Monday, 31 December 2012

Mari melipat kain...

Assalamualaikum...Salam tahun baru 2013... Hari ini hari terakhir tahun 2012. Nurha rasa lega sebab masalah dengan AirAsia dah settle. Yeay! ni yg semangat nak balik Sabah nih..

Papa n Firas dah tidur. Tinggal mama je belum, melipat baju. Menyapu dan mengemas rumah dah settle. Dalam banyak2 kerja surirumah kan, yg paling Nurha malas nak buat ialah kerja melipat baju..haha.. Dah terbongkar tabiat buruk sendirik.. Bagilah keje lain, memasak ke, membasuh baju ke, membasuh tandas ke, menyapu ke, mengemop lantai ke...tapi kerja-kerja melipat baju memang jatuh ranking yg paling bawah..! Nak tak nak kena gak buat, nak harapkan papa..memang taklah.. Tapi time datang rajin dia, buat jugak.. Cuma susah nak jumpa time rajin papa melipat baju tu..

Melayan konsert Ambank 2013 @ NTV7 dengan melipat baju. Esok Johor tak amik cuti new year. So, kerja macam biasa. Bimbang tepat jam 12 nanti Firas terkejut2 dengar bunyi mercun. Sure berdentam-dentum punya bunyinya.. Sambunglah melipat baju..

Sebakul baju yg malas nak dilipat
 

Sunday, 30 December 2012

Sedapnya Dunkin Donut..

Selamat pagi.. Hari Ahad yang indah.. Kami plan nak ke Kluang, rumah mak angkat papa dan nak ke Batu Pahat atas urusan bisnes papa. Firas bangun awal. Tak dapat mama nak pejam mata lagi..hehe..
 
Sempat jugak singgah Dunkin Donut sebelum tol Skudai. Lamanya rasa tak makan Dunkin Donut lepas dah ada Big Apple & J'co Donut. Dunkin Donut ni popular zaman Nurha study dulu. Emm, yummy rasanya lebih kurang donut Big Apple dan J'co Donut, tapi rasa lebih sedap rasa yang sekarang ni daripada dulu. Em, betul ke.. Ke sebab tengah lapar, haha... Tapi donut ni tak boleh makan selalu, tinggi kolesterol, kandungan gula, manis sangat.. Sesekali bolehlah kan..

MF sapu yg coklat dulu, yg lain utk papa

Lepas tu kami bergegas ke Kluang dahulu. Pergi pekan Ayer Hitam, beli hadiah kahwin anak mak (mak angkat papa). Geramnya tengok barang-barang kat Ayer Hitam. Kali terakhir kami datang, tahun lepas time nak cari goodies untuk majlis perkahwinan. Nurha tak berkesempatan nak capture gambar, kebetulan time kami sampai hujan renyai-renyai. Nak kena pegang Firas dengan beg, dengan payung lagi, so tak dan nak tangkap gambar pekan Ayer Hitam.

Sampai ke JB semula lebih kurang jam 6 petang. Penatnya rasa. Mau tidur awallah..


AirAsia...Now everyone can fly..?

Petang tadi kami ke Senai Airport, belikan tiket si kecik ni nak balik Sabah minggu depan. Tiket mama dan papa dah beli tinggal tiket Firas je belum. Dari sehari ke sehari nak beli tapi tak berkesempatan. Antara MAS, AirAsia dan FireFly of cos lah kami pilih AirAsia sebab harganya yg murah, jimat dan ekonomi. MAS, belum mampu lagi, mahal.. FireFly pulak dari JB ke Sabah tiada penerbangan ditawarkan.

Dah bertahun-tahun kami jadi pelanggan tetap AirAsia dengan mottonya Now everyone can fly... Tapi mottonya tak sehebat kata. Sebab apa Nurha kata macam tu, sebab kami geram jugak dengan AirAsia ni rasa nak marah pun ada. Flight kali ni asyik kena retime je. Macam mana pula dengan org yg tinggal kat kawasan pedalaman, yg tak dapat liputan telefon dan internet? Mesti info tak sampai pada dorang untuk dapat sms flight kena retime, dah tentulah tertinggal flight. Mujur kami ni di bandar, even 10 kali retime pun kami boleh update dan tengok melalui email. 

Itu cerita pasal retime, belum lagi beli tiket online. Papa ada belikan tiket untuk mak mertuanya (mama Nurha), tapi malangnya nama tiada dalam sistem, bayaran telah pun dibuat, tetapi apa masalah AirAsia dengan sistemnya? Bayaran telah dibuat beserta bukti lagi, Kami datang ke kaunter tadi untuk selesaikan masalah ini tetapi pekerja customer service AirAsia kata "Maaf encik saya tak tahu masalah encik ni, saya masih baru..Encik datang esok jumpa dengan executive mungkin masalah encik boleh selesai.." Huh, menyirap juga kami dengar statement budak perempuan tu, masalah kami ke disebabkan dia seorang pekerja AirAsia yg baru dia langsung tak nak ambil tahu masalah yg kami utarakan then serah kat pekerja yg lebih senior.. Kami terpaksa datang sekali lagi..huhu. 

Sebelum ni, pernah juga kami berurusan dengan pekerjanya yg sangat kekwat, dengan muka yang masam, tak mesra pelanggan pertanyaan yg lembut pun dibalas dengan kasar.. Mintak maaf cakap, muka memang tak seberapa, kalau budi bahasa elok sedap juga hati kami. Ini tidak, jangankan muka, budi bahasa pun tak ada, tapi boleh pulak dapat kerja kat AirAsia bhgn customer service.

Bersabarlah wahai hati. Kalau ada syarikat tambang murah yg lain dah lama kami tak pilih AirAsia ni..

Now everyone can fly..? Macam dah tak relevan...

Friday, 21 December 2012

Firas tukar pampers saiz L

Dah 2 minggu lebih Firas guna pampers saiz L. Belum masuk 5 bulan lagi dah tukar saiz..huhu.. Memang semangat anak mama ni. Anak org lain rasanya dah setahun kot baru pakai saiz L.. Tapi Firas dah tak selesa dah kalau pakai pampers saiz M. Huhu..semuanya nak cepat.. bagi makan pun lagi beberapa hari lagi nak genap 4 bulan. Hai lah..anak...anak...

MF dgn papa jalan-jalan kat Giant, ternampak pampers jenama Whoopee.. Ada promotion, MF ambil yg pek 60 keping dulu, tengok ok ke tak dengan Firas.Tak pernah try lagik brand ni.. Tengok Firas pakai dah dua minggu lebih ni, ok takde ruam pun. Nampak selesa. Ni brand keempat dah pakai after Pet Pet, Drypers dan Huggies. Pengasuh pun kata Firas ok je pakai brand ni cuma nak habiskan pant jenama Drypers yg masih banyak lagi kat rumah dia.. Tapi time nak pakaikan memang seksa..Firas dah lasak...susah mama nak lekatkan pita pelekat kat pampers..huhu... Dah nama anak lelaki, memang 'ganaz' sket la kan.. 


Wednesday, 12 December 2012

Tarikh cantik...12.12.12


Saje-saje nak letak entri pada tarikh yg cantik ni.. Hanya jumpa sekali dalam seumur hidup.. Apa yg menarik berlaku hari ni ye? Oh, ade.. Tapi penting untuk diri sendiri mau ingat.. Dia datang buat kali ke-2 lepas dapat Firas..huhu.. Rasa ramai dah dapat teka ape bendanya tu.. Rasa macam terlajak juga, tapi mungkin 'dia' dah set nak keluar time tarikh yg cantik ni..huhuhu.. Nurha tarik nafas lega sebab Firas masih kecil lagi baru 5 bulan. Tak mahu dia 'terkurang' kasih sayang.. Jumpa lagi next entry..

Google courtesy
 

Sunday, 9 December 2012

Cerita pasal pengasuh Firas

Assalamualaikum.. Hari ni hari minggu. Kami sekeluarga tak balik kampung minggu ni. Just pegi Giant je siang tadi bawa Firas jalan2. Batuk dan selsema Firas dah takde. Alhamdulillah, memang ubat Poliklinik Bio-Sucinas tu memang serasi dengan Firas.

Firas dah tukar babysitter yg ketiga...huhu.. Sangat mencabar nak cari babysitter yg betul2 willing nak jaga anak kita kat JB ni.. Nape tak hantar ke nursery? Sorry, Nurha memang pangkah (bukan pangkah sebab pilih ye, tapi pangkah sebab tak suka...) dengan nursey kat JB ni pasal ada banyak kes tersedak susu, dera budak dan jagaan yg kurang memuaskan. Nurha ada kawan yg kerja kat nursery ni, kira nusery yg top jugalah kat JB ni. Macam2 kawan Nurha cerita akan 'ketakbagusan' nursery tempat dia kerja tu, sampai sekarang ni dia sendiri pun dah berhenti kerja pasal kesian tengok budak2 kat nursery yg kena ragging..huhu..tak sanggup saya..

Kenapa Firas tukar pengasuh ke-3? Ni nak cerita lah ni..

Pengasuh pertama
Nurha kenal makcik ni melalui rakan sekerja. Tgh pregnant aritu, adelah tanya2 kan budak2 ofis ade tak org nak jaga baby.. Then dapat, jiran kepada officemate ni. Kira pangkat nenek lah dengan Firas, umur 56 tahun. Masa mula2 ada dua option, kakak yg pertama tu around 40 plus umurnya, dekat dengan rumah Nurha tapi sayangnya ramai benar dia jaga budak..Sampai 6 org...! Memang sah2 lah tak pilih kakak tu.. Sebab tu kami pilih makcik yg umur 56 tahun tu atas recommend officemate. 1st impression, time 1st time jumpe, kitorg dapat rasakan yg makcik ni mcm asal boleh je nak jaga Firas, senang cakap macam terpaksa terima lah... Ok, kitorg tak nak cakap lebih pasal tu sebab pening kepala nak carik lagi pengasuh lain.. So diamkan jelah.
Makcik ni busy dengan aktiviti hariannya sebab salah seorang org penting dalam komuniti bacaan Yasin, kenduri kendarat kat taman tu. Macam kami pulak terpaksa ikut jadualnya, tapi bukan dia boleh ikut jadual kerja kami yg kadang2 terpaksa balik lewat sikit..(even tak lebih jam 7 pun). Kami rasa tak boleh nak blah lagi hantar Firas kat makcik ni, macam terpaksa je jaga Firas (macam yg kami jangkakan tu..) Ada banyak lagi yg Nurha tak boleh nak cerita habis pasal makcik ni kat sini, agak sensitif rasanya.. Sekian cerita makcik pengasuh Firas yg pertama ni.

Pengasuh kedua
Dah dapat pengasuh kedua.. Senangnya dapat, memang rezeki Firas lah.. Akak ni umur around 30 plus memang jaga sorang budak je tu pun umur 1 tahun lebih. Dia ada anak sorang, umur 10 bulan. Ok lah kan, kami pun hantarlah Firas kat akak ni. 
Malangnya, hanya bertahan 1 hari setengah je kakak tu jaga Firas, sebab menurut kaka tu, dia tak tahan sangat pasal Firas sangat kuat nangis + anak angkat dia pun kebetulan demam, nak perhatian lebih drpd akak tu. Kebetulan Firas memang demam, may be akak ni memang kurang skill kot jaga baby, so tak pandai nak tackle budak. Dia bimbang darah tinggi dia naik je, huhu.. Terus surrender nak jaga Firas, Nurha terpaksa balik, mintak half day n tinggalkan audit yg tgh berlangsung pd hari tu..

Pengasuh ketiga
Kakak ipar kawan Nurha. Dekat sangat rumah dia dgn Nurha. Eh, memang rezeki Firas lah, senang dapat pengasuh.. Yg ini paling ok. Kakak ni memang nak jaga budak, siap nak buat iklan lagi. So far memang tak ada masalah. Siap bawak Firas jalan2, balik kampung dia lagi. Firas pun riang kat rumah kakak ni sebab ada kawan, anak kakak ni umur 3 tahun. Satu family memang suka baby. Alhamdulillah..dah tak pening kepala kami nak mencari pengasuh untuk Firas lagi.

Sekian saja cerita pengasuh Firas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...