Sunday, 30 November 2014

Baby Amar menghidap tumor..

Dah seminggu MF start bekerja setelah cuti bersalin 2 bulan. Terima khabar daripada rakan baik masa sekolah rendah dan menengah dulu. Beliau masih dalam tempoh berpantang anak ketiga. Baby Amar menghidap brain tumor. Sedihnya tengok keadaan baby Amar. Kepalanya ditebuk untuk doktor masukkan tiub. Fungsi tiub untuk mengalirkan cecair yg berlebihan daripada otak ke tulang belakang.

Keputusan MRI telahpun diperolehi. Terdapat kesan ketumbuhan pada otak. Baby Amar bakal dibedah lagi pada 2 Disember ini. Tepat tarikh ulangtahun kelahiran papanya. MF doakan pembedahan ini berjaya dilakukan. Sedih tengok bayi sekecil ini dibedah. Mama dan papa Amar memang golongan yg terpilih utk diuji oleh Allah s.w.t. Sungguh MF kagum dengan ketabahan mereka.

MF sempat melawat baby Amar. Gambar MF dan mama Amar, rakan baik masa sekolah dulu. Lama sangat tak jumpa. Semoga semuanya selamat hendaknya. Aminn..

Monday, 17 November 2014

Cerita Firas setelah ada adik


Fahim dah nak masuk 2 bulan. Pantasnya masa berlalu. Malasnya mama nak naik kerja semula setelah bercuti panjang. Mesti workload banyak tak ingat. Dokumen menimbun. Stress bagai. Semua benda bos nak mintak setel cepat. Aduh, stress Mak! Macam ni lah namanya kalau kerja di hospital.

Dah lama MF tak update cerita pasal Firas. Kesian dia, mama asyik cerita pasal baby je. Upload gambar kat IG pun pasal baby je. Hari pertama bawa Fahim keluar dari hospital, Firas duduk kereta berasingan dgn MF. Kalau satu kereta bimbang Firas nak duk melekat dgn MF. MF naik kereta atuk Firas. Firas dgn papa naik kereta papa. Dari jauh nampak Firas nangis, bercucuran air mata sebab tak dapat satu kereta. Sedihnya hati MF, Allah sahaja yg tahu.

Masa mula2 dapat adik hari tu, jiwa Firas seakan memberontak, cepat sensitif, mudah menangis, terlebih manja, semua kemahuan dia minta diturutkan. Kalau tidak alamatnya menangis, meraung2..

Bila malam, Firas menghimpit dekat MF, nak tidur sebelah MF, bimbang je Adik dia kena penyek. Maklumlah Firas tidur lasak. Nak dimarah kesian, macam kurang kasih sayang je Firas ni.. MF bayangkan ni Firas baru 2 tahun 3 bulan macam mana lah agaknya yg dah dapat Adik sedangkan umur pun baru nak masuk 1 tahun.

Itu cerita hari tu. Sekarang ni Firas dah boleh terima kenyataan dah ada Adik. Dah bahasakan dirinya abang. Rajin membantu mama buang pampers Adik masuk tong sampah. Rajin kemas mainan. Dah boleh disuruh. Dah pandai suap makan sendiri. Sidai towel lepas mandi sendiri. Gosok gigi sendiri. Pakai baju dan seluar sendiri. Sikat rambut dan pakai bedak sendiri. Banyak lagi aktiviti harian yg Firas lakukan sendiri, tetapi perlu pengawasan juga.

Paling mama rasa touching bila mama marah Firas time Firas nakal. Firas kacau Adik. Tak reti diam time Adik nak tidur. Muka Firas akan berubah jadi redup. Hidung merah, mata sepet mengecil, air mata merembes menahan sedu. Teresak tangisnya seakan ditahan2.. Sedih mama bila tgk sendu Firas makin kuat. Lantas mama peluk Firas erat, tak jadi marah.

Sungguh indah pengalaman jadi mama kepada 2 org hero ni sebenarnya.. Demi amanah drpd Allah ini, mama janji akan besarkan kalian sebaik mungkin. Semoga kalian jadi anak yg soleh dunia akhirat. Amin..

Thursday, 30 October 2014

Kisah bengkak susu

Yip yip horey..! MF tinggal 1 hari lagi berpantang lepas tu dah merdeka! Lengkaplaah 44 hari berpantang. Tapi dah nak dekat hujung2 hari ni macam2 nak makan. Lagi2 fast food.. Oh my god, fast food sgt tak baik utk kesihatan hokey! Tapi yg tak bagus tu lah ramai org suka..

MF nak revise semula hari berpantang yg ke-5 hari tu.. MF kena bengkak susu. Sampai demam2.. Korang pernah kena bengkak susu tak? Sakitnya Tuhan je yg tau. Rasa sangat tak selesa, berat rasa badan nak bergerak. Masa berpantang lahirkan Firas dulu MF tak pernah kena macam ni. Ternyata susu kali ini sgt meriah berbanding waktu berpantang melahirkan Firas. So Fahim are so lucky! Mungkin disebabkan faktor bersalin normal, masa Firas dulu bersalin czer.

Apa yg MF buat time kena bengkak susu ialah:-

1. Tuam breast dgn tuala yg direndam dgn air suam. Lakukan sekerap yg mungkin.

2. Perah susu guna pam, kalau perah manual I mean guna jari je air susu lambat keluar. Lebih baik guna pam elektrik atau biasa

3. Kerapkan breastfeed kpd bayi.

4. Kurangkan makan sayur sawi or lobak putih sebab ia boleh menggalakkan lagi pengeluaran air susu. Jadi hentikan pengambilan 2 jenis sayur ini buat sementara.

MF guna 4 kaedah ini sahaja alhamdulillah, berkesan. Ada cara lain yg membantu juga iaitu:-

1. Letakkan kelopak sayur kobis sebab ia bersifat sejuk, jadi melegakan.

2. Urut breast perlahan-lahan menggunakan sikat, bagi melancarkan air susu keluar melalui saluran yang tersumbat.

3. Hentikan buat sementara pemakanan jamu atau sebarang ubat yg menggalakkan pengeluaran air susu.

Mungkin ada lagi petua lain yg mommy semua amalkan. Sharing is caring and thanks for reading.


Sunday, 26 October 2014

Gel untuk luka bersalin

Lagi cerita pasal bersalin. Biasalah sebab MF masih lagi dalam mode berpantang so asyik taip entri2 yg sewaktu dgn nya lah.

Ni nak cerita pasal gel yg cepatkan luka bersalin sembuh, cantum semula. Tak tau brand apa tapi boleh cari kat farmasi berdasarkan gambar di bawah. MF tau pasal gel ni pun sebab staff nurse yg kenalkan. Serius memang cepat baik.

Ubat ni berasaskan gel, boleh cari kat farmasi. Tapi bukan farmasi mcm Guardian or Watson's tau.

Sunday, 19 October 2014

Izz Fahim Ukail dah sebulan


Alhamdulillah.. Izz Fahim Ukail dah sebulan semalam. Tadi dah pegi klinik, kena injection Hep B. Menjerit anak mama ni kene inject kat peha kiri. Tapi nangis sekejap je.

Cuma MF rasa pelik jugak dengan layanan klinik kerajaan ni. Macam tak begitu mesra. Semua klinik kerajaan ke macam ni? Klinik tak ramai org, tapi lambat jugak servis. Lebih kurang sejam setengah. Walhal MF org kedua yg datang. Lagi sorang tu ibu mengandung. Mungkin sebab tak ramai dia nak check detail la kunun. Lebih sibuk nak mengisi buku dan borang drpd nak treat patient. Memang tak konsisten. Flow drpd pesakit datang sampailah nak pulang ke rumah. Lagi satu MF nak bersangka baik jelah. May be sebab klinik ni belum pun setahun beroperasi. Klinik baru buka bulan Februari, 2014.

Lagi satu yg MF tak puas hati, tau lah kita ni dah sebulan berpantang. Tapi dia layan macam dah sihat sepenuhnya. Macam jadi org suruhan pulak pada staff nurse tu. Suruh bukak baju baby semua sebab nak timbang. Ok, yg ini MF tak kisah, boleh buat sendiri. Pastu ingat bila kita dah bukak baju baby tu memudahkan dia nak ambil baby dan letak atas weighing scale. Ini tidak, dia suruh kita
letak baby sendiri. Nak ukur panjang baby pun disuruhnya kita letak baby sendiri, adjust kepala baby letak kat mana. Dalam hati berbisik, malasnya staff nurse ni, walhal bukan ramai patient pun nak kena layan. Kalau kat JB bolehla accept sbb ramai patient nak kena layan.

Untuk perancang keluarga, memang kena paksa ambil ke? MF takda pengalaman kalau kat klinik swasta macam mana ye? Umum tau, kesan pengambilan pil dan juga suntikan oleh klinik kesihatan akan mendatangkan kesan buruk samada dlm jangka masa pendek atau panjang. Yang penting, tepuk dada tanya selera jela.

Sekian dulu untuk coretan MF kali ini, maafkan andai ada kesilapan dan ada yg terasa.

Tuesday, 14 October 2014

Set bersalin Spa & Ma

Sekejapnya masa berlalu. Dah pun hari ke-26 Nurha berpantang. Sepanjang tempoh berpantang ni, Nurha gunakan Set Bersalin Spa & Ma. Set bersalin ini didatangkan dengan 11 produk dengan harga yg berpatutan. Nurha memang rekemen untuk ibu2 yg bersalin, sebab badan rasa bertenaga dan cergas, luka bersalin pun cepat sembuh.

Set Bersalin Spa & Ma ni Nurha beli dengan Kak Engku Bidan Bersalin. Boleh Google blog Kak Engku. Semua set bersalin pelbagai jenama Kak Engku jual. Kak Engku sangat friendly dan fast reply. Pulak tu berpengalaman luas dalam bidang perbidanan. Nak harga diskaun pun boleh dapatkan dengan Kak Engku.

Set Bersalin Spa & Ma ini terdiri drpd 11 item, iaitu :-

1. Jamu ratu dara
- jamu dlm bentuk kapsul. Dimakan pada hari ke-20 berpantang. Tak payah nak makan jamu yg pahit tu kan, sebab jamu ni dah dibuat dlm bentuk kapsul, senang nak makan. Jamu ni pun tak panas, tak effect pada baby selain menambahkan air susu

2. Herba mandian spa
- terdiri drpd daun serai wangi, senduduk, inai dan daun limau purut. Didatangkan dlm bentuk uncang. Rebus uncang bersama air dan siram pada badan dengan air dalam keadaan suam. Baunya pun harum, segar rasa badan.

3. Pilis herba
- pilis dalam bentuk pes, mudah dipakai, tidak berhabuk, menghilangkan sakit kepala dan gelap mata. Disapu pada dahi.

4. Lulur frangipani
- tekstur seakan scrub, menghaluskan, memutihkan kulit. Membuang sisa daki. Dipakai sebelum mandi, dilumurkan pada seluruh badan. Yg ni dah habis dah Nurha pakai, tak sampai 44 hari

5. Shape up lotion
- lotion untuk memecahkan lemak, menghilangkan selulit, membuang an gin dlm badan, hilangkan sakit otot, sendi. Lotion ni extra hot dan tak berminyak.

6. Feminine cleanser
- pencuci wanita ini sangat selesa dipakai, sejuk dan berangin.

7. Gamat emulsion
- jeli gamat ni diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan luka, membaiki sel rosak. Yang penting ia tidak berbau hanyir!

8. Bengkung ratu
- bengkung ni user friendly, senang nak guna. Untuk mengempiskan perut, merapatkan tulang pinggul.

9. Tungku ratu
- mengecutkan rahim dan urat kembang disebabkan proses bersalin. Tungku ini dikukus selama 20 minor sebelum digunakan

10. Minyak seri herba
- sapu di perut utk melancarkan peredaran
darah, membuang angin. Nurha suka bau dia! Pakai minyak ni sebelum pakai bengkung

11. Extra virgin coconut oil
- minyak kelapa dara ni Nurha dah minum ketika kandungan berusia 7 bulan lagi. Setelah usia kandungan 8 bulan, Nurha buat urutan VCO ni pada sekitar perineum. Hasilnya sangat menakjubkan! Baby Nurha tak kena jaundis kali ni. Lagi satu kurang koyakan pada perineum sewaktu melahirkan.

Sekian dulu pengalaman Nurha menggunakan set bersalin ni. Bagi Nurha ia amat berbaloi dengan harganya yg berpatutan. 

** Gambar Nurha tunjukkan sebahagian daripada produk Spa & Ma

Thursday, 9 October 2014

Bersalin ceasarean vs bersalin normal

Bersalin czer vs normal.. Mana lagi sakit? Mana lagi senang nak jaga? Ramai yg bertanya Nurha untuk kedua2 kaedah bersalin ini kerana Nurha telah mengalaminya untuk anak pertama dan kedua.

Tidak Nurha nafikan, pada zaman moden ini, kebanyakan ibu mahukan bayi dilahirkan secara czer sebab tak mahu merasai sakit bersalin itu sendiri dan tidak mahu menanggung risiko. Antara risikonya ialah, bimbang bayi lemas dalam kandungan sekiranya pintu rahim masih belum terbuka. Percaya tak kalau Nurha katakan kebanyakan yg mohon utk bersalin kaedah czer terdiri drpd kalangan doktor dan jururawat dalam bidang perbidanan. Mungkin mereka belajar berdasarkan pengalaman. Tetapi bagi Nurha rugilah bagi ibu2 yg tidak dapat merasai sakit bersalin secara normal kerana itu merupakan nikmat yg Allah berikan kepada kaum perempuan, sakit alami yg semulajadi yg tidak akan dapat dirasai oleh kaum lelaki.

Berdasarkan pengalaman bersalin czer dahulu, Nurha dapat rasakan memang proses mengeluarkan bayi tidak menyakitkan kerana diberi suntikan epidural pada sumsum tulang belakang bagi memberikan bius separuh badan, dari pinggang sampai ke hujung kaki. Prosedur kaedah czer memakan masa tidak sampai satu jam, kira-kira 30 - 40 minit. Kebanyakan kes czer hampir seratus peratus berjaya dan merupakan kaedah yg paling dipercayai pada masa kini. Walaubagaimanapun, suntikan epidural akan hilang kesannya setelah hampir 2 jam selepas pembedahan di mana kesakitan pada tempat yg dibedah akan dirasai setelah itu. Berdasarkan pengalaman Nurha sendiri, setelah ubat bius itu hilang drpd tubuh badan, Nurha alami kesan gatal2 di muka. Mungkin kesan ini berbeza untuk sesetengah individu.

Menyentuh mengenai bab nak menjaga luka tu pulak, luka luaran mungkin nampak cantik, jahitan kemas tetapi luka di bahagian dalam kita tak nampak. Tambahan pula, sakit yg dialami lebih lama berbanding melahirkan bayi melalui kaedah normal. Sakitnya seakan mencucuk2, ngilu di tempat jahitan, terasa seakan hendak gugur saluran peranakan. Bagi Nurha sendiri, sakit ini betul2 hilang setelah bayi berusia setahun. Sebab itulah ibu2 yg melahirkan bayi melalui kaedah czer digalakkan untuk menjarakkan kelahiran dalam masa tiga tahun untuk membolehkan kesihatan ibu betul2 pulih sebelum hamil sekali lagi.

Dalam aspek berpantang dalam tempoh 44 hari pula, untuk kaedah czer tidak digalakkan memakai bengkung seperti bersalin normal, perlu jarakkan pemakaian bengkung setelah 2 - 3 minggu berpantang, bimbang luka jahitan lambat sembuh. Bengkung juga dipakai ala kadar, tidak perlu terlalu ketat. Untuk urutan pula, pada kebiasaannya Mak bidan tidak akan mengurut pada bahagian perut begitu juga dengan 'sengkak' (menaikkan rahim ke atas bagi menjarakkan kehamilan) tidak akan dilakukan dalam waktu awal berpantang. Biasanya akan dilakukan dalam tempoh setelah habis berpantang 44 hari ataupun setelah bayi berusia setahun.

Berdasarkan pengalaman bersalin normal, sakit sebelum melahirkan agak lama lebih2 lagi buat mereka yg pertama kali mengalaminya. Sakit bersalin normal telah Nurha kongsikan pada entri sebelum ini. Walaubagaimanapun sakit itu akan hilang dan dilupakan sebaik sahaja menatap wajah si comel yg dilahirkan.

Luka pada perineum juga mengambil masa yg pendek untuk sembuh berbanding dengan luka czer. Luka jahitan pada kebiasaannya akan sembuh dan tercantum semula sekitar hari ke-20. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada faktor pemakanan dan bagaimana individu itu menjaga luka dengan baik. Tidak dinafikan kekemasan jahitan oleh pengamal perubatan juga diambil kira bagi memastikan luka cepat sembuh.

Bagi mereka yg bersalin normal, tiada masalah untuk memakai bengkung, bertungku, bertangas, berurut, sengkak bagi memulihkan semula saluran peranakan dan proses pemulihan menjadi semakin lancar dan cepat.

Untuk bab pemakanan ketika berpantang normal dan czer, digalakkan untuk memakan makanan seperti berikut:-

1. Buah Oren - bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sekurang2 1 biji sehari

2. Ikan haruan atau pati ikan haruan - bagi menyembuhkan luka dalaman dan luaran

3. Ikan yg tidak gatal - contohnya ikan tenggiri. Elakkan memakan ikan yg bersengat, cth ikan pari, ikan duri

4. Sayur sawi dan lobak putih - untuk menggalakkan pengeluaran air susu

5. Air kunyit - untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim

6. Lada hitam - untuk membuang angin dalam badan

7. Buah kurma - untuk menggalakkan pengeluaran air susu, membantu menyembuhkan rahim

8. Halia - untuk membuang angin dalam badan

Sekian dahulu penulisan Nurha setakat ini, semoga bermanfaat untuk semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...