Wednesday, 10 October 2012

Why Izz Firas Anaqi..?


Hari ini bayi saya dah genap 3 bulan.
Dah pandai diagah, tersenyum, ketawa, tegakkan kepala dan meniarap.
Perihal nama anak saya,
why Izz Firas Anaqi?
Izz - Kekuatan
Firas - Cerdik, tajam akal fikiran
Anaqi - Keindahanku yang menawan hati
Nama adalah doa ibu bapa kepada anaknya..
Semoga anak mama ni menjadi seindah maksud nama yg terukir dalam hidup mama dan papa..
Amin












                                                                                                                             







    
         

Monday, 8 October 2012

Mom and baby expo @ Danga City Mall



Apa yg menjadi tumpuan mommy2 dan baby2 di sekitar JB dan Singapura pada minggu lepas? Jawapannya of cos lah Mom and Baby Fair yg berlangsung pada 5-7 Oktober di Danga City Mall.  

Kami sekeluarga konon-konon tak nak lepaskan peluang berkunjung ke sana. Malangnya sesampainya kami di sana lebih kurang jam 3.30 ptg (Ahad) keadaan sangat tak mengizinkan, sangat sesak dengan kenderaan disebabkan pengunjung yang ramai! Huhu...takda rezeki kami nak ke sana. Dalam hati berkata, tak apelah, fair ni bukan setahun sekali, malah setahun ada 2, 3 kali..(ceh..nak sedapkan hati konon..)

Beruntung pada siapa yg sempat masuk ke sana sebab barangan ibu dan bayi dijual pada harga runtuh! Takpela Nurha, next time kena datang awal-awal..

Sunday, 23 September 2012

Happy 1st Anniversary!

Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama untuk saya dan suami! Saje wish untuk diri sendiri, hikss..
Semoga mahligai yg kita bina ini berkekalan buat selamanya.
Tambah berseri lagi dengan kelahiran Izz Firas Anaqi.
Mama sayang Firas dan papa sesangat!!

Saturday, 22 September 2012

Pengalaman bersalin c-zer anak pertama

Assalamualaikum readers! Rindunya Nurha dgn blog busuk Nurha ni... Dah berhabuk tebal yg teramat sangat dah blog ni.. Dah lama sangat tak buka. Apa khabar semua kawan2? Semoga sihat sejahtera di samping insan tersayang...

Nurha nak update tentang life yg dah semakin busy sejak jadi mama ni..heh..sgt teruja da jadi mama. 74 hari yg lalu Nurha telah selamat melahirkan bayi lelaki secara c-zer seberat 3.1kg. Tanggal 10 Julai jam 8.05 malam. Alhamdulillah, syukur.. Anak pertama kami lelaki (seperti yg diharapkan oleh papanya). Nurha nak kongsi sedikit pengalaman ketika melahirkan bayi ini. Nurha harap sangat dapat deliver secara normal, tapi tak seperti yg diharapkan.. Kelahiran secara c-zer kerana ada komplikasi. Nurha ceritakan secara kronologi.

10 Julai @ 6.30a.m
- Kandungan genap minggu ke-39. Bangun pagi macam biasa. Minggu2 terakhir nak deliver Nurha mmg tak lena tidur malam. Biasanya baby gerak aktif sekitar jam 2-5 pagi. Tapi berlainan pulak dgn hari ini. Hati rasa tak sedap terus kejutkan suami bangun tidur.

10 Julai @ 7.30a.m
- Bersiap-siap apa yang patut sebelum ke hospital. Hati kami rasa tak sedap terus bergegas ke Bilik Saringan, HSA. Cadangnya hari ini Nurha masih bekerja lagi sebab belum ada tanda2 nak deliver.

10 Julai @ 8.30 a.m
- Daftar dan tunggu giliran untuk diperiksa dalam Bilik Saringan. Doktor pantau pergerakan baby dan denyutan jantung guna ultrasound dan CTG machine. Kami jangkakan selepas pemantauan dah boleh pulang dan bekerja tetapi tidak sama sekali. Prosedur memakan masa selama 4 -6 jam. Nurha kena tahan wad sebab doktor nak pantau selama 24 jam. Inilah kali pertama kena tahan wad walaupun bekerja dalam hospital.

10 Julai @ 11.00 a.m
- Nama Nurha dah listed kat katil 29 Wad Kelas Pertama. Layanan doktor dan nurse sangat baik sampai rasa hilang debaran nak deliver. Dr Teow kata, kalau pergerakan baby ok dalam masa 24 jam, Nurha dah boleh discas esok, tapi kalau tak ok prosedur c-zer perlu dijalankan. Dalam hati Nurha "ya Allah, harap2 selamatlah semuanya.."

10 Julai @ 11.45 p.m
- Masa makan dah sampai. Makan lauk dan nasi macam org sakit. Tgh sedap makan, Dr Nuzul datang. Lepas makan minta Nurha masuk ke bilik rawatan nak check bukaan dah bukak berapa cm. Nurha dapat rasakan jalan tak bukak lagi. Bila doktor Nuzul check, memang jalan tak bukak lagi.

10 Julai @ 12.30 p.m
- Waktu melawat. Sukanya time ada org datang melawat. Bosan duk kat katil. Suami Nurha datang bawa semua barang2 yang tertinggal. Takde pengalaman pasal anak 1st so ade ajelah brg yg tertinggal.

10 Julai @ 3.30 p.m
- Setiap sejam nurse datang ambil bacaan blood pressure dan pantau carta gerak bayi secara manual. Bosan tak tau nak buat ape, baca novel.

10 Julai @ 5.30 p.m
- Setakat jam ini gerak bayi yg Nurha kira normal. Wah, ada harapan nak keluar wad cepat. Sukanya! Waktu melawat dah tiba, suami Nurha datang lagi.

10 Julai @ 6.30 p.m
- Lepas solat Asar nurse minta ke bilik rawatan. CTG probe dipasang pada perut Nurha untuk rakam gerak bayi dan doktor interpret guna graf. Lepas setengah jam graf tak cantik nurse tepuk2 perut dia kata baby Nurha tgh tidur sebab tu tak bergerak. Tunggu dan tunggu lagi. Agak merimaskan jugak probe tu letak kat perut. Graf jadi cantik tapi sekejap je. Rasa agak sesak nafas sebab baring secara terlentang dlm masa yg lama. Nurse minta Nurha baring mengiring. Tapi saat ini rasanya susah nak bernafas, nurse tgk graf agak merisaukan dan semakin drop jadi tak cantik. Sister masuk dan check bukaan. Menurut sister, jalan dah bukak 3 cm. Doktor on-call pulak masuk check jalan baru buka 1 cm katanya. Nurha nampak tangan doktor ada kesan darah pada glove rupanya ada bleeding. Doktor terpaksa buat emergency operation sebab risau baby lemas. Nurha setuju dan sign borang pesakit dalam keadaan yg sakit dan sesak nafas. Suami Nurha dihubungi utk benarkan prosedur pembedahan dijalankan. Terasa semua org dalam bilik rawatan tu bertungkus lumus nak selamatkan nyawa Nurha dan bayi, menyediakan persiapan utk ke dewan bedah.

10 Julai @ 7.30 p.m
- Nurha ditolak masuk ke dewan bedah. Nampak ramai pesakit kat recovery. Ubat bius dimasukkan ke tulang belakang. Rasanya banyak tempat dah kena cucuk. Tak sampai 5 minit pinggang hingga ke kaki dah terasa kebas. Bermulalah pembedahan oleh 2 orang doktor dan lebih kurang 7 org yang lain dalam OT9 tu. Kesan ubat bius Nurha rasa sangat mengantuk.

10 Julai @ 8.05 p.m
- Nurha terdengar tangisan bayi. Alhamdulillah! Baby aku selamat! Nurha berbisik dalam hati tak sabar nak tengok rupa bayi. Nurse bawa bayi ke muka Nurha untuk dicium, dan ucap “tahniah puan, baby boy, 3.1kg, 8.05 p.m”. Tak sabar rasa nak peluk dan cium tapi keadaan tak mengizinkan. Doktor sedang bertungkus lumus menutup semula bukaan yg dibedah. Selesai semuanya sempat Nurha jeling suami, rupa-rupanya dia pun ada sekali dalam dewan bedah tu. Tgh ready nak azankan dan tahnikkan baby.

10 Julai @ 8.45 p.m
- Nurha ditolak masuk ke wad utk berehat dan menyusukan bayi. Inilah saat yg terindah bagi ibu yg pertama kali bergelar ibu!

Saat terindah bergelar bapa

Susah betul dia nak bukak mata..hehe..

Gambar terkini...saya dah 5.6 kg pada 11 September..





Friday, 8 June 2012

Dugaan di hari Jumaat..

Minggu lepas (hari Jumaat) Nurha dan suami plan nak balik kampung. Sabtu, 2 Jun tu ada kenduri kahwin di rumah jiran kami. Pada 2 Jun tu, ada 4 tempat yang Nurha dapat jemputan kahwin, tapi kami bercadang pergi yang kat kampung je sebab lain2 tempat tu semuanya jauh, - KL, Segamat, Kuala Terengganu dan Nurha pun rasa badan ni tak selesa nak berjalan jauh setelah usia kandungan menjangkau 33 minggu. Sekarang ni terasa nafas makin sempit, sukar tidur malam, kurang selera makan, tangan kebas2 bila bangun pagi. Selalu juga kami lewat sampai ke pejabat disebabkan lewat bangun, Nurha rasa sangat letih..

Jumaat lepas, sempat juga kami ke Pasar Malam kat BBU tu buat pertama kalinya, tetapi berlaku insiden yang tidak diingini. Keret kami diumpil dan dipecah masuk walaupun tak sampai setengah jam kami parking dan menuju ke pasar malam.. 3 buah handphone Nurha hilang, wang tunai RM200.00, pendrive dan buku rawatan mengandung Nurha pun habis semua dicurinya satu beg. Nurha tinggalkan beg dalam kereta tetapi dapat dilihat oleh sang pencuri dan terus rembat semuanya beg yang ada dalam kereta termasuk beg toiletries. Termenung juga kami seketika, dan apa boleh buat. Mungkin kecuaian kami. Tapi Nurha tak expect yang kawasan tu akan ada pencuri kerana kelihatan sibuk tempat orang lalu-lalang. Kami pun terus ke Balai Polis Tampoi untuk membuat report polis. 

Mungkin ini ujian untuk kami dan baby, harap jangan lepas ni janganlah berlaku pada orang lain pula. Di mana-mana pun kita pergi, perlu berhati2 agar kejadian tak dingjni ini berlaku. Kami redha dengan dugaan-Mu ya Allah..  

Wednesday, 30 May 2012

Catatan kehamilan 2

Assalamualaikum readers... Lamanya Nurha tak menulis.. Rindu sungguh rasa hati nak menulis hari ini sementara menunggu hubby datang ambil balik dari kerja. Ini baru catatan kehamilan ke-2 yg Nurha tulis. Memang betul alam kehamilan bukanlah alam yang mudah untuk ditempuhi, macam2 pengalaman, perubahan emosi dan fizikal yang dialami oleh bakal2 ibu.. 

Kandungan Nurha telah menjangkau usia 33 minggu, bermakna tinggal beberapa bulan lagi sebelum masuk usia kandungan matang, minggu ke 37-40. Tapi kat ticker thebump.com sebelah ni tulis kandungan dah masuk usia 35 minggu, rasa macam tak betul je dia kira.. Apapun asalkan baby dalam perut ni selamat, sihat dan sempurna, amin...

Bercerita pasal mengidam, entah kenapa Nurha teringin sangat nak makan buah delima. Pada kebiasaannya, gejala mengidam ni berlaku di awal kehamilan je, tapi hati ni teringin sangat nak makan buah delima ketika menjangkau trimester yg ke 3. Haih.. Nak tak nak En Suami terpaksa mencari, dan akhirnya dapat juga cari kat Kipmart, Tampoi. Harganya boleh dibeli dengan RM8.00 sebiji. Tapi kawan Nurha kata kat KL lagi mahal, RM15.00 sebiji! Alhamdulillah, dapat merasa, ini yang dinamakan rezeki baby.. Banyak khasiat buah delima ni, kalau nak tahu boleh klik kat link ni... http://www.raudhatunnaim.com/khasiat-buah-delima.html



Monday, 26 March 2012

Kerana kaki lipas, dapat ganti rugi RM55,000.00

Assalamulaikum... Hampir berhabuk Nurha tinggalkan blog ni tanpa update sebarang cerita..huhu... Sejak syarikat kami diberi pengiktirafan 5 star oleh Teraju (SME Corp) rasanya semakin banyak workload yg terpaksa ditanggung.. Ape boleh buat kan, demi sesuap nasi..hehe.. 

Hari ini Nurha ada terbaca artikel menarik untuk dikongsi, iaitu "kerana kaki lipas, dapat ganti rugi RM55,000.00". Ceritanya berbunyi begini.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada pensyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognese' yang mengandungi kaki lipas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara, menolak permohonan syarikat itu untuk kebenaran bagi merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff yang mengetuai korum itu bersama dua Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinater juga memerintahkan restoran segera itu membayar RM3,000 sebagai kos.

Anantham berkata perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan.

Md Rais berkata, "Ia adalah untuk kebaikan masyarakat."

Pada 11 Okt 2010, Mahkamah Sesyen Shah Alam menganugerahkan Goh, 30, ganti rugi am sebanyak RM5,000, ganti rugi teladan RM50,000, kos dan faedah lapan peratus selepas memutuskan Goh berjaya membuktikan kesnya iaitu Pizza Hut Restaurants bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Syarikat itu gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen selepas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Okt tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam N. Ganesarajah berkata Pizza Hut telah membayar ganti rugi kepada Goh. Ganesarajah dan Khairul Idzwan Kamarudzaman mewakili Goh.

Goh dan rakan beliau telah mengunjungi restoran Pizza Hut di Subang Parade, Subang Jaya pada pukul 5.30 petang, 26 Sept 2007.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 2009, Goh berkata beliau sedang makan spageti apabila menemui satu 'objek' di dalam makanannya. Selepas melihat dengan teliti bersama rakannya, beliau mendakwa objek itu adalah kaki lipas.

Susulan kejadian itu, Goh mendakwa beliau mengalami kesakitan, muntah serta cirit-birit.

Pizza Hut Restaurants, yang diwakili peguam S. Sharmalah dan V. Veena berkata objek yang dipertikaikan di dalam makanan itu adalah bawang goreng.

Terdahulu, Sharmalah berhujah Goh tidak harus dianugerahkan ganti rugi teladan, sambil menambah keterangannya tidak konsisten.

Bagaimanapun, Ganesarajah berhujah tiga wakil Pizza Hut Restaurants telah mengesahkan wujud masalah lipas di restoran berkenaan sebelum dan selepas kejadian itu. 

Walaupun cerita ini berlaku beberapa tahun yang lalu, kita harus menjadikannya sebagai iktibar agar memilih tempat makan yang bersih dari segi cara penyediaanya dan kebersihannya. Restoran 'fast food' sekalipun, jangan fikir bahawa tahap kebersihannya berada di tahap yang terbaik. Cerita ini sebagai teladan dan pengajaran kita bersama, sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...