Tuesday 30 April 2013

Kambing untuk akikah dan qurban


Assalamualaikum.. Lamanya tak menulis akibat ke'busy'an yang melanda.. Kali ini Nurha nak buat promote sikit tentang kambing segar dan terbaik dari ladang, ready stok sedia untuk dibekalkan. Untuk bakal2 mommy boleh contact Nurha ataupun penama dan nombor telefon yang tertera pada poster kat bawah ni. Senang korang nak buat akikah untuk bakal baby nanti. Ingat ye mommies, "menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan seiring dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi". Akikah sebaik-baiknya dilakukan pada hari yang ketujuh berdasarkan maksud akikah dari segi syarak itu sendiri, bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. 

Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan 2 ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dan sebagainya) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnya sedangkan anak perempuan memadai diakikahkan dengan seekor kambing sahaja. 

Sumber dipetik daripada : Buku Indahnya Hidup Bersyariat, karya Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Jadi, bagi sesiapa yang berminat dan masih belum lagi laksanakan akikah untuk anak, boleh hubungi Nurha  ataupun talian tertera untuk tempahan. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...