Saturday 10 November 2012

10.11.12

Tarikh yang cantik.. Hari ni mama Firas cuti. Tapi datang jugak ofis buat kerja-kerja yg tertangguh yg tak dapat settle time hari biasa. Papanya pun ade keje nak buat kat makmal. Malas nak hantar Firas kat rumah pengasuh, mama angkut je Firas bawak gi ofis. Lagipun tak mahu letak lama-lama kat umah pengasuh pasal banyak nyamuk..huhu.. Selalu kepala Firas bintat-bintat kena gigitan sang nyamuk. 

 Hari ni Firas genap 4 bulan. Dah pandai ape ye? Dah pandai mintak adik? Hehe, ayat 'cliche' yg org suke tanya dan jawab balik pada MF. Ada lagi yg terlebih; dah pandai mintak mak baru. Ade kang kena lempang hamek! Haha..

Firas dah pandai makan biskut Farley's (orange). MF letak air suam je bagi biskut tu lembut. Nak letak susu takut dia muak. Ingat nak bagi biskut ni buat gigit-gigit aje sampai lembut pasal suka sangat hisap jari. Rupanya Firas lapar. Aiyak! Belum masuk 4 bulan boleh ke bagi makan? Tak seperti yg disarankan oleh nurses and docs supaya bagi makan time umur baby 6 bulan. Haih, nak buat cane, Firas dah lapar.. Susu MF pulak nampak gaya macam kian merudum, kena stand-by susu NAN kat rumah takut dia lapar. Firas pulak bila diberi makan biskut bagi satu tak cukup nak makan 2 keping gak. Siap mengejar-ngejar sudu lagi (nampak sangat memang lapar kan..) Macam mana saya nak ikut saranan docs n nurses tu..


Ini dia mama Firas dengan papa junior.. Tengok tu, habis rosak selendang mama dikerjakan Firas..hehe
Semoga anak mama ni sihat dan membesar dengan sempurna. Oh, Firas dah panggil mintak susu, MF tangguhkan menulis dulu..

2 comments:

Nory Zoulkefle said...

susah nk jumpa tarikh cantekk tu lagi...hehe

Nurha said...

hehe..tau xpe nory...obses tul ngn tarikh cantek..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...