Wednesday 22 May 2013

Kisah Adam dan Hawa..


Assalamualaikum... MF baru je habis baca novel ni.. Memang ketinggalan betul.. Orang lain dah lama dah habis baca, MF baru terkedek-kedek nak habiskan membaca. Cerita yg kat tv pun dorang dah khatam kot.. Maklumlah, rumah MF takde Astro Beyond..heee.. So agak ketinggalan sikit.. Sekarang ni pun MF tengah layan cerita Adam dan Hawa kat Astro Ria, tiap2 malam pukul 11.30 (setiap hari Isnin sampai Khamis kalau tak silap).. Tapi kadang2 tu ade episod yg tak tengok jugak sebab dah tido..

Saje nak compare drpd pembacaan dengan penceritaan di tv. Tengok sekarang ni dah macam musim drama yg diadaptasikan daripada novel. MF suka sebab time baca tu boleh imagine watak2 berdasarkan drama tv, lagi2 kalo pelakon yg mantap2.. Cerita Adam dan Hawa ni MF suke layan layan sebab ada Kapten Dazrin Kamaruddin (yg menang Fear Factor selebriti Malaysia tu..) Hehe, suke tgk muke dia, cute sangat macam ala2 mamat Korea gitu.. Seb baiklah tak pegnen, kalo pegnen ngadap muke dia hari2..confirm dpt anak muke macam dia.. Ahaksss! Perasannya..

Lepas tu suke tengok gandingan pelakonnya tu, siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz dgn Nadiya Nisaa (Adam dan Hawa), memang hidup watak dorang.. Suke gak tengok muke Nadiya Nisaa, manis dengan lesung pipit yg dalam. Aaron pulak sangat bergaya dengan kostum Mr Pilot..Memang cool lah watak dia dalam cerita ni.. Tapi dalam novel dengan drama tv, ade jugak yg tak sama jalan cerita dan situasinya...mungkin ada garapan yg terkeluar sikit drpd cerita novel utk sedapkan cerita..hehe.. Yelah, macam memasak jugak kan, tambah perasa dan perencah itu ni nak bagi sedap..

Layan novel Adam & Hawa bertemankan air kopi..

Apepun cerita ni mendapat tempat di hati MF.. Sekarang ni tgh layan cerita kat TV3 yg setiap hari Jumaat malam "Sebenarnya Aku Isteri Dia.." (betul ke tajuk dia..?hehe) ala..yg nama hero dia nama macam Firas tu..(tapi ejaannya Firash..) lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.. Best gak, layan citer nih..



2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Sebenarnya Saya Isteri Dia tu saya pun layan... ^_^ ...

Nurha said...

Haa..cam besh kan citer tuh...Ops..Sebenarnya tajuk dia "Sebenarnya Saya Isteri Dia" bukan "Sebenarnya Aku Isteri Dia.." ekh..isy..salah laa..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...