah ini, mama janji akan besarkan kalian sebaik mungkin. Semoga kalian jadi anak yg soleh dunia akhirat. Amin..

Thursday, 30 October 2014

Kisah bengkak susu

Yip yip horey..! MF tinggal 1 hari lagi berpantang lepas tu dah merdeka! Lengkaplaah 44 hari berpantang. Tapi dah nak dekat hujung2 hari ni macam2 nak makan. Lagi2 fast food.. Oh my god, fast food sgt tak baik utk kesihatan hokey! Tapi yg tak bagus tu lah ramai org suka..

MF nak revise semula hari berpantang yg ke-5 hari tu.. MF kena bengkak susu. Sampai demam2.. Korang pernah kena bengkak susu tak? Sakitnya Tuhan je yg tau. Rasa sangat tak selesa, berat rasa badan nak bergerak. Masa berpantang lahirkan Firas dulu MF tak pernah kena macam ni. Ternyata susu kali ini sgt meriah berbanding waktu berpantang melahirkan Firas. So Fahim are so lucky! Mungkin disebabkan faktor bersalin normal, masa Firas dulu bersalin czer.

Apa yg MF buat time kena bengkak susu ialah:-

1. Tuam breast dgn tuala yg direndam dgn air suam. Lakukan sekerap yg mungkin.

2. Perah susu guna pam, kalau perah manual I mean guna jari je air susu lambat keluar. Lebih baik guna pam elektrik atau biasa

3. Kerapkan breastfeed kpd bayi.

4. Kurangkan makan sayur sawi or lobak putih sebab ia boleh menggalakkan lagi pengeluaran air susu. Jadi hentikan pengambilan 2 jenis sayur ini buat sementara.

MF guna 4 kaedah ini sahaja alhamdulillah, berkesan. Ada cara lain yg membantu juga iaitu:-

1. Letakkan kelopak sayur kobis sebab ia bersifat sejuk, jadi melegakan.

2. Urut breast perlahan-lahan menggunakan sikat, bagi melancarkan air susu keluar melalui saluran yang tersumbat.

3. Hentikan buat sementara pemakanan jamu atau sebarang ubat yg menggalakkan pengeluaran air susu.

Mungkin ada lagi petua lain yg mommy semua amalkan. Sharing is caring and thanks for reading.


Sunday, 26 October 2014

Gel untuk luka bersalin

Lagi cerita pasal bersalin. Biasalah sebab MF masih lagi dalam mode berpantang so asyik taip entri2 yg sewaktu dgn nya lah.

Ni nak cerita pasal gel yg cepatkan luka bersalin sembuh, cantum semula. Tak tau brand apa tapi boleh cari kat farmasi berdasarkan gambar di bawah. MF tau pasal gel ni pun sebab staff nurse yg kenalkan. Serius memang cepat baik.

Ubat ni berasaskan gel, boleh cari kat farmasi. Tapi bukan farmasi mcm Guardian or Watson's tau.

Sunday, 19 October 2014

Izz Fahim Ukail dah sebulan


Alhamdulillah.. Izz Fahim Ukail dah sebulan semalam. Tadi dah pegi klinik, kena injection Hep B. Menjerit anak mama ni kene inject kat peha kiri. Tapi nangis sekejap je.

Cuma MF rasa pelik jugak dengan layanan klinik kerajaan ni. Macam tak begitu mesra. Semua klinik kerajaan ke macam ni? Klinik tak ramai org, tapi lambat jugak servis. Lebih kurang sejam setengah. Walhal MF org kedua yg datang. Lagi sorang tu ibu mengandung. Mungkin sebab tak ramai dia nak check detail la kunun. Lebih sibuk nak mengisi buku dan borang drpd nak treat patient. Memang tak konsisten. Flow drpd pesakit datang sampailah nak pulang ke rumah. Lagi satu MF nak bersangka baik jelah. May be sebab klinik ni belum pun setahun beroperasi. Klinik baru buka bulan Februari, 2014.

Lagi satu yg MF tak puas hati, tau lah kita ni dah sebulan berpantang. Tapi dia layan macam dah sihat sepenuhnya. Macam jadi org suruhan pulak pada staff nurse tu. Suruh bukak baju baby semua sebab nak timbang. Ok, yg ini MF tak kisah, boleh buat sendiri. Pastu ingat bila kita dah bukak baju baby tu memudahkan dia nak ambil baby dan letak atas weighing scale. Ini tidak, dia suruh kita
letak baby sendiri. Nak ukur panjang baby pun disuruhnya kita letak baby sendiri, adjust kepala baby letak kat mana. Dalam hati berbisik, malasnya staff nurse ni, walhal bukan ramai patient pun nak kena layan. Kalau kat JB bolehla accept sbb ramai patient nak kena layan.

Untuk perancang keluarga, memang kena paksa ambil ke? MF takda pengalaman kalau kat klinik swasta macam mana ye? Umum tau, kesan pengambilan pil dan juga suntikan oleh klinik kesihatan akan mendatangkan kesan buruk samada dlm jangka masa pendek atau panjang. Yang penting, tepuk dada tanya selera jela.

Sekian dulu untuk coretan MF kali ini, maafkan andai ada kesilapan dan ada yg terasa.

Tuesday, 14 October 2014

Set bersalin Spa & Ma

Sekejapnya masa berlalu. Dah pun hari ke-26 Nurha berpantang. Sepanjang tempoh berpantang ni, Nurha gunakan Set Bersalin Spa & Ma. Set bersalin ini didatangkan dengan 11 produk dengan harga yg berpatutan. Nurha memang rekemen untuk ibu2 yg bersalin, sebab badan rasa bertenaga dan cergas, luka bersalin pun cepat sembuh.

Set Bersalin Spa & Ma ni Nurha beli dengan Kak Engku Bidan Bersalin. Boleh Google blog Kak Engku. Semua set bersalin pelbagai jenama Kak Engku jual. Kak Engku sangat friendly dan fast reply. Pulak tu berpengalaman luas dalam bidang perbidanan. Nak harga diskaun pun boleh dapatkan dengan Kak Engku.

Set Bersalin Spa & Ma ini terdiri drpd 11 item, iaitu :-

1. Jamu ratu dara
- jamu dlm bentuk kapsul. Dimakan pada hari ke-20 berpantang. Tak payah nak makan jamu yg pahit tu kan, sebab jamu ni dah dibuat dlm bentuk kapsul, senang nak makan. Jamu ni pun tak panas, tak effect pada baby selain menambahkan air susu

2. Herba mandian spa
- terdiri drpd daun serai wangi, senduduk, inai dan daun limau purut. Didatangkan dlm bentuk uncang. Rebus uncang bersama air dan siram pada badan dengan air dalam keadaan suam. Baunya pun harum, segar rasa badan.

3. Pilis herba
- pilis dalam bentuk pes, mudah dipakai, tidak berhabuk, menghilangkan sakit kepala dan gelap mata. Disapu pada dahi.

4. Lulur frangipani
- tekstur seakan scrub, menghaluskan, memutihkan kulit. Membuang sisa daki. Dipakai sebelum mandi, dilumurkan pada seluruh badan. Yg ni dah habis dah Nurha pakai, tak sampai 44 hari

5. Shape up lotion
- lotion untuk memecahkan lemak, menghilangkan selulit, membuang an gin dlm badan, hilangkan sakit otot, sendi. Lotion ni extra hot dan tak berminyak.

6. Feminine cleanser
- pencuci wanita ini sangat selesa dipakai, sejuk dan berangin.

7. Gamat emulsion
- jeli gamat ni diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan luka, membaiki sel rosak. Yang penting ia tidak berbau hanyir!

8. Bengkung ratu
- bengkung ni user friendly, senang nak guna. Untuk mengempiskan perut, merapatkan tulang pinggul.

9. Tungku ratu
- mengecutkan rahim dan urat kembang disebabkan proses bersalin. Tungku ini dikukus selama 20 minor sebelum digunakan

10. Minyak seri herba
- sapu di perut utk melancarkan peredaran
darah, membuang angin. Nurha suka bau dia! Pakai minyak ni sebelum pakai bengkung

11. Extra virgin coconut oil
- minyak kelapa dara ni Nurha dah minum ketika kandungan berusia 7 bulan lagi. Setelah usia kandungan 8 bulan, Nurha buat urutan VCO ni pada sekitar perineum. Hasilnya sangat menakjubkan! Baby Nurha tak kena jaundis kali ni. Lagi satu kurang koyakan pada perineum sewaktu melahirkan.

Sekian dulu pengalaman Nurha menggunakan set bersalin ni. Bagi Nurha ia amat berbaloi dengan harganya yg berpatutan. 

** Gambar Nurha tunjukkan sebahagian daripada produk Spa & Ma

Thursday, 9 October 2014

Bersalin ceasarean vs bersalin normal

Bersalin czer vs normal.. Mana lagi sakit? Mana lagi senang nak jaga? Ramai yg bertanya Nurha untuk kedua2 kaedah bersalin ini kerana Nurha telah mengalaminya untuk anak pertama dan kedua.

Tidak Nurha nafikan, pada zaman moden ini, kebanyakan ibu mahukan bayi dilahirkan secara czer sebab tak mahu merasai sakit bersalin itu sendiri dan tidak mahu menanggung risiko. Antara risikonya ialah, bimbang bayi lemas dalam kandungan sekiranya pintu rahim masih belum terbuka. Percaya tak kalau Nurha katakan kebanyakan yg mohon utk bersalin kaedah czer terdiri drpd kalangan doktor dan jururawat dalam bidang perbidanan. Mungkin mereka belajar berdasarkan pengalaman. Tetapi bagi Nurha rugilah bagi ibu2 yg tidak dapat merasai sakit bersalin secara normal kerana itu merupakan nikmat yg Allah berikan kepada kaum perempuan, sakit alami yg semulajadi yg tidak akan dapat dirasai oleh kaum lelaki.

Berdasarkan pengalaman bersalin czer dahulu, Nurha dapat rasakan memang proses mengeluarkan bayi tidak menyakitkan kerana diberi suntikan epidural pada sumsum tulang belakang bagi memberikan bius separuh badan, dari pinggang sampai ke hujung kaki. Prosedur kaedah czer memakan masa tidak sampai satu jam, kira-kira 30 - 40 minit. Kebanyakan kes czer hampir seratus peratus berjaya dan merupakan kaedah yg paling dipercayai pada masa kini. Walaubagaimanapun, suntikan epidural akan hilang kesannya setelah hampir 2 jam selepas pembedahan di mana kesakitan pada tempat yg dibedah akan dirasai setelah itu. Berdasarkan pengalaman Nurha sendiri, setelah ubat bius itu hilang drpd tubuh badan, Nurha alami kesan gatal2 di muka. Mungkin kesan ini berbeza untuk sesetengah individu.

Menyentuh mengenai bab nak menjaga luka tu pulak, luka luaran mungkin nampak cantik, jahitan kemas tetapi luka di bahagian dalam kita tak nampak. Tambahan pula, sakit yg dialami lebih lama berbanding melahirkan bayi melalui kaedah normal. Sakitnya seakan mencucuk2, ngilu di tempat jahitan, terasa seakan hendak gugur saluran peranakan. Bagi Nurha sendiri, sakit ini betul2 hilang setelah bayi berusia setahun. Sebab itulah ibu2 yg melahirkan bayi melalui kaedah czer digalakkan untuk menjarakkan kelahiran dalam masa tiga tahun untuk membolehkan kesihatan ibu betul2 pulih sebelum hamil sekali lagi.

Dalam aspek berpantang dalam tempoh 44 hari pula, untuk kaedah czer tidak digalakkan memakai bengkung seperti bersalin normal, perlu jarakkan pemakaian bengkung setelah 2 - 3 minggu berpantang, bimbang luka jahitan lambat sembuh. Bengkung juga dipakai ala kadar, tidak perlu terlalu ketat. Untuk urutan pula, pada kebiasaannya Mak bidan tidak akan mengurut pada bahagian perut begitu juga dengan 'sengkak' (menaikkan rahim ke atas bagi menjarakkan kehamilan) tidak akan dilakukan dalam waktu awal berpantang. Biasanya akan dilakukan dalam tempoh setelah habis berpantang 44 hari ataupun setelah bayi berusia setahun.

Berdasarkan pengalaman bersalin normal, sakit sebelum melahirkan agak lama lebih2 lagi buat mereka yg pertama kali mengalaminya. Sakit bersalin normal telah Nurha kongsikan pada entri sebelum ini. Walaubagaimanapun sakit itu akan hilang dan dilupakan sebaik sahaja menatap wajah si comel yg dilahirkan.

Luka pada perineum juga mengambil masa yg pendek untuk sembuh berbanding dengan luka czer. Luka jahitan pada kebiasaannya akan sembuh dan tercantum semula sekitar hari ke-20. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada faktor pemakanan dan bagaimana individu itu menjaga luka dengan baik. Tidak dinafikan kekemasan jahitan oleh pengamal perubatan juga diambil kira bagi memastikan luka cepat sembuh.

Bagi mereka yg bersalin normal, tiada masalah untuk memakai bengkung, bertungku, bertangas, berurut, sengkak bagi memulihkan semula saluran peranakan dan proses pemulihan menjadi semakin lancar dan cepat.

Untuk bab pemakanan ketika berpantang normal dan czer, digalakkan untuk memakan makanan seperti berikut:-

1. Buah Oren - bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sekurang2 1 biji sehari

2. Ikan haruan atau pati ikan haruan - bagi menyembuhkan luka dalaman dan luaran

3. Ikan yg tidak gatal - contohnya ikan tenggiri. Elakkan memakan ikan yg bersengat, cth ikan pari, ikan duri

4. Sayur sawi dan lobak putih - untuk menggalakkan pengeluaran air susu

5. Air kunyit - untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim

6. Lada hitam - untuk membuang angin dalam badan

7. Buah kurma - untuk menggalakkan pengeluaran air susu, membantu menyembuhkan rahim

8. Halia - untuk membuang angin dalam badan

Sekian dahulu penulisan Nurha setakat ini, semoga bermanfaat untuk semua.

Wednesday, 1 October 2014

Happy Anniversary - 23 September 2014


September memang bulan yg dinanti.. Tanggal 23 September 2014 adalah ulangtahun perkahwinan kami yg ke3. Syukur alhamdulillah. Segala onak duri kehidupan berjaya kami tempuh dengan tabah. Ditambah berseri hidup kami dengan kehadiran 2 orang cahaya mata.

"Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga"

"Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini"

"Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami"..

Amin..amin..ya rabbalamin...

Pengalaman bersalin normal


Seperti yg Nurha janjikan sebelum ini. Nurha akan berkongsikan pengalaman melahirkan bayi secara normal buat kali pertama. Rupa-rupanya ada silent reader yg menantikan entri ini.. Terima kasih yg tak terhingga kerana menyokong penulisan di blog ini.

Tanggal 18 September 2014 jam 6 pagi. Hari ini hari ke5 post date, bermakna hari di mana aku terlebih 5 hari drpd tarikh jangkaan bersalin. Aku terasa seperti mahu membuang air kecil. Bila masuk bilik air, tengok2 ada tanda seperti bloody show, pinkish colour blood. Termasuk ini, ini kali yg ke3 tanda ini keluar tetapi masih belum ada rasa contraction. Menurut doktor, jika ada rasa contraction baru datang ke hospital.

Terdengar suamiku memanggil dari luar kerana bimbang aku lama sangat dlm tandas.. Aku keluar dan lantas suamiku bertanya, "Syg ok tak ni? Nak pergi hospital tak? Abg mimpi syg bersalin, Abg azankan baby". Sebenarnya aku pun mimpi yg sama. Adakah ini suatu petanda yg bayi ini bakal dilahirkan hari ini? Segala persoalan timbul di benakku. Rasa risau, takut, cemas, tak sabar dan macam2 lg perasaan timbul..

Tepat jam 7 terasa perutku sakit seakan senggugut. Dah lama aku tak rasa sakit macam ni lepas kahwin dah takda dah period pain. Masa zaman bujang dulu setiap bulan kena. Tapi sakit seakan senggugut ni sekejap datang sekejap hilang.

Aku nekad nak terus datang ke hospital hari ni sebab org kata sakit contraction tu macam sakit senggugut. Selesai kejutkan Firas dan sediakan brg2 nak ke hospital, terus kami bergegas hantar Firas ke rumah pengasuh.

Sampai ke hospital, kami terus ke bilik saringan. Prosedur ctg dilakukan, lebih kurang 2 jam. Doktor check jalan, pintu rahim baru buka 2cm. Tetapi rasa sakit senggugut tu datang sekali sekala. Dalam sejam tu adalah dalam 4 kali.

Pada hari itu juga aku ditahan wad. Malangnya wad kelas pertama penuh, aku dimasukkan ke wad kelas 3 buat sementara. Sepanjang di wad, mulutku tidak henti2 membaca ayat lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin.. Aku membaca sebanyak yg mungkin agar proses bersalin dipermudahkan. Begitu juga surah Maryam ku baca berulang kali.

Tepat jam 12 tengahari, sakit seakan senggugut datang lagi. Kali ini kekerapannya datang 20 minit sekali. Aku masih boleh bertahan, inikah yg dinamakan sakit contraction? Aku pun tak pasti kerana pertama kali merasai pengalaman ini.

Tepat jam 3 petang, sakit senggugut ini kian menggila. Sakit ini sebenarnya lebih sakit drpd sakit senggugut, sakit yg teramat sangat. Kekerapan sakit ini datang 5 hingga 7 minit sekali. Aku siap rekodkan masa di mana sakit ini datang. Aku bersyukur kerana ketika sakit ini datang, suamiku sentiasa berada di sisiku. Setiap kali contraction datang, aku menggenggam kuat2 tangan suamiku tanda tidak tertahan lagi menanggung kesakitan. Mujur suamiku dibenarkan untuk berjumpa denganku oleh jururawat bertugas.

Acapkali aku ke tandas kerana terlalu kerap kencing, menandakan kepala bayi sedang menekan rahim untuk mencari jalan keluar. Aku tidak tertahan lagi, lantas berjumpa dengan doktor bertugas untuk memeriksa bukaan pintu rahim. Aku dimasukkan ke bilik pemeriksaan, doktor bertugas memaklumkan bahawa pintu rahim masih dengan bukaan 2cm.

Tepat jam 5 petang, sakitku sudah tidak tertahan lagi. Aku ke tandas lagi, ku lihat ada darah seperti datang bulan. Banyak, bukan seperti darah seperti yg keluar di rumah pagi tadi. Aku memaklumkan kepada jururawat bertugas, lantas prosedur ctg dijalankan sekali lagi. Ternyata sakit contraction ku sangat kuat ketika ini, doktor dan jururawat juga mengakuinya berdasarkan keputusan yg diperoleh drpd ctg. Aku diberi suntikan pada punggung utk menahan kesakitan. Menurut doktor, ubat yg disuntik ini adalah tidak digalakkan kerana akan mendatangkan kesan mengantuk dan pening kepala kepada diriku dan bayi dlm kandungan. Oleh kerana aku tidak tahan lagi dengan sakit ini, maka mereka terpaksa juga menyuntik ubat ini. Pintu rahim diperiksa sekali lagi, jalan baru buka 4cm. Menurut doktor, ini adalah kali pertama untuk aku bersalin normal, sebab itulah laluan untuk bayi keluar agak sukar seperti melahirkan anak pertama.

Setengah jam berlalu, namun sakit tidak juga kurang. Aku menangis dan menggenggam tangan suamiku kuat2. Andai pintu rahim masih belum buka sehingga 8cm, aku mohon suamiku untuk membenarkan prosedur pembedahan dijalankan kerana aku sudah tidak tertahan lagi dengan kesakitan ini. Suamiku mohon bersabar dan menyuntik pelbagai kata semangat.

Tepat jam 7 petang, pintu rahimku diperiksa sekali lagi. Kali ini bukaan pintu rahimku telah terbuka 6cm. Air ketubanku telah dipecahkan oleh doktor bertugas. Aku bakal ditolak ke Dewan Bersalin. Tetapi Dewan Bersalin penuh pada ketika itu, aku bakal dimasukkan pada jam 7.30 malam.

Sesampai di Dewan Bersalin, semua doktor dan jururawat mempersiapkan kelengkapan untukku. Mesin ctg dipasang lagi ke perutku. Salur darahku dicucuk untuk dimasukkan saline.

Tepat jam 9 malam, aku sudah tidak tertahan untuk meneran. Kesakitan utk meneran dan mengeluarkan bayi segera dari rahimku melebihi segalanya. Suamiku dipanggil masuk kerana sudah tiba masanya untuk bayiku melihat dunia. Riuh-rendah suasana di Dewan Bersalin, semua doktor, jururawat dan suamiku juga membantu proses mengeluarkan bayi dengan selamat. Macam2 cara diberikan untuk memudahkan aku bersalin. Dengan 3 kali teran, bayiku selamat dilahirkan, tepat jam 9.38 malam. Kedengaran laungan azan di telinga bayi lelakiku oleh suamiku. Bayi lelaki ini dilahirkan secara normal (vertex) dgn berat 3.1kg. Syukur alhamdulillah. Terasa nikmat melahirkan bayi secara normal walaupun anak pertama aku melahirkannya secara czer.. Alhamdulillah, impianku untuk melahirkan pada hari Khamis malam Jumaat tercapai..

Selesai bayi dilahirkan, proses mengeluarkan uri pula dijalankan. Aku terima 4 jahitan akibat guntingan episiotomi. Tetapi yg menakjubkan, rasa kulit dijahit tu langsung aku tak rasa sakit. Kuasa Allah. Lebih kurang jam 11 malam, aku dan bayiku terus ditolak masuk ke Wad Kelas Pertama.

Malam itu kami tidur nyenyak. Bayiku tidak banyak ragam, tak macam abangnya dulu.. Menangis tak henti2 pada malam pertama selepas dilahirkan. Sangat nyenyak tidurnya. Mungkin ini ganjaran yg Allah berikan utk ibu2 yg sabar menahan sakit bersalin.

Thursday, 25 September 2014

18 September 2014

Alhamdulillah.. Nurha dah selamat lahirkan anak ke-2, and its a boy! Firas dah ada kawan lepas ni.

Bayi dilahirkan pada 18 Sept 2014 tepat jam 9.38 p.m. Syukran ya Allah, kali ini Nurha dapat rasa lahirkan bayi secara normal, berbanding Firas dulu, melalui kaedah pembedahan akibat fetal distress.

Pengalaman bersalin normal akan Nurha kongsikan pada next entry.

Sunday, 14 September 2014

Due date : 13 September 2014

Semalam 13 September 2014. Tarikh due sepatutnya baby keluar. Beerti kandungan dah sampai minggu ke-40. Baby cukup matang. Tapi takda tanda2 lg yg baby akan keluar.

Kami suami isteri berserah. Datang ke bilik saringan HSA untuk mengetahui nasib baby boleh deliver ke tak.. Firas hantar ke Rumah pengasuh. Mujur pengasuh Firas ada, memang da bagitau awal2 dgn dia yg kitorang akan hantar kalo Nurha kena admit.

Sesampai je bilik saringan tingkat 1, adelah dlm 2, 3 pasangan yg menanti yg menanti nama dipanggil. Nurha terus ke kaunter,

Nurha : Assalamualaikum kak..
Nurse : Waalaikumussalam..kes ape dik dtg?
Nurha : Sy due hari ni, tp takda tanda2 baby nak keluar.. semalam ada call, dia suruh datang sini terus...
Nurse : Ok, duduk dulu ye..

Nurse yg bernama Dewi dan manis mukanya tu terus membalas senyuman dan Nurha ucapkan terima kasih.

Ada dlm lebih kurang 10 minit menunggu, nama Nurha dipanggil. Masuk bilik 2 Dan baring. Prosedur menggunakan mesin ctg, untuk mengukur tahap pergerakan baby, jantung baby dan kontraksi dijalankan. Prosedur ni memang lama. Rasa tak selesa sebab kena baring terlentang. Sesekali nurse suruh gerak ke kiri dan ke kanan. Kesian papa tunggu lama kat luar.

Doktor Winnie sesekali datang periksa graf ctg. Dalam pada tu nurse minta doktor Winnie buat V.E. Tu singkatan utk vaginal examination yg kebanyakan ibu mengandung takut nak kena atau bahasa lainnya kena seluk. Nak tau pintu rahim dah bukak berapa cm..huhu..ngilu gak rasa. Doktor Winnie kata pintu rahim baru bukak 1cm. Dia tak nasihatkan utk bersalin hari ni. Datang semula pada 20/9 ni kalau baby tak keluar jugak, Nurha kena induce. Ya Allah, menurut pengalaman org kena induce mmg sakit sangat2!

Nurha pulang dengan perasaan yg bercampur baur. Apakah nasib Nurha nanti. Nak kena minum dulu ke air bunga fatimah bagi mudah bersalin? Ada yg kata bunga tu minum time dah ada rasa sakit2.. Fungsi bunga tu nak bg kembang rahim nak bg baby keluar dgn mudah. Minyak kelapa dara pun Nurha day amalkan, minum dan sapu pada perineum.. Makan kurma.. Apa lg ye nak buat or mkn?..

Thanks for reading..

Monday, 8 September 2014

Bedung berpelekat, ringkas dan mudah

Sempat lagi beli barang baby online.. Minggu ni dah minggu ke-39, petang ni ada last check-up sebelum bersalin. Ikutkan tarikh due hari sabtu ni, 13/9/14..Masih belum ada tanda2 baby nak keluar.

Ni bedung yg sempat Nurha beli khas untuk baby. Berpelekat, mudah nak pakai, ringkas. Dulu masa Firas dia tak pakai bedung macam ni, tidur selalu terkejut2, tangan selalu terkeluar sebab pakai bedung yg ada tu tak fit..

Kali ni harap baby tidur lena. Mama dah basuh bedung ni tak sabar nak tgk baby comel masuk dlm ni.

September datang lagi

September datang lagi! Bulan di mana kami menantikan saat kelahiran org baru. Tak lupa juga ulangtahun perkahwinan kami yg ke-3. Semoga kebahagiaan mengiringi kami sehingga ke jannah, amin...

p/s: ini post 3hb yg lepas.. Nurha tak pasti kenapa dia tak published..thanx for reading :)

Saturday, 30 August 2014

38 minggu

Assalamulaikum.. Dah pun 38 minggu usia kandungan Nurha. Bermakna tgh tunggu hari. Esok 31 Ogos..  Kalau baby nak keluar pun just nice..hihi.
Untuk minggu ke-38 ni pinggang dah mula sakit, kaki dah mula bengkak. Tidur malam pun dah tak lena sangat. Nurha dah mula consume vco (virgin coconut oil) sejak 7 bulan lagi untuk mudahkan proses  bersalin dan elak baby kena jaundice. Tak lupa juga sapu vco pada perineum utk elak koyakan besar time teran. Hopefully kali ni boleh bersalin normal, doktor pakar pun dah tentukan yg Nurha pass utk bersalin kaedah normal.
Nurha juga amalkan minum air kelapa muda. Orang kata untuk bersihkan kulit baby. Alhamdulillah..tak susah cari air kelapa kat JB ni. Tengok tempat, ada yg mahal ada yang murah.
Nurha ada teringin jugak nak makan goreng pisang cheese, at last jumpa gak akhirnya kat bandar Kota Tinggi. Sedap rupanya..Nurha buat sendiri pun boleh...hihihi. rajin la pulak kan..
Semoga proses bersalin pada kali ini dipermudahkan tanpa ada komplikasi macam bersalinkan Firas dulu.

Saturday, 9 August 2014

Kuatnya kaum ibu....

True story... Kredit daripada fb.. :)

Thursday, 31 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Selamat hari raya semua. Maafkanlah jika ada penulisan Nurha di blog ni yg menyinggung perasaan sesetengah pihak.. Tahun ni kami tak beraya di Sabah disebabkan Nurha tgh sarat mengandung...dah 33 minggu. Memang tak bolehlah nak naik flight.

Raya ke3 pun kami dah mula bekerja. Tahun ni bg peluang kat orang lain yg nk bercuti pulak. Raya tahun ni disambut ala kadar je.. Hari ni dah raya ke4..cepat betul masa berlalu. Lepas ni nak concentrate dgn persiapan adik Firas pulak. Cuma set berpantang je dah beli. Yg lain2 masih dalam persiapan lg.

Capture gambar raya di rumah Mak Abah..tempat Nurha dibesarkan...

Thursday, 10 July 2014

Selamat Ulangtahun Firas yang ke 2 tahun

Hari ni 10 Julai. Genap usia Firas 2 tahun. Dah panjang akal Firas sekarang ni. Sesuai dgn maksud namanya. Belum pun usia 2 tahun Firas da pandai bercakap, menyanyi, berceloteh. Kids nowadays kan. Semuanya nak cepat.

Firas selalu kiss tummy mama ni. Macam tak sabar nak suruh baby keluar.. Everytime sentuh perut mama je cakap diam..baby tengah tidur. Hai la anak.. Bijaknya kamu.

Firas da boleh disuruh, faham arahan, cepat belajar macam usia budak 3 tahun. Mudah mesra dgn sesiapa je..samada kenal ke tak.. Dah kurang ragamnya, tak macam awal pregnancy hari tu.

Tapi maafkan mama nak, sebab tak dapat susukan Firas sampai usia 2 tahun. Sempat susukan Firas sampai usia setahun 5 bulan je lepas tu dah putus susu.. Kesiannya kamu. Mama tahu Firas bagi laluan pada baby..kalaulah mama faham isi hati kamu yg tersirat mcm manelah ye..

Selamat ulang tahun sayang.. Semoga menjadi anak yg soleh di dunia dan juga di akhirat. Cerdas dan pintar. Mentaati perintah agama. Menghormati org tua. Berjaya suatu hari nanti, jgn lupa diri....jgn tinggal solat. Jaga papa, mama dan adik.. Semoga hidupmu diberkati Ilahi.. Sesungguhnya kehadiranmu dalam hidup kami merupakan anugerah yg terindah...

Tuesday, 10 June 2014

Beza kandungan yg dulu dan sekarang

Orang kata, setiap kandungan yg dialami oleh preggy mom utk anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya adalah berbeza-beza. Perbezaan ini mungkin akan menentukan jantina anak yg dikandung samada lelaki atau perempuan. Nurha nak buat perbandingan mengandung anak pertama dan kedua. Mungkin boleh predict jantina bayi yg Nurha kandungkan utk kali ini.

Anak pertama :

1. Alahan evening sickness (tekak mual, pening kepala, muntah2) yg teruk ketika 2-3 bulan. Morning sickness tak ada pulak.
2. Tak suka masak sebab tak boleh bau dapur..bau bawang..bau org menumis..kalau ada terbau, dan2 tu terus muntah
3. Selalu kaki kena simpul biawak / kaki cramp masa tidur mlm
4. Takda selera mkn utk 4 bulan pertama
5. Kaki dah start bengkak masa 6 bulan
6. Garisan memanjang berwarna hitam yg nyata di bahagian perut hingga ke bawah
7. Suka tidur menghadap ke kanan
8. Tak suka pakai perfume
9. Cepat marah bila stress
10. Suka makanan yg manis2

Anak kedua :

1. Takde morning or evening sickness langsung, selera makan bertambah masa 2-5 bulan
2. Berat badan setiap bulan naik 1.9kg
3. Suka memasak.
4. Masa 4 bulan doktor detect uri bawah.
5. Suka makan yg masam2
6. Rambut kurang gugur..berbanding kandungan pertama dulu. habis lantai kat rumah penuh rambut gugur
7. Suka pakai perfume
8. Suka tidur menghadap ke kiri
9. Terasa gerak baby masa kandungan 4 bulan lebih
10. Boleh control kemarahan

Untuk kandungan pertama..hasilnya baby boy..Firas lah..he he.. Memang kebanyakan org suka bila anak yg pertama lelaki. Untuk yg kali kedua ni tak tau / belum confirm apa jantinanya. Apapun Nurha berserah dan terima lelaki atau perempuan yg penting bayi sihat dan sempurna. Amin.

Thursday, 24 April 2014

Puding laici goyang

Assalamualaikum peeps! Dah hampir bersawang blog busuk ni.hehe..Busy kemain skrg ni sampai tak sempat nak update blog. Ni baru anak sorang....belum keluar yg no 2 lagi.kihkih..

Hari tu tekak teringin sangat nak makan puding laici goyang. Ada 2 tin laici kat ofis tu terbiar je. Hadiah hamper vendor bg time raya (lame tuuu...) Takde sape nak usahakan. Lantas Nurha bawak balik rumah buatkan puding laici. Senang je rupanya buat puding ni. Oleh kerana Nurha first time buat, agak lembik sikit..banyak sgt air kot. Tapi En husband puji, nampak sedap, rasa ok tapi lembik pulak. Tapi bila bawak datang g ofis hari tu, tak sampai 5 minit dah licin satu loyang. Gambar tak sempat snap.. Dalam tupperware kecik tu je lah yang sempat. Ni untuk Firas bawak bekal gi umah pengasuh...

Sunday, 16 March 2014

Kisah kemarau, hujan dan Pray for MH370

Assalamualaikum dan salam berbahagia buat semua pembaca. Bumi Johor Bahru dibasahi hujan hari ini, alhamdulillah. Dah lama kemarau, hujan tak kunjung tiba. Pokok-pokok kering, rumput kekuningan menjadi warna kecoklatan akibat penangan kemarau yang berpanjangan. Paras air sungai juga semakin surut, pusat takungan air juga memberikan bacaan amaran, sehingga proses catuan air terpaksa dilakukan. Hutan dan belukar terbakar di sana-sini termasuklah kebun-kebun, ladang-ladang dan estet-estet. Alhamdulillah, hari ni Allah memperkenankan doa kami agar hujan turun setelah kemarau yang berpanjangan.

Pencarian pesawat MH370 sudah masuk hari yang ke-9, pesawat masih tak kunjung tiba, bukti juga belum ada lagi. Seluruh sanak-saudara, rakan-taulan, sahabat, ibu bapa dan keluarga penumpang menantikan perkhabaran gembira, dengan harapan agar penumpang dan krew kabin pulang dalam keadaan yang selamat. Doa rakyat Malaysia dan seantero dunia tidak putus-putus mengiringi agar kesemuanya dapat ditemui dengan selamat. Entah mengapa kisah kehilangan MH370 sangat terkesan di hati. Mungkin Nurha sangat terasa kerana antara kami sekeluarga dengan penerbangan tidak kira Air Asia, MAS ataupun Fireflies sangat bergantung kerana sering menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia. Mungkin disebabkan faktor ini kisah kehilangan MH370 amat terkesan di hati.

Apapun semoga semua pihak tidak berputus harap, semua rakyat tidak terputus doa agar penemuan pesawat ini dapat dipermudahkan, amin. 

Gambar ihsan Google

Friday, 21 February 2014

Positive test kit..alhamdulillah..

Assalamualaikum peeps! Lama tak berblogging..2014 ni adalah tahun yg mencabar bg Nurha. Kerja bertambah..umur bertambah..(hehe..yg ini..of cos lah kan)..anak bertambah..ha yg ini baru nak cerita ni.. Risau tak peod2 sekali check ada 2 line..

Alhamdulillah..rezeki Allah..di saat Firas umur 1 tahun 7 bulan. Tapi Firas ni masih breastfeed.. Macam mana tu eh.. Ada mommies yg ada pengalaman macam Nurha tak? Ada yg kata tak elok..ada yg kata teruskan.. Nanti Nurha update lagi cerita ni..

Thanks for reading... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...