Tuesday, 2 August 2016

Pengalaman bersalin normal anak ketiga


 


 
Assalamualaikum..

Post pertama untuk bulan Ogos 2016. Alhamdulillah, Nurha dah selamat bersalin pada 1 Syawal 1437H. Raya pertama baby girl keluar. Sempat jamah ketupat abah, rendang emak dan daging salai masak lemak n kari abah petang raya tu. Mujur emak abah masak cepat, dapatlah merasa juadah hari raya awal.Memang baby set nak keluar pagi raya, nasib baik bukan sebelum solat Hari Raya, kalau tak jenuhla papa nak berkejar untuk bayar zakat pulak. Baby keluar tepat jam 10.48 pagi, memang dah habis solat Hari Raya Aidilfitri. 

Pengalaman pertama beraya di hospital. Kesian Firas dan Fahim beraya tanpa mama dan papa. Atok dan umi tolong jagakan. Tapi takpe pengalaman pertama ni berbaloi sebab Allah kurniakan seorang bayi perempuan. Memang Nurha tak sangka nak dapat baby girl sebab masa minggu ke-16 scan macam baby boy doktor kate. Tapi dalam hati ni terdetik macam tak betul, jadi Nurha just bagitau papa dia je, org lain Nurha tak bagitau sebab cadang nak buat scan 3D or 4D, nak confirmkan betul2 jantina. Tetapi ditakdirkan Tuhan, kami takda rezeki nak buat scan 3D n 4D sebab baby dah besar, time tu 32 minggu, klinik tolak mentah2. Kecewa jugak time tu, then kami terus pulang ke rumah dan berserah dan bertawakal apa pun jantinanya kami terima dengan redha.  

Kali ini, Nurha akan kongsikan pengalaman bersalin anak ketiga. Sebelum ni Nurha pernah kongsi pengalaman bersalin anak pertama : Firas melalui kaedah ceasarean, dan anak kedua Fahim : melalui kaedah normal. Anak ketiga : Fea lahir melalui kaedah normal juga tepat minggu ke 39. Ikuti kisah seterusnya.

6 Julai, 2016 @ 5.00 a.m.
Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Perutku terasa memulas-mulas. Acapkali aku keluar masuk tandas. Terasa sakit contraction belum terlalu kuat. Ku fikirkan sakit macam petang semalam, false contraction datang sekali dalam 8 jam.   

6 Julai, 2016 @ 5.30 a.m. 
Sakit datang lagi. Kali ni dah setengah jam sekali. Rasa sakit datang dan pergi. Aku rasa tak sedap hati. Lantas mengejut suamiku yang tidur di sebelah. Suruh mandi dan bersiap2. 

6 Julai, 2016 @ 6.00 a.m.
Selesai sudah mandi dan bersiap2. Segala barang keperluan kami bawa masuk ke dalam kereta. Aku dah tak tertahan lagi. Sakit contraction dah makin kuat datang setiap 15 minit sekali. Kami segera berjumpa dengan mak abah, adik2 juga ipar duai yg lain. Mohon ampun maaf, dan dipermudahkan urusan bersalin. Berlinang air mata menahan sebak saling bermaaf-maafan dan juga menahan kesakitan. Perasaanku  bercampur-baur. Aku kucup pipi dan dahi kedua2 anakku yg sedang enak diulit mimpi. Mereka tak tahu dan tak faham akan kesakitan ini. Sebaknya rasa nak meninggalkan mereka, beraya di pagi Syawal tanpa diriku dan suami. Namun ku kuatkan hati demi bayi dalam kandungan.

6 Julai, 2016 @ 6.15 a.m. 
Kami bersiap sedia dan meninggalkan kampung halaman menuju ke hospital. Jarak kampung ke hospital lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Aku nekad untuk bersalin di HSA juga kerana segala peralatan dan kepakaran lengkap di sana. Lagi2 hari pertama Syawal, mungkin ramai yang bercuti sekiranya bersalin di hospital lain. Suamiku memecut laju kenderaan agar tiba ke hospital seawal yang mungkin. Mujur jalan lengang dan perjalanan kami dipermudahkan.

6 Julai, 2016 @ 7.00 a.m. 
Kami tiba ke hospital awal 15 minit. Sakit contraction dah semakin kuat, datang 5 minit sekali. Mulutku tidak henti2 berzikir dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Kepada suamiku, acapkali aku mohon ampun dan maaf atas segala kesalahanku terhadapnya. Doa agar dipermudahkan urusan bersalin.

6 Julai, 2016 @ 7.10 a.m.
Sesampai di kaunter bilik saringan, tiada seorang pun pesakit. Aku terus dipanggil masuk oleh jururawat bertugas ke bilik saringan. CTG machine dipasang untuk mengukur tahap contraction. Sakitku semakin kuat. Prosedur VE dijalankan oleh doktor bertugas. Walaupun ini kandungan ketiga, sakitnya saat rahim diseluk hanya Tuhan sahaja yg tahu. Pintu rahim baru buka 4 cm.
    
6 Julai, 2016 @ 8.15 a.m.
Sejam telah berlalu namun pintu rahimku masih lagi dengan bukaan 4cm. Doktor bertanya bila aku last makan. Aku menjawab malam tadi jam 8 malam. Rasa pedih sangat perut sebab tak makan apa lagi. Hanya kurma yang aku makan untuk beri tenaga sebelum masuk ke Labour Room.


6 Julai, 2016 @ 8.45 a.m.

Dari tingkap bilik saringan, ku lihat hujan turun dengan mencurah-curah di pagi Syawal. Sakitku kian menggila. Aku banyakkan berzikir sebelum masuk ke Labour Room. Result CTG menunjukkan bacaan 'suspicious', bayiku kelihatan lemah dan kurang gerak berdasarkan graf yg terhasil. Lantas jururawat bertugas membuka semua peralatan yg dipasang pada perutku dan mengarahkan aku menukar baju wad bersalin. Doktor memberitahu bahawa bayiku bergerak lemah dan aku bakal ditolak masuk ke Labour Room.

6 Julai, 2016 @ 9.10 a.m.
Di Labour Room, aku dipasangkan lagi CTG machine. Pintu rahim diseluk lagi entah kali yg keberapa. Suamiku jadi peneman setia sepanjang berada di Labour Room. Ada masa suamiku disuruh keluar untuk prosedur VE oleh doktor bertugas. Di Labour Room aku tidak dibenarkan makan dan minum. Tetapi tekakku teras sangat kering dan suamiku memaklumkan jururawat agar membenarkan aku minum barang sedikit. Alhamdulillah, jururawat dan doktor sentiasa memberikan kerjasama yg baik. Air mata tidak henti menitis akibat menahan kesakitan yg teramat sangat. Doktor memberitahu bahawa pintu rahim masih dengan bukaan 4 cm, aku ada masa 2 jam untuk dipantau dan tunggu sehingga pintu rahim terbuka luas sehingga 8cm, barulah aku dibenarkan untuk bersalin normal. Mungkin ada rezekiku, aku dapat bersalin normal, jika tdak aku bakal ditolak ke Dewan Bedah untuk bersalin dgn kaedah Ceasarean.   

6 Julai, 2016 @ 9.50 a.m.
Result CTG ku kian merosot. Doktor memaklumkan bahawa bayiku sudah termakan najis sedikit, aku bakal ditolak masuk ke Dewan Bedah untuk prosedur Ceasarean. Prosedur pembedahan perlu dilakukan dengan serta merta bagi menyelamatkan nyawaku dan bayiku. Bayiku ada komplikasi Fetal Distress. Suamiku menggenggam erat tanganku. Dia berharap agar ku terima dengan redha dgn semua ketentuan ini. Walaupun jauh di sudut hatinya dia mengerti bahawa aku tidak mahu dibedah, cukuplah dengan kelahiran Firas dahulu. 

6 Julai, 2016 @ 10.10 a.m.
Aku kini sudah berada dalam Dewan Bedah. Doktor memeriksa lagi pintu rahimku. Dengan izin Allah, pintu rahimku telah buka 8cm. Doktor memaksa aku untuk 'push' memandangkan pintu rahim telah terbuka luas dan selamat untuk bersalin normal. Berkali-kali aku cuba untuk meneran, tetapi aku tidak berupaya untuk melakukannya kerana aku sudah tiada tenaga untuk meneran. Entah kali yg keberapa aku cuba untuk meneran tetapi bayiku gagal juga untuk dikeluarkan. Suamiku pula tidak dapat masuk ke Dewan Bedah, dan aku tiada semangat dan perangsang untuk mengeluarkan zuriat kami ini dengan cepat. Akhirnya, aku dapat merasakan bahawa doktor bertugas telah menggunakan Vakum untuk memaksa bayiku keluar dengan cepat. 

6 Julai, 2016 @ 10.48a.m.   
Akhirnya, setelah berjam-jam menanggung kesakitan zuriat yg kami tunggu2 selama ini selamat dilahirkan. Tidak ku sangka bayi yg ku kandung selama ini ialah perempuan. Tetapi aku agak terkilan kerana tidak dapat menyusukan bayiku sebaik sahaja dilahirkan. Bayiku dimasukkan ke wad kerana menurut doktor degupan jantungnya tinggi dan dia telah termakan najis ketika dalam perut dan perlu pemantauan rapi. Aku diasingkan dengan bayi selama satu hari satu malam sebelum dibenarkan pulang pada keesokan harinya. 
 

Wednesday, 29 June 2016

Iftar bersama BFF di Restoran Anjung Kota Gemerlapan


Sabtu lepas Nurha berpeluang berbuka puasa bersama-sama BFF sejak zaman sekolah kebangsaan lagi. Kami semua tinggal di Johor Bahru, kecuali yg sorang tu tinggal kat KotaTinggi. Masing2 dah ade kehidupan sendiri, dah beranak-pinak. Iftar bersama2 ni telah kami anjurkan sejak 2 tahun lepas. Memang wajib buat setiap tahun. 

Ni gambar Nurha abadikan dalam blog supaya akan datang boleh refresh lagi kenangan2 lama akan datang. 















Ni semua muka2 mak org. Yang pasti Nurha lah yang paling gemuk, yg lain maintain slim macam anak dara...heheh...

Restoran Anjung Kota Gemerlapan ni terletak di persisiran Sg Johor, di Kota Tinggi. Suasananya yg cozy memang sesuai untuk kami yg ada anak2 kecil ni. Tak risau budak2 lari ke jalan sebab tempat dia lapang dan luas. Makanan pun not bad jugak. Akan datang boleh datang ke sini lagi. Pengkalan ni sebenarnya tempat org view kunang-kunang bila malam. Tapi kami killing time kat sini untuk makan2, lepak2 je.

Ade lagi satu kat bawah ni gambar paling legend, time kami darjah 6. Kebetulan duduk berempat. Gambar dirakam pada tahun 1994, tahun Nurha ambil UPSR. 


Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga akhir hayat. Sayang korang semua!


Sunday, 26 June 2016

Kerepek pisang mak yang sedap..

Sekarang ni susah betul nak carik pisang tanduk. Kat tempat Nurha lah, kat tempat korang mesti senang. Buat kerepek pisang guna pisang tanduk memang sedap. Tapi stok limited. Weekend lepas kami pulang ke kampung. Kebetulan hari lahir emak. Emak tunjuk pisang tanduk besar2 dia beli kat kedai kat Bandar Penawar tu. Kedai baru katenye. Mak memang suka buat kerepek pisang kalau raya. Kalau takde kerepek pisang macam tak sedap.

Nurha pun sempat cedok resepi mak. Senang je buat dia. Tambah pulak dapat pisang tanduk yg muda. Ambil sagat, sagatkan pisang masuk terusa dalam kuali pastu goreng sampai garing. Agak dah nak angkat barulah letak air garam dalam kuali. Bunyinya memang "ceng2" la, jage2 muka nak raya ni..hehe.. Lepas tu terhasillah kerepek pisang rangup..yummeh...








Wednesday, 15 June 2016

Resepi bubur kacang durian


Macam biasa bila datang bulan puasa ni mood memasak lain macam sikit. Sebab tekak ni rasa nak makan macam2. Bile teringin terus cari. First time buat bubur kacang durian, akhirnya siap. Nurha suka makan panas2. Tapi bila sejuk biar dia sejuk betul. Macam ais krim Malaysia tuh. Sekarang jual bubur durian kat bazar Ramadhan pun dah mahal, rasa kureng. Better buat sendiri baru puas hati. Dapat tengok anak2 puas makan bertambah. Suami pun suka. Tapi hari tu buat papa tak merasa sebab balik kampung. Lepas ni mesti ada sesi kedua untuk buat bubur ni sebelum hari raya ni sebab nak memenuhi permintaan papa. 

Sebelum Nurha terlupa resepi bubur kacang durian yang sedap tuh, baik Nurha tempek resepi kat blog ni. Akan datang boleh review. Bahan2 pun senang nak dapat kat pasaran.

Bahan-bahannya:

Kacang hijau - 2 genggam
Halia - setengah inci
Durian - ikut suka nak letak berapa ketul
Santan sekotak - Nurha guna santan Kara
Gula - ikut citarasa nak banyak mana
Garam
Gula Melaka - ikut citarasa nak banyak mana
Daun Pandan

Cara-caranya:-

1. Kacang hijau direndam selama 1 jam dengan air biasa.
2. Buang air rendaman, masukkan air yang baru berserta halia. Lepas tu direbus.
3. Kacau rata, masukkan sedikit garam. 
4. Masukkan gula Melaka yang diracik halus dan gula pasir - ikut sukatan sendiri sebab Nurha takde sukatan, main campak2 je.
5. Masukkan 1 kotak santan Kara dan daun pandan yang disimpul.
6. Kacau rata sehingga semua bahan2 sebati, jangan sampai pecah santan.
7. Akhir sekali masukkan durian beberapa biji yang disukai.
8. Lepas bubur dah mendidih dah boleh ngap.

Nurha gigih masak bubur durian ni time sahur sebab teringin sangat nak makan. Rasa memang tak mengecewakan. Selamat mencuba!



Maaf, gambar ni aje yang sempat ditangkap


Thursday, 9 June 2016

Ragam di bulan Ramadan - masak ke beli?


Dah masuk hari ke-4 berpuasa. Korang amacam? Puasa penuh tak? Alhamdulillah Nurha masih lagi diberi peluang untuk berpuasa penuh. Hari ni ade majlis berbuka puasa di pejabat sempena welfare rakan sekerja nak berhijrah ke Kuantan. So, Nurha killing time update blog, mengomel kat sini.

Antara beli kat bazar ramadan dan masak sendiri, mana satu pilihan korang? Nurha lagi suka masak sendiri kat rumah sebab rasa hygiene lebih terjamin. Lepas tu boleh masak seberapa banyak yang kita suka, boleh tambah nasik lagi kalau masak lauk sedap2..hihihi... Lepas tu rase lebih puas hati sebab tengok seisi keluarga makan hasil tangan kita kan. Tapi nak masak kat rumah ni bergantung pada masa kita gak. Kalau macam Nurha ni tinggal kat bandar JB ni, selalu balik rumah jem, tak sempat nak masak akhirya beli jugak kat bazar ramadan, sampai2 rumah dah ngam2 je waktu berbuka. Kalau pergi hujung2 bazar nak tutup, ada rezeki dapat makanan free sebab peniaga2 bazar takut makanan yg dijual tak habis.

Nurha selalu suka masak yang simple2 je sebab tak makan masa yg lama untuk masa penyediaannya. Yang penting bawang, cili kering semua dah siap kupas dan kisar. Masakan ekspres tapi sedap dan tak berapa pedas untuk anak2. Sekarang ni Firas dan Fahim kuat makan. So peti ais tak boleh kosong, tin biskut pun tak boleh kosong. Ade aje yg dorang nak makan, especially Fahim yg makin bulat badannya. Fahim suka sangat makan buah dan kurma. Kadang2 risau dia muntah sebab terlalu banyak makan, badan makin debab.

Bagi Nurha bulan puasa ni lah bulan kita yg ibu2 ni mengasah bakat memasak. Sebab suka tengok blog resepi dan try buat kat rumah. Kalau hari biase semangat memasak tak macam bulan puasa. Apapun terpulang pada korang nak msak kat rumah or beli je kat bazar. Yang penting kebersihan terjamin, barulah hidup kita sihat. Selamat berbuka puasa semua!


 

 

Tuesday, 7 June 2016

Kisah sedih 1 Ramadhan 1437H


Assalamualaikum, selamat berpuasa Nurha ucapkan buat semua pembaca setia blog Nurha Story.. Eh eh, ade ke pembace setia blog ni? heheh.. Tuan tanah sendiri pun selalu on off update blog. Semoga puasa dan ibadah yang kita jalankan pada tahun ini diberkati oleh-Nya, aaminn..

Nurha harap dapat berpuasa penuh tahun ni. Sekarang dah masuk 35 minggu, dah rasa sarat sangat. Selera makan tak seberapa pulak yang kali ni, tak macam abang2 nya dulu. So bulan puasa ni kena banyak minum air dan makan supplement macam biasa supaya pada siang hari rasa bertenaga. Harap2 baby boleh keluar after raya. Bagi mama makan ketupat rendang dulu ye.

Semalam 1 Ramadhan, alhamdulillah dapat berpuasa dengan jayanya tanpa rasa lapar dan dahaga yg teramat sangat. Tapi baby macam kurang sikit pergerakan. Dah kira dari 9 pagi hingga 9 malam, alhamdulillah gerak dah lebih 10 kali. Berazam sangat2 agar puasa tahun ini dipermudahkan.

Semalam jugak ada kisah tragis. Kisah Fahim tersepit tangan kat baby seat. Pernah tak korang buat anak sendiri rasa sakit tanpa korang sengaja? Itulah yang terjadi pada Nurha semalam. Kesian Fahim, tangan tersepit kat baby seat angkara mamanya. Nurha tak perasan yang tangannya berpegang pada baby seat bahagian penghadang depan. Leper dan biru ada darah beku pada jari kiri bahagian tengah. MasyaAllah, cuainya aku!! Rasa nak menangis dengar teriakan Fahim sebab sebelum tangannya tersepit, mulutnya tengah riuh bercakap-cakap, maklumlah tengah nak pandai cakap. Sangat2 rasa bersalah pada diri sendiri. Nurha pujuk Fahim dan agak lama jugak dia menangis. Bayangkan kalau orang tua macam kita pun if jari tersepit dah memekik, apalah pulak baby macam Fahim, mesti rasa sakit sangat kan?? Maafkan mama sayang..next time mama akan lebih berhati-hati lagi. 





Thursday, 26 May 2016

Rumah baru kami - double storey house


Tahun 2016 ni kebanyakan rumah-rumah kat JB harga memang mencanak-canak naiknya.. Kami yang bekerja suami isteri ni pun tak mampu nak membeli, hanya mampu tengok je rumah-rumah yang cantik tu. Kebanyakan rumah dipelopori oleh bangsa Cina, kami bangsa Melayu ni hanya mampu tengok je.

Diam tak diam dah 2 tahun kami buat installment untuk rumah pertama kami. Duduknya tak lagi sebab masih dalam tempoh pembinaan. Rumah yang kami pilih ni harga mampu milik walaupun terletak nun jauh di pinggir JB. Cuma nak pergi kerja kena tempuh jem, kena keluar rumah awal. Buat masa ni kami tak fikir nak terus duduk sana sebab kawasan baru buka, ramai yang tak tinggal sana lagi. Takde jiran-jiran lagi. Paling Nurha risau kalau nak hanta anak ke Taska, kena keluar awal2 pagi, balik pulak setelah matahari terbenam. Dah tentu anak2 kurang kasih sayang. Kesian anak2 mama. Lagipun mereka masih kecil lagi perlu tumpuan kami seadanya. Sekarang ni pun kalau kami lambat ambil Firas kat taska dia dah berbunyi "kenapa mama lambat"..huhuhu alahai anak, kamu masih kecil dan belum faham lagi situasi kami. Mujur kami tinggal di bandar Johor Bahru, if tinggal kat sekital KL dan Lembah Klang lagi 'tough' nak membesarkan anak2. 

Lumrah kehidupan. Dulu kami pernah tangguh2 kan masa nak membeli rumah, sampailah satu saat dan ketika harga rumah naik mendadak, terus kami ambil keputusan untuk beli rumah tak kisahlah jauh ke dekat asalkan ada rumah sendiri. Pernah suatu ketika kami ditipu oleh agen penjual rumah, rumah kami dah book siap bayar deposit, tup tup ternampak rumah yang kami nak beli tu diiklankan oleh org lain yang bukan agen kami di Mudah.my. Pecah tembelang si agen penjual rumah itu, dengan tak tunggu lama lagi Nurha mintak semula duit deposit rumah walaupun agak lambat dia nak bayar. Ada hikmahnya semua tu.

Sabtu lepas kami berpeluang melawat tapak rumah kami yang sedang dalam proses pembinaan, alhamdulillah dah hampir siap. Beberapa keping foto yang sempat kami tangkap di kawasan rumah baru kami. Walaupun rumah tak sebesar mana, kami bersyukur akhirnya dapat juga kami rumah pertama sendiri.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...