Tuesday, 22 October 2013

Daging salai masak lemak cili padi

Post psl daging salai msk lemak. Siapa org Negeri 9 kat sini mesti dah familiar. Saje Nurha nak menghabiskan stok daging qurban. Bahan2 nya senang je tak perlu tumis. Blend kan siap2 cili padi, kunyit hidup tak payah letak bawang. Tapi santan kena banyak baru rasa manis. Jgn lupa gak letak asam keping. Daging yg siap disalai dicampur sekali dengan bahan tadi. Tenggek atas dapur sampai masak. Memang sedap sangat makan dengan nasi panas...

Saturday, 19 October 2013

Firas dah 15 bulan

Semalam Nurha bawa Firas check up 15 bulan. Timbang berat dan dapat 1 tablet zental (ubat cacing). Seingat Nurha time kecik2 dulu mkn ubat cacing bentuk cecair tapi sekarang dah ada bentuk tablet, cairkan dan masuk dalam minuman.

Firas dah turun sikit berat badannya sebab dia aktif, asyik nak main je. Makan pun payah kena berkejar2 time nak bagi makan. Harap ubat zental ni boleh bagi Firas berselera nak makan. Kesian mama tengok tulang rusuk Firas nampak obvious time buka baju nak mandi! Firas dah tak kuat makan macam dulu...

Tuesday, 15 October 2013

Mudahnya buat chocolate moist cake..

Asal nama coklat je memang fevret.. Skrg ni dah macam2 resepi kek choc moist. Tak payah susah2 nak cari bahan. Tinggal tuang je dalam loyang tambah telur 4 biji dengan susu dah siap.

Jika suka letak topping kek lebih lembap jadinya. Sedap pun ye. Nurha guna set tepung ni. Letak je dlm kukus dah siap. Eh, harus simpan stok set tepung ni..hihi.. Sedara mara dtg bertandang kat rumah dah senang. Prepare je kek choc moist guna set tepung hebat ni. Sape2 yg berminat boleh order. Mudahnya buat kek choc moist..semudah 1,2,3...

Monday, 14 October 2013

Salam Aidiladha..

Assalamualaikum.. Salam petang Isnin yg indah.. Nurha masih di pejabat lagi tunggu papa dan Firas ambil. Hari ini kena kerja u.. Tak sabar rasa nak pulang ke kampung halaman. Tak sabar juga nak berbuka puasa dgn ibu bapa dan sanak saudara. Alhamdulillah ibadah puasa hari ini dipermudahkan Allah.

Salam Aidiladha buat semua kenalan dan pembaca blog Nurha. Semoga pengorbanan yg dilakukan oleh anda semua diberkati oleh-Nya.

Tuesday, 1 October 2013

Berjalan 10k langkah

Assalamualaikum. Berjalan laju atau 'brisk walking' sangat baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi untuk kesihatan jantung. Jantung merupakan organ terpenting yg mengepam darah ke seluruh badan kita. Berjalan 10,000 langkah dikatakan sangat baik dan dapat mengelakkan penyakit jantung sekiranya diamalkan selalu.

Baru-baru ini, sempena Hari Jantung Sedunia pihak hospital telah menganjurkan Program Berjalan 10,000 langkah. Sempat jugalah Nurha ambil bahagian. Hari- hari duk kerja dalam ofis depan air-cond je memang kuranglah berjalan kan. Tahun depan kalau ada lagi program macam ni, Nurha nak join lagilah..

Monday, 30 September 2013

Budak muka bangun tido

Ni post hari Ahad semalam sepatutnya. Muka Firas baru bangun tido. Elok2 je mama nak tangkap gambar, dia buat muka macam tu. Padahal baru bangun tido. Kadang2 moodnya tak baik menangis tengok takda orang kat kiri kanan. Mama kat dapur, papa tgh mandi. Kadang2 time moodnya baik bising mulut dia sambil tunjuk kipas lah lampu lah.. Kalau lampu bunyinye 'pu', bila kipas..Nurha langsung tak faham apa bunyinya.

Firas dah sampai stage nak belajar bercakap pulak. Kalau mama dan papa tu dah tau dah sebut kenal mana satu mama dan papa. Lagi satu buat flying kiss dgn gaye tangannya..haha.. Tak boleh langsung nampak gambar Nurha kat handphone ke..frame ke..nanti habis basah diciumnya..hehe.. Bila naik kereta..pantang nampak bas..ditunjuknya 'bah'..masalahnya lori pun dipanggilnya bas! Asal nampak besar je, bas lah tu bg dia.. Keletah Firas mmg buat kami tak tahan gelak..

Tuesday, 24 September 2013

Fenomena durian crepe, pavlova dan melty oreo with hersheys

Apa persamaan antara ketiga-tiganya? Jawapannya sudah tentu ketiga-tiganya sejenis desert. Yang penting semuanya fevret Nurha..hehe..

Durian crepe

Durian crepe - suatu ketika dahulu menjadi trend org buat bisnes online dan side income. Sangat popular di laman sosial lebih2 lagi bg penggemar durian. Tekstur inti durian yg lembut, lemak dan manis sangat menepati citarasa ramai. Tidak hairanlah resepi durian crepe menjadi topik popular dan menjadi antara resepi yg top di enjin carian google.

Pavlova - tidak kurang hebatnya. Berbanding durian crepe, agak leceh dan rumit sedikit proses pembikinannya. Sekarang ni dah ada berbagai saiz dah. Nak yg comel ke yg besar ke, semuanya bergantung pada si pembeli @ pembuat. Aksesori pavlova ni terdiri daripada buah-buahan seperti strawberi, kiwi, anggur, limau, pic etc.

Melty oreo with hersheys - ini  yg paling latest. Sangat sedap dengan taburan cheese yg mewah di permukaannya. Terdiri daripada biskut marie yg diapit dengan wheeping cream yg diadun lembut. Memang terbaik dgn rasa manis dan lemak yg sederhana. Memang kena dengan tekak Nurha, hehe..Tak sempat Nurha nak tangkap gambar tengok2 dah nak habis baru teringat nak tangkap gambar. Asyik sangat dengan kesedapannya. Lepas ni nak kena try buat sendiri ni..hehe..rajin ker...?


Pavlova

Melty oreo with hersheys
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...