Tuesday, 30 April 2013

Leisure time with family..


Masa yang paling berkualiti, of cos masa apabila dapat bercuti bersama keluarga. Bagi Nurha, time ni lah rasa hilang stress kerja, lupa kejap masalah dan kerja yang menimbun kat ofis. Gambar ni capture time  mandi-manda kat Lotus Desaru baru-baru ni, time cuti sekolah. Ada sesiapa yg dah dah pernah sampai sini tak? Best kan tempat ni. Sesiapa yang belum sampai sini, apa lagi, cepat2 book hotel coz selalu bilik full booked lagi2 time cuti sekolah..

Pemandangan sekitar taman tema air dari balkoni

Firas tak sabar nak main air


Urut badan guna simbahan air

Kaki Firas berkocak-kocak, suke sangat dia main air

Part ni lagi dia suke..

Pemandangan dari bahagian tengah water theme park

Time ni belum ramai orang lagi.. Belakang tu bilik hotel

Inilah part yang paling syok dan menjadi tarikan pengunjung di sini

Firas said "Mama, i'm thirsty.."..hehe kemain besar lagi sudu

Firas nak main air, tak nak tengok kamera

Mama n Firas pose

Papa dah macam Che Froggy..

Peace y'all

Rilek tempat teduh jap

Saat matahari tegak kat kepala

Peace!

Tak tahan panas laut

Berteduh kat sini pulak

Ruang tamu bilik hotel.. Ala2 apartment

Master bedroom

2nd bedroom

Toilet utk master bedroom

Siap ada tab mandi lagi kat master toilet bedroom

Pemandangan dari balkoni jam 3 petang

Kambing untuk akikah dan qurban


Assalamualaikum.. Lamanya tak menulis akibat ke'busy'an yang melanda.. Kali ini Nurha nak buat promote sikit tentang kambing segar dan terbaik dari ladang, ready stok sedia untuk dibekalkan. Untuk bakal2 mommy boleh contact Nurha ataupun penama dan nombor telefon yang tertera pada poster kat bawah ni. Senang korang nak buat akikah untuk bakal baby nanti. Ingat ye mommies, "menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan seiring dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi". Akikah sebaik-baiknya dilakukan pada hari yang ketujuh berdasarkan maksud akikah dari segi syarak itu sendiri, bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. 

Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan 2 ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dan sebagainya) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnya sedangkan anak perempuan memadai diakikahkan dengan seekor kambing sahaja. 

Sumber dipetik daripada : Buku Indahnya Hidup Bersyariat, karya Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Jadi, bagi sesiapa yang berminat dan masih belum lagi laksanakan akikah untuk anak, boleh hubungi Nurha  ataupun talian tertera untuk tempahan. 


Wednesday, 20 March 2013

Belasungkawa: Perginya tak kembali...

Assalamualaikum.. Nurha terima berita yg tak disangka-sangka.. Pemergian rakan yg pernah satu sekolah dengan Nurha dulu ke rahmatullah. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada petang Ahad yang indah (17/3/2013 @ 5p.m). Beliau menghidap kanser tahap 4. Uniknya arwah baru sahaja lahirkan bayi perempuan secara normal pada penghujung Januari, 2013. Masih dalam keadaan berpantang ketika ditahan di wad akibat kanser tahap 4. Cantik, manja dan happy go lucky orangnya.. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan, tidak kira usia tua atau muda bila-bila masa juga akan dijemput-Nya.

Semoga rohnya Rifida Sabar aman dan tenang di sana serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...

http://www.facebook.com/rifida.sabar?fref=ts


Friday, 15 March 2013

Firas went to swimming pool..

Gambar ni baru jumpe ekceli.. Time ni Firas umur 5 bulan.. Saje nak tempek kat blog ni buat kenang-kenangan.. Bile Firas dah besar nanti leh view gambar ni ye sayang... 1st time mandi kat pool Firas agak takut-takut ngan air.. Tapi sekarang ni Firas dah 8 bulan, sangat lah suke main air.. Bila mandi nak lama-lama duk dalam bilik air..hehe...

Baby ekceli takdelah takut air bcos dalam perut mamanya dulu dah terbiasa berenang dgn air ketuban.. Tapi Firas takut air may be air ketuban MF dulu tak banyak, siap doctor boleh rasa kaki dgn tangan Firas kat perut time hampir-hampir nak due lahirkan Firas dulu.. Iyelah kan, patut la anak mama ni takut air.. MF pun time minggu2 terakhir nak due kurang minum air.. So, kepada mommy to be semua...banyakkan minum air ye..
  

Semua org pandang kamera, Firas je tak..

Firas say, "bile nak naik ni papa??

Firas nangis, saya mahu pulang!

Baru nak pandang kamera

Inilah cousin2 Firas... (yg pakai pelampung hijau dgn yg pakai goggle je tau..)

Ramai tul budak2, next time mama n papa bawak Firas dtg sini lagi ye..

Monday, 11 March 2013

Ujian pap smear...sakit ker..?

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin yang indah.. Korang dah join segmen tambah kenalan oleh blog Mimi Najib tu? Kalau belum lekas-lekaslah join utk tambah kenalan.. Salam ukhuwah utk kenalan baru Nurha..

Baru-baru ni Nurha berpeluang jalani sendiri ujian pap smear. Oh, ujian ni utk wanita-wanita yg dah berkahwin sahaja ye.. Yang single2 tu pun leh baca gak untuk info dan pengalaman akan datang.. Selama ni dengar je perkataan ujian pap smear tu...langsung tak mau ambil port pun.. Ujian ni pun diambil secara kebetulan time hantar Firas ke klinik, check-up 6 bulan tempoh hari. Ujian pap smear ni tak sakit pun, tak sampai 5 minit pun, cuma kurang rasa selesa sikit time spekulum (yg macam muncung itik tu..) dimasukkan ke dalam faraj untuk diambil sedikit tisu sampel dan dihantar ke makmal untuk ujian susulan. Sejenis alat yang macam berus akan mengikis tisu dengan pusingan 360 darjah.

Realitinya, ramai yang tak jalani lagi ujian ini sebab sifat malu yg menebal menguasai diri. Ada juga yang berpendapat prosedur ini menyakitkan. Tetapi ujian yg mengambil masa tak sampai 5 minit ini mampu menyelamatkan nyawa wanita yg pernah melakukan hubungan intim daripada jangkitan virus Human Papilomavirus (HPV). HPV boleh dikesan daripada awal untuk mengesan tisu-tisu abnormal yg boleh menyebabkan kanser. Golongan yang berpotensi tinggi utk hidap kanser serviks ini ialah individu yang aktif melakukan hubungan intim.

So, bagi yang dah berkahwin tu jangan risau untuk lakukan prosedur ini kerana mampu menyelamatkan nyawa dan sebagai langkah berjaga-jaga. Nurha dah..korang dah..?

Google courtesy



Thursday, 7 March 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

MF jumpe blog yg menariklah.. So, ringan jelah tangan ni nak klik follow.. Jom kite meramai2 kan kenalan..kongsi2 pendapat..pengalaman...cerita2 menarik..gambar2 best... Jom kawan2..


Klik pada banner ya!

Follower #56


Khabar dari Sipitang

Negara dikejutkan dengan insiden pencerobohan di kawasan Lahad Datu, Sabah.. Apa khabar mama mertuaku di sana? Hanya telefonlah yg jadi medium perantaraan kami.. Walaupun Sipitang jauhnya beri-ribu batu dari Lahad Datu, tetapi penduduk di sana ada juga yg kena tempias khabar-khabar angin yg mendakwa puak kesultanan Sulu sudah mendarat di sana. Semoga keluarga mertuaku baik-baik sahaja di sana ya Allah.. Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...