Monday, 29 July 2013

Jalan2 cari baju raya..



Semalam berjalan tak 'hingat' kat pekan Parit Raja. Firas tinggal dgn ibu. MF dgn papa nak jalan berdua je senang nak carik baju dgn tudung. Macam nak tercabut rasa lutut cari baju kt byk kedai tapi tak berkenan. Sudahnya sempat gak grab sepasang baju kurung moden dgn tudung. Dalam otak ni asyik tringatkan Firas yg MF tinggalkan dgn ibu. Rasa nak balik awal takut Firas nangis sbb dah kenal org. Firas pulak jarang2 jumpa ibu.

Sesampai kat rumah mmg btul Firas mengaruk cari tempat nak 'ngempeng'.. Ala kesiannya anak mama. Nah baju raya Firas mama belikan. Tahun ni ikut tema yg mcm papa nak, kuning 'gold'..


Posted via Blogaway

Monday, 22 July 2013

Menu bersahur yg simple..



Hari ni puasa yg ke13. Bila puasa dah makin banyak hari, mulalah tekak pun rasa tak lalu sangat nak makan sahur.. Ni lah menu sahur kami laki bini pagi tadi.. Telur suku masak dan sosej rebus je..huhu

Posted via Blogaway

Saturday, 20 July 2013

Jemput-jemput jagung



Kali ni nak kongsi resepi jemput-jemput jagung. Jagung makanan 'fevret' Nurha. So apa2 makanan yg berasaskan jagung, memang Nurha telan.

Bahan-bahannya:-

Jagung yg telah dikikis dr tongkolnya

Bawang besar - dicincang

Lada merah - dicincang

Sekepal nasi

Tepung gandum

Air

Garam

Cara-caranya:-

Kacau sebati bahan-bahan di atas. Sedia utk digoreng.

Fungsi nasi kepal tu utk jadikan jemput-jemput lembut dan rangup. Boleh guna lebihan semalam. Letakkan kunyit serbuk untuk bagi warna jemput-jemput tu kekuningan sikit. Nurha lupa nak letak sbb tu jemput-jemput kat gambar ni nampak pucat je.. Jika suka, boleh juga tambahkan udang yg dah dikopek kulitnya. Ni menu sahur Nurha sbb pagi kdg2 tak lalu nk mkn nasi. Selamba Nurha abiskan jemput-jemput ni sepinggan sbb incik asben tak suka sgt..

Posted via Blogaway

Friday, 19 July 2013

Dunia akhir zaman



Salam Jumaat yg indah semua. Hari ini Ramadan yang kesepuluh. Seperti biasa, bacaan Yasin dan tazkirah diwajibkan setiap Jumaat di pejabat tempat Nurha bekerja. Tajuk tazkirah hari ini, Tanda-tanda kiamat @ Tanda-tanda dunia akhir zaman. Jadi, kami diselitkan dengan video ini, insaf seketika dan rasa berada dalam keadaan itu. Keadaan huru-hara ketika kiamat tiba. So kena tengok sampai habis tau. Ramai yang menitiskan air mata.


Tuesday, 16 July 2013

Pengat labu manis bersama jagung



Kali ni Nurha nak kongsi resepi pencuci mulut. Gandingan labu bersama jagung menjadi rupanya. Rasanya sgt ohsem! Jom tgk resepinya!

Bahan-bahannya:

10 dadu labu manis

2 tongkol jagung manis -yg dikikis ambil isinya je

Gula melaka

Santan kelapa

Sedikit garam dan gula

Daun pandan

Cara-caranya:

Rebus labu dgn sedikit air dan garam. Bila labu dah separuh masak, masukkan jagung. Tambahkan santan cair, daun pandan. Kacau sebati.

Masukkan gula melaka, gula pasir dan santan pekat. Kacau perlahan2 dgn api yg sederhana. Kacau sehingga menggelegak. Sedia utk dihidang.

Posted via Blogaway

Monday, 15 July 2013

Ikan caru masak sambal bertakhtakan kacang panjang



Ini ikan favourite Nurha masa kecik2 dulu. Selain bakar, masak mcm ni pun sedap. Simple je resepinya u'all.

Bahan-bahannya :

1 labu bwg besar -ditumbuk

4 ulas bwg putih -ditumbuk

15 tangkai cili kering yg dikisar

2 ekor ikan caru yg dipotong 2

Sedikit santan pekat

Air asam / asam keping

Bahan hiasan:

Kacang panjang - 2 urat

1 labu bwg besar yg dipotong bulat

Cara-caranya:

Goreng ikan caru yg telah dilumurkan dgn garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.

Tumiskan bhn2 yg telah ditumbuk bersama cili kisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan sedikit santan pekat dan air asam. Tumis sehingga pecah minyak. Perasakan dgn gula dan garam.

Masukkan ikan caru yg telah siap digoreng tadi. Kacau sebati. Masukkan kcg pjg dan bwg besar. Sedia utk dihidang.

Posted via Blogaway

Sunday, 14 July 2013

Masak lemak kacang bersama labu



Bagi Nurha bulan puasa ni lah bulan mengasah bakat memasak yg terpendam..hehe.. Nurha lagi suka masak drpd beli kat bazar sebab Nurha dah pernah terkena; beli lauk yg rasa tak seberapa, tapi mahal tak ingat! Even lauk tu nampak mcm sedap kan. Lagi pulak kalau beli makanan kat luar sana tu dapat makan sekali je tak bertahan lama sebab dorang masak awal kan so makanan cepat basi, dah tak fresh. Tak dapat nak ulang lagi, makan untuk sahur.

Memasak sendiri ni rasa lagi puas di samping tak perlu risau dgn kebersihan sebab penyediaan makanan buat kat rumah sendiri kan.. Lagi pulak boleh masak ikut citarasa, cuba resepi baru. Nak makan berapa banyak kali pun boleh.. Tak payah risau pasal basi punya..

Bulan puasa ni Nurha nak tempek gambar air tangan Nurha memasak utk incik asben. Semalam sempat masak lemak kcg bersama labu. Labu pemberian emak tu dah lama Nurha simpan dalam peti ais tapi tak ada idea nk msk apa. Resepi ni mudah dan ringkas, tak payah tumis pun.

Bahan-bahannya:

1 biji labu bwg besar

3 ulas bwg putih

sedikit udang kering

sedikit lada hitam

stgh inci kunyit hidup

--> semua bahan kat atas ni ditumbuk

10 potong labu yg dipotong bentuk dadu

4 urat kacang panjang

--> yg ini ikut suka nak berapa banyak

santan kelapa

daun kunyit

Cara-cara memasaknya:

Bahan yg ditumbuk dimasukkan je dalam periuk bersama labu, daun kunyit dan santan cair. Agak2 bila labu dah separuh lembik, masukkan kacang pjg dan santan pekat. Jaga api dan kacau perlahan2.. Bila kuah dah menggelegak, letakkan garam, serbuk perasa jika suka. Sedia untuk dihidang.

Menu ni sedap kalau makan dengan sambal belacan dan nasi panas. Memang terangkat u'all!



Posted via Blogaway

Kek birthday Firas..



Memandangkan hari lahir Firas jatuh pd bulan puasa, dan semua org pun tak lalu nak makan kek, Nurha beli kek yg setengah kilo je. Mujur kedai kek Melayu tu buka.. Nak buat kek yg macam ni belum pandai lagi..hehe.

Posted via Blogaway

Wednesday, 10 July 2013

Firas is one year @ 1st ramadhan




Assalamualaikum.. Salam ramadhan 1434H. Firas dah genap setahun hari ni. Cepatnya masa berlalu. Tringat saat lahirkan Firas setahun yg lalu. Takda rasa sakit pun. Org lain rasa gak macam mana rasa contraction tu tapi Nurha tak rasa langsung sebab Firas lahir ikut tingkap..emergency c-zer. Firas tak gerak lgsung time tu doktor bimbang dia lemas, then terus Nurha kena tolak masuk dewan bedah. Alangkah senangnya lahirkan Firas. Air mata kesakitan takda tapi air mata kegembiraan yg mengiringi...

Selamat ulang tahun sayang. Semoga Firas jadi anak yg soleh, cemerlang dan berjaya dunia akhirat. Semoga diberikan kesihatan yg baik dan sempurna. Amin.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Friday, 5 July 2013

Mee racun Batu Pahat..



Mee racun?? Erk...dengar name je rase takot nak makann.. Ada racun ape kat dlm mee ni? Racun rumpai, serangga, tikus...?

Hehe...ni lah mee yg Nurha rasa teringin sgt nk mkn.. Mee racun ni 'top' kat Batu Pahat. Tapi ada setengah tempat je yg sedap.. Kena pandai cari...

Bagi sape2 yg pernah mkn mee ni, rasa lebih kurang mcm mee bandung tapi 'light' sikit drpd rasa mee bandung... Kuahnya ada daging bertakhtakan sawi, carrot, telur.. Untuk yg special, ada gear box kambing, mkn sedut guna straw.

Posted via Blogaway

Monday, 1 July 2013

Sebenarnya saya isteri dia..

Wahs.. Nurha addicted dgn citer nih... Dah nak habis dah minggu depan.. Walaupun kdg2 ade gak episod yang ter'missed'. Tapi takpe.. Leh tengok kat Blog Budak Baik. Tak payah tengok kat Youtube. Lambat sangat loading. hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...