Wednesday, 30 May 2012

Catatan kehamilan 2

Assalamualaikum readers... Lamanya Nurha tak menulis.. Rindu sungguh rasa hati nak menulis hari ini sementara menunggu hubby datang ambil balik dari kerja. Ini baru catatan kehamilan ke-2 yg Nurha tulis. Memang betul alam kehamilan bukanlah alam yang mudah untuk ditempuhi, macam2 pengalaman, perubahan emosi dan fizikal yang dialami oleh bakal2 ibu.. 

Kandungan Nurha telah menjangkau usia 33 minggu, bermakna tinggal beberapa bulan lagi sebelum masuk usia kandungan matang, minggu ke 37-40. Tapi kat ticker thebump.com sebelah ni tulis kandungan dah masuk usia 35 minggu, rasa macam tak betul je dia kira.. Apapun asalkan baby dalam perut ni selamat, sihat dan sempurna, amin...

Bercerita pasal mengidam, entah kenapa Nurha teringin sangat nak makan buah delima. Pada kebiasaannya, gejala mengidam ni berlaku di awal kehamilan je, tapi hati ni teringin sangat nak makan buah delima ketika menjangkau trimester yg ke 3. Haih.. Nak tak nak En Suami terpaksa mencari, dan akhirnya dapat juga cari kat Kipmart, Tampoi. Harganya boleh dibeli dengan RM8.00 sebiji. Tapi kawan Nurha kata kat KL lagi mahal, RM15.00 sebiji! Alhamdulillah, dapat merasa, ini yang dinamakan rezeki baby.. Banyak khasiat buah delima ni, kalau nak tahu boleh klik kat link ni... http://www.raudhatunnaim.com/khasiat-buah-delima.html



Monday, 26 March 2012

Kerana kaki lipas, dapat ganti rugi RM55,000.00

Assalamulaikum... Hampir berhabuk Nurha tinggalkan blog ni tanpa update sebarang cerita..huhu... Sejak syarikat kami diberi pengiktirafan 5 star oleh Teraju (SME Corp) rasanya semakin banyak workload yg terpaksa ditanggung.. Ape boleh buat kan, demi sesuap nasi..hehe.. 

Hari ini Nurha ada terbaca artikel menarik untuk dikongsi, iaitu "kerana kaki lipas, dapat ganti rugi RM55,000.00". Ceritanya berbunyi begini.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada pensyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognese' yang mengandungi kaki lipas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara, menolak permohonan syarikat itu untuk kebenaran bagi merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff yang mengetuai korum itu bersama dua Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinater juga memerintahkan restoran segera itu membayar RM3,000 sebagai kos.

Anantham berkata perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan.

Md Rais berkata, "Ia adalah untuk kebaikan masyarakat."

Pada 11 Okt 2010, Mahkamah Sesyen Shah Alam menganugerahkan Goh, 30, ganti rugi am sebanyak RM5,000, ganti rugi teladan RM50,000, kos dan faedah lapan peratus selepas memutuskan Goh berjaya membuktikan kesnya iaitu Pizza Hut Restaurants bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Syarikat itu gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen selepas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Okt tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam N. Ganesarajah berkata Pizza Hut telah membayar ganti rugi kepada Goh. Ganesarajah dan Khairul Idzwan Kamarudzaman mewakili Goh.

Goh dan rakan beliau telah mengunjungi restoran Pizza Hut di Subang Parade, Subang Jaya pada pukul 5.30 petang, 26 Sept 2007.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 2009, Goh berkata beliau sedang makan spageti apabila menemui satu 'objek' di dalam makanannya. Selepas melihat dengan teliti bersama rakannya, beliau mendakwa objek itu adalah kaki lipas.

Susulan kejadian itu, Goh mendakwa beliau mengalami kesakitan, muntah serta cirit-birit.

Pizza Hut Restaurants, yang diwakili peguam S. Sharmalah dan V. Veena berkata objek yang dipertikaikan di dalam makanan itu adalah bawang goreng.

Terdahulu, Sharmalah berhujah Goh tidak harus dianugerahkan ganti rugi teladan, sambil menambah keterangannya tidak konsisten.

Bagaimanapun, Ganesarajah berhujah tiga wakil Pizza Hut Restaurants telah mengesahkan wujud masalah lipas di restoran berkenaan sebelum dan selepas kejadian itu. 

Walaupun cerita ini berlaku beberapa tahun yang lalu, kita harus menjadikannya sebagai iktibar agar memilih tempat makan yang bersih dari segi cara penyediaanya dan kebersihannya. Restoran 'fast food' sekalipun, jangan fikir bahawa tahap kebersihannya berada di tahap yang terbaik. Cerita ini sebagai teladan dan pengajaran kita bersama, sekian..

Thursday, 16 February 2012

Doa amalan dan surah-surah yang baik untuk ibu mengandung..

Nurha just nak sharing info untuk doa amalan dan surah-surah yang baik untuk ibu mengandung. Sambil buat kerja di pejabat sepanjang hari menghadap pc macam Nurha ni eloklah dengarkan ayat-ayat suci al-Quran secara online sebagai terapi pendengaran ibu dan bayi dlm perut. Boleh dengar kat http://www.surah.my beserta dengan maksud ayatnya sekali, juga boleh ke http://www.quranexplorer.com

Antara doa yang baik untuk diamalkan:

1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Surah-surah yang bagus dan kebaikannya:

1. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
2. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
3. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
4. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
5. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
6. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
7. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
8. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
9. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
10.Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Semoga bayi yang bakal lahir kelak terbina dengan minda yang cerdas, akal yang pintar, akhlak yang terpuji dan segala kebaikan yang tercatat di atas, insyaAllah.. Sekian dulu dari Nurha, assalamualaikum... 

Thursday, 9 February 2012

Video menarik untuk ditonton..


Hai..! Assalamualaikum semua...Lama betul Nurha tak meng'update' blog disebabkan kesibukan yang melanda.. Tambahan pula, usia kandungan Nurha pun dah nak masuk 5 bulan, hai sedar tak sedar macam sekejap je masa berlalu kan... Hati ni rasa berdebar-debar menanti kelahiran bayi yang pertama ni.. Risau pun ada.. huhu..bersabarlah wahai hati..

Morning dan evening sickness yang Nurha alami sudah semakin menghilang, alhamdulillah.. Sekarang dah tak ada alahan mengandung lagi, tapi kadang-kadang sakit kepala juga datang ketika sedang diulit mimpi, di tengah-tengah malam.. Aiseh, orang tua-tua kata biasalah tu.. Praktis nanti kalau dah ada baby kena berjaga waktu malam, baby nak susu, tukar lampin, demam ke dan sebagainya..

Nurha dah pun scan jantina bayi ni, tapi keputusannya biarlah rahsia..nanti dah tak surprise pulak..hehe.. Sangat baik doktor yang memeriksa Nurha tu, macam dia pulak yang excited lebih tengok baby ni bergerak riang dalam perut..hik..

Sekarang ni dah masuk 18 minggu, menurut Islam masa yang paling baik untuk ibu-ibu mengandung mengamalkan surah Luqman, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Yasin. Surah ini baik untuk kandungan dan mempunyai maksud yang tersendiri. Terdapat juga ayat-ayat yang perlu diamalkan dalam surah al-Anbiyak, ayat berapa Nurha lupa lah.. Tapi kalau readers tengok internet dan baca buku berkaitan, mesti readers tahu.

Nurha tertarik dengan video yang Nurha jumpa dalam Youtube ni.. Subhanallah.. Inilah kebesaran yang tuhan ciptakan untuk manusia.. Kejadian manusia dalam alam rahim.. Daripada proses persenyawaan sehinggalah kepada proses kelahiran.. Video yang baik untuk dikongsi bersama, menginsafkan kita tentang kelahiran kita di muka bumi ini.

Enjoy watching the video ya readers! Nurha pergi dulu, jumpa lagi di blogpost akan datang.. Salam semanis kurma dari Nurha dan ceria-ceria selalu!

Friday, 6 January 2012

Selamat datang 2012! Kehadiranmu dinanti...

Assalamualaikum...Hai.. Diharap semua readers berada dalam keadaan sihat belaka hendaknya.. Berlalu sudah tahun 2011, tahun 2012 pula telah melabuhkan tirainya.. Alhamdulillah, kita semua diberi peluang untuk hidup pada tahun 2012, merasa udara, keindahan alam, kesihatan diri dan kaum keluarga yang baik, kerja yang bagus, tempat tinggal yang baik dan sebagainya. Untuk mana-mana azam yang tak dapat dicapai pada tahun 2011, jangan risau boleh forward ke tahun 2012.

Untuk diri Nurha sendiri, 2011 mendatangkan banyak kenangan manis yang mungkin tidak dapat dilupakan. Tahun 2011 adalah tahun yang sangat manis kerana kena dengan tarikh lahir Nurha pada 2011 yang jatuh pada 20.11.2011. Nombor yang sangat cantik kan! Hajat di hati nak menamatkan zaman bujang pada tarikh tersebut, tapi encik bakal suami (status pada awal tahun lepas) tidak bersetuju kerana tarikh lahirnya juga jatuh pada bulan yang sama 8.11.2011 (hehe, jelesla tu..), tambahan pula ada masalah lain yang tak dapat dielakkan. So, kami pun disatukan pada tarikh 23.9.2011 disebabkan tarikh yang sangat sesuai, selepas Hari Raya Aidilfitri.

Tahun 2011 juga sangat bermakna, yang pertamanya mestilah Nurha dapat merasa kenangan manis menjadi isteri orang, perkahwinan adalah satu kitar hidup yang sangat penting dalam hidup seseorang dan merupakan hari yang bersejarah dalam diri seseorang. Kenangan manis yang kedua dalam tahun 2011 ialah di saat mengetahui diri telah hamil dan bakal jadi seorang ibu! Sangat bersyukur dengan anugerah Tuhan yang teramat sangat besarnya. Alhamdulillah, sekarang kandungan sudah pun mencecah 13 minggu dan kami suami isteri berharap agar bayi ini dapat dikandung tanpa ada sebarang masalah, amin..  

Tahun 2012 ini kami menanti kehadiran si comel yang bakal lahir pada awal Julai nanti. Apa pun jantinanya, kami terima dengan seadanya. Sampai sini dulu, ceria-ceria selalu ya!

Google courtesy

Friday, 30 December 2011

Ombak Rindu Full Movie da kena tarik balik??

Assalamualaikum readers... Sihatkah? Seperti biasa setiap hari Jumaat yg damai Nurha mesti akan update blog (if tak ade ape nak buat).. Nurha kurang gemar keluar berjalan2 di hari Jumaat ni, sebab bg Nurha malas bersesak2 keluar time org gi solat Jumaat, lagipun dapat keluar cuma 2 jam je. Tak puas gitu! 

Pagi tadi Nurha dah 'planning' nak tonton Ombak Rindu Full Movie kat Youtube. Terhangat dan masih panas di pasaran. Semalam terima share link daripada kwn2 kat Facebook, Ombak Rindu dah ada kat Youtube. Tapi, hairan jugak kan, kenapa cepat sangat filem tu ada di Youtube, kan baru je ditayangkan di pawagam. Semua org suka benda free, termasuklah Nurha, apelagi baik tonton je kat Youtube drpd nak bawak perut ni gi tengok wayang, hehe..

Tetapi malangnya, pada tengahari Jumaat yg mulia ni, full movie tu dah pun di'block' dalam Youtube.. Takda rezeki namanya nak tengok ni.. Rahsia upload secara haram di Youtube telah terbongkar! Info yang Nurha tahu, filem ini telah di'upload' oleh org dalaman Astro sendiri. Bagi sesiapa yang rumah ada Astro First, dapatlah tengok cerita ni kan.. Pagi tadi di berita Hot.fm, dah pun cerita pasal Ombak Rindu telah 'disedut' habis ke dalam Youtube. Walaupun kutipan tiket Ombak Rindu melangkaui kutipan tiket KL Gangster, tapi ada juga org 'pedajal' upload movie ni secara senyap2. Tapi setakat semalam, mesti dah ramai tonton n download, kalau campur dgn org2 dah tonton di Youtube (jadikan yg kunun-kununnye dorg tu beli tiket) mesti lg up kutipan tiket tu kan.. Kesian pengarah filem Osman Ali tu, penat2 dia buat filem, org pedajal pulak... Tapi takpe ye En Osman Ali, filem anda filem yg terbaik untuk tahun 2011 ini kerana kutipan tiket yg mencanak2..! Tahniah dan teruskan usaha!


Ombak Rindu....Filem yg terhangat masakini.... Diadaptasi drpd novel

Friday, 23 December 2011

Kenangan lama menjelma...

Assalamualaikum... Hai semua.. Selamat hari Jumaat... Cuaca di Bandaraya Johor Bahru ni mendung, hujan turun dengan lebatnya. Memang best kalau dapat tidur ni, tapi Nurha nak tidur tak boleh pulak.. Nurha pun tengok-tengoklah koleksi gambar dalam thumbdrive Nurha. Bila tengok gambar time study, rasa rindu dgn zaman itu, rasa kalau ada 'time machine' nak je kembali ke zaman study dulu..hihi.. Biarlah orang kata student tak ada duit pun tapi hidup student lah hidup yang mendewasakan seseorang tu. Berbeza dengan setelah bekerjaya, walaupun ada duit tapi lain rasanya kerana stress kerja tu berbeza dengan stress menjadi seorang student. Biarlah macam mana stress pun, walaubagaimanapun hidup perlu diteruskan juga kan. Terpulanglah pada seseorang bagaimana menangani stress. 

Nurha nak abadikan gambar ketika berjaya menggenggam segulung ijazah pada sekitar tahun 2008. Tarikh konvo Nurha sangat cantik, 8.8.08.. Tarikh yang ada 'ong' bagi masyarakat Cina. Pada tarikh itulah Istiadat Konvokesyen selamat dijalankan untuk pelajar Universiti Malaya, Fakulti Kejuruteraan. Bidang pengkhususan Nurha ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan. Memang kursus ni sangat 'tough' tetapi menarik dan menjadi kursus 'favourite' bagi orang Cina. Peluang kerjaya juga cerah di bidang kerajaan mahupun swasta. 























Sekarang, semua dah bekerjaya, ramai yang join syarikat swasta termasuklah Nurha. Suku daripadanya dah pun mendirikan rumahtangga dan dah ada cahayamata dah pun. Hajat di hati rasa nak further study lagi, tapi entahlah..tak tau bile lah tu..hehe..

Sampai sini dulu ye readers, ceria2 selalu.. Assalamualaikum..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...