Sunday, 16 March 2014

Kisah kemarau, hujan dan Pray for MH370

Assalamualaikum dan salam berbahagia buat semua pembaca. Bumi Johor Bahru dibasahi hujan hari ini, alhamdulillah. Dah lama kemarau, hujan tak kunjung tiba. Pokok-pokok kering, rumput kekuningan menjadi warna kecoklatan akibat penangan kemarau yang berpanjangan. Paras air sungai juga semakin surut, pusat takungan air juga memberikan bacaan amaran, sehingga proses catuan air terpaksa dilakukan. Hutan dan belukar terbakar di sana-sini termasuklah kebun-kebun, ladang-ladang dan estet-estet. Alhamdulillah, hari ni Allah memperkenankan doa kami agar hujan turun setelah kemarau yang berpanjangan.

Pencarian pesawat MH370 sudah masuk hari yang ke-9, pesawat masih tak kunjung tiba, bukti juga belum ada lagi. Seluruh sanak-saudara, rakan-taulan, sahabat, ibu bapa dan keluarga penumpang menantikan perkhabaran gembira, dengan harapan agar penumpang dan krew kabin pulang dalam keadaan yang selamat. Doa rakyat Malaysia dan seantero dunia tidak putus-putus mengiringi agar kesemuanya dapat ditemui dengan selamat. Entah mengapa kisah kehilangan MH370 sangat terkesan di hati. Mungkin Nurha sangat terasa kerana antara kami sekeluarga dengan penerbangan tidak kira Air Asia, MAS ataupun Fireflies sangat bergantung kerana sering menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia. Mungkin disebabkan faktor ini kisah kehilangan MH370 amat terkesan di hati.

Apapun semoga semua pihak tidak berputus harap, semua rakyat tidak terputus doa agar penemuan pesawat ini dapat dipermudahkan, amin. 

Gambar ihsan Google

Friday, 21 February 2014

Positive test kit..alhamdulillah..

Assalamualaikum peeps! Lama tak berblogging..2014 ni adalah tahun yg mencabar bg Nurha. Kerja bertambah..umur bertambah..(hehe..yg ini..of cos lah kan)..anak bertambah..ha yg ini baru nak cerita ni.. Risau tak peod2 sekali check ada 2 line..

Alhamdulillah..rezeki Allah..di saat Firas umur 1 tahun 7 bulan. Tapi Firas ni masih breastfeed.. Macam mana tu eh.. Ada mommies yg ada pengalaman macam Nurha tak? Ada yg kata tak elok..ada yg kata teruskan.. Nanti Nurha update lagi cerita ni..

Thanks for reading... :)

Saturday, 14 December 2013

Illness like dengue fever

Assalam peeps! Jumpa lagi utk 1st post bg bulan Dec, 2013. Cepatnya masa berlalu nak habis tahun dah pun. Nurha baru pulih dari demam hampir seminggu tak datang ofis akibat demam yg tak kebah2. Simptom demam seakan denggi..sengal tulang..bisa badan.. Suhu badan tinggi jejak 40degree! Kalau budak kecik bimbang kena sawan je kan. Mujur Firas sihat walafiat tak berjangkit demam dgn mama dia. Firas pun seakan faham mama dia demam..tak banyak ragam.
Nak carik tukang urut punyalah payah kat JB ni sudahnya terpaksa balik Kota carik tukang urut bukan apa takut demam urat je. Baik je demam tumbuh pulak ruam2 kecil kat kaki Nurha ni seakan campak. Uhu..dugaan tul patut ar demam lama sangat rupenya nak kena campak. Terus cari air kelapa kasi keluar semua ruam tu. Merah2 makin keluar dgn meriahnya. Nurha jumpa lagi doktor minta kepastian samada campak ke bukan. Dalam hati ni ckp jgnlah campak bimbang menjangkit kat si kecik. Sah..doktor kata bukan campak tapi alergi ubat yg Nurha consume time demam tempoh hari. Sebelum ni tak pernah pulak ada alergi pada ubat- ubatan..kali ni pulak dia nak jadi. Apepun Nurha dah sihat dah pun tak payah nak ke klinik lagi ambil darah utk pantau FBC. Thanks god.

Wajib simpan Fever reader ni..sangat berguna time sakit @ demam kat rumah

Wednesday, 20 November 2013

Pesan Imam Ghazali

Sunday, 10 November 2013

Takpe nak..ibu dah lama maafkan..

Bingkisan hati drpd seorang ibu yg bekerja.....

Jam tepat menunjukkan angka 7. Memang suatu rutin kot asal jam 7 je waktu wajib sampai ke rumah. Ok jugakla drpd org2 kat ofis tu matahari dah tak nampak baru ingat nak balik. Pada aku work is work..but family first.

Lupekan dulu psal dorang. Anak dah amik kat pengasuh, suami pun dah ada kat rumah..mulalah otak fikir nak masak apa mlm ni. Keluarkan dulu ikan siap2 dari peti ais, jerang nasi, mandi, solat, tgk Love u Mr Arrogant jap. Tu pun tak fokus..sebab nak menyiapkan mkn mlm.Takpe nanti bole repeat tgk kat Tonton. Masak sendiri utk keluarga lagi berkat, guna air tangan ibu dan isteri kan...

Tepat pukul 8:30 p.m makanan da siap, masa utk makan. Perut lapar sgt ni sebab tadi siang mkn awal sgt. Takpelah bagi anak dgn suami makan dulu. Suap nasi anak dulu.

Ok, sekarang turn ibu pulak nak mkn..lapa sangat.. Baru mkn dua suap, anak main2 kat depan ibu, tiba2 terlanggar pinggan yg ibu tatang tgh sedap2 menyuap. Habis semua nasi dan lauk yg terakhir utk ibu bertaburan di atas lantai. Rasa putus selera ibu, nak dimarah anak..anak yg sdang nak meningkat naik. Nak naik tgan pun anak..tak sampai hati nak pukul..kat depan rezeki..tak baik marah anak.. Ok..ibu sabar. Ambil nasi baru. Lauk pun tgal sisa2..

Masa tidurkan anak pulak. Anak main2 atas katil. Ibu suruh tidur. Dah disusukan juga tak mau tidur. Tepuk2 bontot pun tak mau tidur. Asyik nak main aje. Ade jugak ibu yg tidur dulu ni.. Ibu baru nak terlelap, anak main2 kepala anak terlanggar bibir ibu. Tak jadi lelap ibu. Ibu rasa bibir ibu mcm berdarah. Kesat kat lengan baju, mmg betul darah. Darah dek penangan kepala anak kat bibir ibu. Aduh..sakitnya bibir ibu.

Dalam hati..ibu berkata, "takpe nak...ibu dah lama maafkan..."

Spaghetti bolognese..

Aih.. Blog Nurha ni mmg blog carca marba.. Menulis ikut sesuka hati, sesedap rasa..haha... Bak kata Double A, kau hado? Ni lah blog 'rojak' suke2 je nak tempek cita psl ape.

Kali ni nak cerita psl spagheti bolognese yg baru pertama kali Nurha bikin. Oh western food ni mmg jarang sangat Nurha masak sebab en suami tekak org kampung..hehe.. Tak taulah Firas da besar nanti tekak ape..

Bahan2 utk memasak spaghetti mudah aje..bwg putih dan bwg merah dicincang..ditumis sampai naik bau.. Daging cincang, pes tomato, tomato,   bebola daging dan air dimasukkan kemudian. Masak kuah ni lama sikit baru rasa sedap. Pada Nurha lagi masam lagilah sedap. Kalau ada kuah lebih, simpan dlm peti ais. Hangatkan kuah pada keesokan hari rasanya jadi lebih sedap sebab semua bhn campuran dah serasi.

Cita-citaku menjadi org kaya..

Assalamualaikum... Pasti semua dah pernah dgr lagu Tegar ni. Pagi tadi tengah melipat baju, MF pun duk menyanyi lagu ni, "Cita-citaku menjadi org kaya....." tiba- tiba ade pulak suara menyampuk "Oii.." Ha..teka sapa? Rupa-rupanya Firas yg menyampuk... Haha tercengang mama dgn papa dia.. Sapelah yg mengajar Firas ni.. Pandai tul masuk tang 'oii' tu.. Tak sangka tul..haha..
Eh..hari ni da masuk 10hb la..maknanya Firas dah setahun 4 bulan @ 16 bulan.. Gigi Firas baru ada 8 batang..gigi geraham masih belum muncul2 lagi gamaknye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...