Wednesday, 1 October 2014

Pengalaman bersalin normal


Seperti yg Nurha janjikan sebelum ini. Nurha akan berkongsikan pengalaman melahirkan bayi secara normal buat kali pertama. Rupa-rupanya ada silent reader yg menantikan entri ini.. Terima kasih yg tak terhingga kerana menyokong penulisan di blog ini.

Tanggal 18 September 2014 jam 6 pagi. Hari ini hari ke5 post date, bermakna hari di mana aku terlebih 5 hari drpd tarikh jangkaan bersalin. Aku terasa seperti mahu membuang air kecil. Bila masuk bilik air, tengok2 ada tanda seperti bloody show, pinkish colour blood. Termasuk ini, ini kali yg ke3 tanda ini keluar tetapi masih belum ada rasa contraction. Menurut doktor, jika ada rasa contraction baru datang ke hospital.

Terdengar suamiku memanggil dari luar kerana bimbang aku lama sangat dlm tandas.. Aku keluar dan lantas suamiku bertanya, "Syg ok tak ni? Nak pergi hospital tak? Abg mimpi syg bersalin, Abg azankan baby". Sebenarnya aku pun mimpi yg sama. Adakah ini suatu petanda yg bayi ini bakal dilahirkan hari ini? Segala persoalan timbul di benakku. Rasa risau, takut, cemas, tak sabar dan macam2 lg perasaan timbul..

Tepat jam 7 terasa perutku sakit seakan senggugut. Dah lama aku tak rasa sakit macam ni lepas kahwin dah takda dah period pain. Masa zaman bujang dulu setiap bulan kena. Tapi sakit seakan senggugut ni sekejap datang sekejap hilang.

Aku nekad nak terus datang ke hospital hari ni sebab org kata sakit contraction tu macam sakit senggugut. Selesai kejutkan Firas dan sediakan brg2 nak ke hospital, terus kami bergegas hantar Firas ke rumah pengasuh.

Sampai ke hospital, kami terus ke bilik saringan. Prosedur ctg dilakukan, lebih kurang 2 jam. Doktor check jalan, pintu rahim baru buka 2cm. Tetapi rasa sakit senggugut tu datang sekali sekala. Dalam sejam tu adalah dalam 4 kali.

Pada hari itu juga aku ditahan wad. Malangnya wad kelas pertama penuh, aku dimasukkan ke wad kelas 3 buat sementara. Sepanjang di wad, mulutku tidak henti2 membaca ayat lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin.. Aku membaca sebanyak yg mungkin agar proses bersalin dipermudahkan. Begitu juga surah Maryam ku baca berulang kali.

Tepat jam 12 tengahari, sakit seakan senggugut datang lagi. Kali ini kekerapannya datang 20 minit sekali. Aku masih boleh bertahan, inikah yg dinamakan sakit contraction? Aku pun tak pasti kerana pertama kali merasai pengalaman ini.

Tepat jam 3 petang, sakit senggugut ini kian menggila. Sakit ini sebenarnya lebih sakit drpd sakit senggugut, sakit yg teramat sangat. Kekerapan sakit ini datang 5 hingga 7 minit sekali. Aku siap rekodkan masa di mana sakit ini datang. Aku bersyukur kerana ketika sakit ini datang, suamiku sentiasa berada di sisiku. Setiap kali contraction datang, aku menggenggam kuat2 tangan suamiku tanda tidak tertahan lagi menanggung kesakitan. Mujur suamiku dibenarkan untuk berjumpa denganku oleh jururawat bertugas.

Acapkali aku ke tandas kerana terlalu kerap kencing, menandakan kepala bayi sedang menekan rahim untuk mencari jalan keluar. Aku tidak tertahan lagi, lantas berjumpa dengan doktor bertugas untuk memeriksa bukaan pintu rahim. Aku dimasukkan ke bilik pemeriksaan, doktor bertugas memaklumkan bahawa pintu rahim masih dengan bukaan 2cm.

Tepat jam 5 petang, sakitku sudah tidak tertahan lagi. Aku ke tandas lagi, ku lihat ada darah seperti datang bulan. Banyak, bukan seperti darah seperti yg keluar di rumah pagi tadi. Aku memaklumkan kepada jururawat bertugas, lantas prosedur ctg dijalankan sekali lagi. Ternyata sakit contraction ku sangat kuat ketika ini, doktor dan jururawat juga mengakuinya berdasarkan keputusan yg diperoleh drpd ctg. Aku diberi suntikan pada punggung utk menahan kesakitan. Menurut doktor, ubat yg disuntik ini adalah tidak digalakkan kerana akan mendatangkan kesan mengantuk dan pening kepala kepada diriku dan bayi dlm kandungan. Oleh kerana aku tidak tahan lagi dengan sakit ini, maka mereka terpaksa juga menyuntik ubat ini. Pintu rahim diperiksa sekali lagi, jalan baru buka 4cm. Menurut doktor, ini adalah kali pertama untuk aku bersalin normal, sebab itulah laluan untuk bayi keluar agak sukar seperti melahirkan anak pertama.

Setengah jam berlalu, namun sakit tidak juga kurang. Aku menangis dan menggenggam tangan suamiku kuat2. Andai pintu rahim masih belum buka sehingga 8cm, aku mohon suamiku untuk membenarkan prosedur pembedahan dijalankan kerana aku sudah tidak tertahan lagi dengan kesakitan ini. Suamiku mohon bersabar dan menyuntik pelbagai kata semangat.

Tepat jam 7 petang, pintu rahimku diperiksa sekali lagi. Kali ini bukaan pintu rahimku telah terbuka 6cm. Air ketubanku telah dipecahkan oleh doktor bertugas. Aku bakal ditolak ke Dewan Bersalin. Tetapi Dewan Bersalin penuh pada ketika itu, aku bakal dimasukkan pada jam 7.30 malam.

Sesampai di Dewan Bersalin, semua doktor dan jururawat mempersiapkan kelengkapan untukku. Mesin ctg dipasang lagi ke perutku. Salur darahku dicucuk untuk dimasukkan saline.

Tepat jam 9 malam, aku sudah tidak tertahan untuk meneran. Kesakitan utk meneran dan mengeluarkan bayi segera dari rahimku melebihi segalanya. Suamiku dipanggil masuk kerana sudah tiba masanya untuk bayiku melihat dunia. Riuh-rendah suasana di Dewan Bersalin, semua doktor, jururawat dan suamiku juga membantu proses mengeluarkan bayi dengan selamat. Macam2 cara diberikan untuk memudahkan aku bersalin. Dengan 3 kali teran, bayiku selamat dilahirkan, tepat jam 9.38 malam. Kedengaran laungan azan di telinga bayi lelakiku oleh suamiku. Bayi lelaki ini dilahirkan secara normal (vertex) dgn berat 3.1kg. Syukur alhamdulillah. Terasa nikmat melahirkan bayi secara normal walaupun anak pertama aku melahirkannya secara czer.. Alhamdulillah, impianku untuk melahirkan pada hari Khamis malam Jumaat tercapai..

Selesai bayi dilahirkan, proses mengeluarkan uri pula dijalankan. Aku terima 4 jahitan akibat guntingan episiotomi. Tetapi yg menakjubkan, rasa kulit dijahit tu langsung aku tak rasa sakit. Kuasa Allah. Lebih kurang jam 11 malam, aku dan bayiku terus ditolak masuk ke Wad Kelas Pertama.

Malam itu kami tidur nyenyak. Bayiku tidak banyak ragam, tak macam abangnya dulu.. Menangis tak henti2 pada malam pertama selepas dilahirkan. Sangat nyenyak tidurnya. Mungkin ini ganjaran yg Allah berikan utk ibu2 yg sabar menahan sakit bersalin.

Thursday, 25 September 2014

18 September 2014

Alhamdulillah.. Nurha dah selamat lahirkan anak ke-2, and its a boy! Firas dah ada kawan lepas ni.

Bayi dilahirkan pada 18 Sept 2014 tepat jam 9.38 p.m. Syukran ya Allah, kali ini Nurha dapat rasa lahirkan bayi secara normal, berbanding Firas dulu, melalui kaedah pembedahan akibat fetal distress.

Pengalaman bersalin normal akan Nurha kongsikan pada next entry.

Sunday, 14 September 2014

Due date : 13 September 2014

Semalam 13 September 2014. Tarikh due sepatutnya baby keluar. Beerti kandungan dah sampai minggu ke-40. Baby cukup matang. Tapi takda tanda2 lg yg baby akan keluar.

Kami suami isteri berserah. Datang ke bilik saringan HSA untuk mengetahui nasib baby boleh deliver ke tak.. Firas hantar ke Rumah pengasuh. Mujur pengasuh Firas ada, memang da bagitau awal2 dgn dia yg kitorang akan hantar kalo Nurha kena admit.

Sesampai je bilik saringan tingkat 1, adelah dlm 2, 3 pasangan yg menanti yg menanti nama dipanggil. Nurha terus ke kaunter,

Nurha : Assalamualaikum kak..
Nurse : Waalaikumussalam..kes ape dik dtg?
Nurha : Sy due hari ni, tp takda tanda2 baby nak keluar.. semalam ada call, dia suruh datang sini terus...
Nurse : Ok, duduk dulu ye..

Nurse yg bernama Dewi dan manis mukanya tu terus membalas senyuman dan Nurha ucapkan terima kasih.

Ada dlm lebih kurang 10 minit menunggu, nama Nurha dipanggil. Masuk bilik 2 Dan baring. Prosedur menggunakan mesin ctg, untuk mengukur tahap pergerakan baby, jantung baby dan kontraksi dijalankan. Prosedur ni memang lama. Rasa tak selesa sebab kena baring terlentang. Sesekali nurse suruh gerak ke kiri dan ke kanan. Kesian papa tunggu lama kat luar.

Doktor Winnie sesekali datang periksa graf ctg. Dalam pada tu nurse minta doktor Winnie buat V.E. Tu singkatan utk vaginal examination yg kebanyakan ibu mengandung takut nak kena atau bahasa lainnya kena seluk. Nak tau pintu rahim dah bukak berapa cm..huhu..ngilu gak rasa. Doktor Winnie kata pintu rahim baru bukak 1cm. Dia tak nasihatkan utk bersalin hari ni. Datang semula pada 20/9 ni kalau baby tak keluar jugak, Nurha kena induce. Ya Allah, menurut pengalaman org kena induce mmg sakit sangat2!

Nurha pulang dengan perasaan yg bercampur baur. Apakah nasib Nurha nanti. Nak kena minum dulu ke air bunga fatimah bagi mudah bersalin? Ada yg kata bunga tu minum time dah ada rasa sakit2.. Fungsi bunga tu nak bg kembang rahim nak bg baby keluar dgn mudah. Minyak kelapa dara pun Nurha day amalkan, minum dan sapu pada perineum.. Makan kurma.. Apa lg ye nak buat or mkn?..

Thanks for reading..

Monday, 8 September 2014

Bedung berpelekat, ringkas dan mudah

Sempat lagi beli barang baby online.. Minggu ni dah minggu ke-39, petang ni ada last check-up sebelum bersalin. Ikutkan tarikh due hari sabtu ni, 13/9/14..Masih belum ada tanda2 baby nak keluar.

Ni bedung yg sempat Nurha beli khas untuk baby. Berpelekat, mudah nak pakai, ringkas. Dulu masa Firas dia tak pakai bedung macam ni, tidur selalu terkejut2, tangan selalu terkeluar sebab pakai bedung yg ada tu tak fit..

Kali ni harap baby tidur lena. Mama dah basuh bedung ni tak sabar nak tgk baby comel masuk dlm ni.

September datang lagi

September datang lagi! Bulan di mana kami menantikan saat kelahiran org baru. Tak lupa juga ulangtahun perkahwinan kami yg ke-3. Semoga kebahagiaan mengiringi kami sehingga ke jannah, amin...

p/s: ini post 3hb yg lepas.. Nurha tak pasti kenapa dia tak published..thanx for reading :)

Saturday, 30 August 2014

38 minggu

Assalamulaikum.. Dah pun 38 minggu usia kandungan Nurha. Bermakna tgh tunggu hari. Esok 31 Ogos..  Kalau baby nak keluar pun just nice..hihi.
Untuk minggu ke-38 ni pinggang dah mula sakit, kaki dah mula bengkak. Tidur malam pun dah tak lena sangat. Nurha dah mula consume vco (virgin coconut oil) sejak 7 bulan lagi untuk mudahkan proses  bersalin dan elak baby kena jaundice. Tak lupa juga sapu vco pada perineum utk elak koyakan besar time teran. Hopefully kali ni boleh bersalin normal, doktor pakar pun dah tentukan yg Nurha pass utk bersalin kaedah normal.
Nurha juga amalkan minum air kelapa muda. Orang kata untuk bersihkan kulit baby. Alhamdulillah..tak susah cari air kelapa kat JB ni. Tengok tempat, ada yg mahal ada yang murah.
Nurha ada teringin jugak nak makan goreng pisang cheese, at last jumpa gak akhirnya kat bandar Kota Tinggi. Sedap rupanya..Nurha buat sendiri pun boleh...hihihi. rajin la pulak kan..
Semoga proses bersalin pada kali ini dipermudahkan tanpa ada komplikasi macam bersalinkan Firas dulu.

Saturday, 9 August 2014

Kuatnya kaum ibu....

True story... Kredit daripada fb.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...