skip to main |
skip to sidebar
Pernah tak dengar bahawa air tangan isteri itulah yg membentuk dan mencorakkan keharmonian & kebahagiaan rumahtangga? Petua org tua2 sebenarnya banyak membantu kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Oleh itu, tidak hairanlah kalau pada zaman sebelum kita lahir, amat jarang kita dengar kes-kes perceraian seperti yg terjadi sekarang.
Tidak ada istilah saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan atau 'power' nya air tangan isteri atau ibu terhadap keluarga. Tetapi rahsia air tangan isteri atau ibu dalam sesebuah rumahtangga dapat dijelaskan secara rohaniah. Bagi kita yg pernah duduk merantau dan berjauhan dengan ibu, cuba kita fikirkan, apabila kita makan mesti kita sering teringatkan masakan ibu, kemana pun kita pergi, masakan apa pun yg kita makan seperti yg pernah ibu kita masak, kita pasti buat perbandingan bahawa masakan itu tidak sesedap seperti masakan ibu.
Begitu juga dgn suapan air tangan ibu. Suapan itu akan memberi kesan pada 10-15 tahun akan datang apabila anak-anak sudah pandai bergaul, memilih teman, kurang mendengar apa yg ibu pesan, namun berkat dari air tangan ibu, sekiranya anak ingin mengikut kehendak hatinya sendiri, namun dia akan tetap mencari restu si ibu dalam hidupnya. Air tangan ibu yg menyuap makanan ke mulut anaknya dan masuk ke perut, InsyaAllah akan membentuk darah daging yg baik dan berkat.
Untuk isteri yg mempunyai pembantu rumah, jangan biarkan semua kerja dilakukan oleh pembantu rumah. Kebajikan suami di dalam rumahtangga seharusnya dijaga oleh isteri dan bukannya org lain. Sentuhan tangan isteri kepada barang2 suami sebenarnya ada 'roh'nya. Jika sekiranya 'roh' itu sentiasa dibelai oleh org lain, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Sebab itu kadang terdapat suami yg kacak bergaya dan isteri yg berkerjaya dan cantik jelita dimadukan dengan seorang pembantu rumah!
Begitu juga dengan hal makan minum suami, bak kata org tua2, nak jaga hati suami perlu jaga perutnya dahulu (termasuk syahwatnya). Suami penat bekerja seharian selama 8 jam, makan tengahari di luar, apalah salahnya sediakan seteko air buatan tangan kita sendiri. Barulah 'roh' dan aura isteri itu sentiasa menemani suami.
Ketika zaman kita kecil dahulu, jarang kita lihat nenek2 kita menyidai pakaian dalam di luar. Org tua2 kata, pakaian dalam perlu disidai dari tempat yg khas dan jauh dari penglihatan org lain. Pakaian dalam ini kan tempat kita menyorokkan aurat kita suami isteri, sebaik-baiknya janganlah dijadikan bahan tontonan umum. Tapi sekarang ini, lagi2 bg mereka yg duduk di rumah2 flat atau apartment, pakaian dalam bergantungan di sana sini dan disidai menghadap ke jalanraya pulak tu. Pakaian dalam juga perlu dibasuh berasingan dgn pakaian yg lain. Ada rasionalnya, rasanya semua dah tahu kan?
Bilik tidur pula, ada baiknya dikemas dan dijaga dgn bersih, jangan sekali-kali membiarkan org lain menyentuh bilik kita sewenang-wenangnya, jika tidak maka akan hilanglah 'roh' isteri di situ. Roh yg sepatutnya ada di katil ialah roh kita suami isteri sahaja, bukan org lain. Semoga hubungan suami dan isteri akan berkekalan sampai bila2.. Amin..
0 comments:
Post a Comment