Monday, 22 January 2018

Syampu Marine Essence memang best!

Kenapa banyak sangat rambut ni kat lubang air?? Argh, stress..!


Assalamualaikum. Selamat tengahari. Pernah tak uols lalui pengalaman macam ni? Banyak sangat rambut kat lubang air. Air bertakung. Kita pulak jadi stress kan! 

Puncanya sebab rambut kita gugur. Dah macam-macam syampu guna tapi tak berhasil. Still ada rambut gugur kat baju, lantai, tangga, atas tilam. Nurha pun pernah mengalami masalah yang sama macam ni. Tapi lepas je Nurha jumpa Syampoo Marine Essence, masalah rambut gugur dan gatal kulit kepala Nurha dah berkurangan! Dulu lepas lahirkan baby Fea, mak aii.banyak betul rambut gugur. Jadi stress pulak. Kulit kepala jadi gatal. Nak pakai tudung pun tak selesa.

Sebab apa Nurha pilih syampu ni. Salah satunya sebab dia tiada bahan SLS, iaitu Sodium Laureth Sulphate. Bahan ini merupakan salah satu penyebab yang menggalakkan sel kanser dalam tubuh badan kita.

Lepas tu kulit kepala rasa segar je, nak pakai tudung pun rasa konfiden . Kelemumur pun dah makin kurang. Rasa malu sebelum ni bila husband tegur kelemumur banyak. Kulit kepala gatal? Dah tak lagi sebab syampu ni menghalang kegatalan kulit kepala uols tau!

Bagi yang ada jerawat / kudis kat kulit kepala ME shampoo boleh bantu kurangkan. Rambut jadi sihat bermaya, dah tak sakit kepala. Yang paling Nurha suka sebab dia bantu rawat stress dan kepenatan fizikal. Sebab bila guna shampu ni bau dia wangi, jadi perapi stress bila penat bekerja.

Buat uols yang tercari-cari syampu ni apa kata contact Nurha, 

www.whatsapp.my/0173086352

Antara kebaikan ME Shampoo




Wednesday, 10 January 2018

Macam mana nak buat Bantal Viral

Hi! Happy Wednesday. Assalamualaikum semua followers Blog Nurha dan pembaca yang dikasihi. Nurha nak tanya, siapa kat sini suka mendeko tapi bajet ciput? Post kali ni Nurha nak ajak readers buat bantal viral yang sekarang ni tengah meletops kat media sosial. Bantal viral dengan modal serendah bawah RM5! Wow, murah kan?

Ini dia bahan-bahan nak buat bantal viral tu. Eh, macam nak tnjuk resepi je!

1. Alas kaki Eco RM2 x 4 pcs
2. Benang
3. Jarum 
4. Gunting
5. Kapas atau span pada kusyen lama yang uols dah tak guna

Sebahagian daripada bahan-bahan yang digunakan
Ok, ni cara-caranya nak buat bantal viral tu. 

1. Rapatkan kedua-dua alas kaki. Letakkan bahagian plastik di bahagian dalam.
2. Jahit kelim kedua-dua bahagian alas kaki itu. Jahit kemas-kemas tau. Nak lagi cantik boleh jahit guna mesin jahit
3. Sebelum nak habiskan cantuman alas kaki tu, masukkan span siap-siap.
4. Akhir sekali jahit mati, cantumkan habis.

Macam mana, mudah tak nak ikut? Senang kan.. Bila letak kat sofa, jadi berseri-seri dan akan ada kelainan sikit dengan bajet yang murah. Save budget kan!

Selamat mencuba!

Comel tak?


Wednesday, 3 January 2018

Promosi EZICLEAN back to school




Assalamualaikum.. Bila tengok kasut baju hitam kat kolar, lengan baju, kain, kasut sekolah anak-kita kita memang sakit mata kan? Kadang tu rendam berejam pun kotoran degil tak hilang-hilang. Lepas tu dah habis masa pulak nak menyental bagai nak rak. Untuk mak-mak busy bekerja macam Nurha ni, lagilah pulak takda masa nak menyental kain guna berus lama-lama.

Nurha nak recommend mak-mak semua guna sabun Eziclean Laundry ni. Memang best sangat. Rendam 5-10 minit je kotoran degil dah hilang. Memang jimat masa buat mak-mak busy, yang ada anak ramai. Sesuai sangat tau! Lepas rendam tu just sental-sental manja je, kotoran degil cepat hilang. 

Macam mana nak dapatkan sabun ni? Senang aje. Ambil handphone sekarang then Whatsapp 017-3086352. Ada stok banyak ni. COD sekitar JB yang berdekatan dengan HSA dan area Pasir Gudang. Senangkan nak dapatkan sabun ni.

Yang dah guna sabun ni, lepas tu dah habis kat rumah tu, bolehlah roger-roger Nurha jugak ye. Nurha nak bantu mudahkan kerja mak-mak semua. Sebab tu orang cakap, benda yang baik dan elok perlu diuar-uarkan semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Lepas tu bila dah guna sabun ni and nak jadikan side income, sangat-sangat dialukan! Nurha juga nak bantu mak-mak yang sekarang ni tengah melalui fasa kemelut kewangan dalam kegawatan ekonomi sekarang ni. Mudah je bak kata sifu. Fast Action, Fast Result!



Umur berapa patut sekolahkan anak?

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2018 buat semua pembaca blog Nurha. Lama tak kedengaran berita. Memang tahun 2017 tahun yang banyak meninggalkan kenangan manis, kenangan pahit, kisah suka, kisah duka. Apapun hidup perlu diteruskan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang buruk kita jadikan iktibar, yang baik kita ambil teladan. Tutup buku lama, buka buku baru. Yang penting kena positif selalu. Eh, ke laut pulak, hihi.

Sebenarnya hari ni Nurha nak cerita pasal pengalaman Nurha hantar anak ke sekolah. Ramai yang tanya umur berapa yang sesuai untuk kita hantar anak ke sekolah? Topik ni nampak berat, tapi sebenarnya agak ringan. Bagi pendapat Nurha sendiri, umur 4 tahun ialah masa yang sesuai untuk mula hantar anak ke sekolah. Time ni dorang dah mula nak pegang-pegang pensel, nak ada ramai kawan, tengah rancak bercerita dan berbual, that's why bagi pendedahan awal, time ni lah nak bagi expose pada anak-anak kita dengan dunia luar.

Ramai juga yang tak bersetuju sebab umur 4 tahun ada lagi yang belum putus pampers, belum pandai berdikari. Eh, takpe tau, umur 4 tahun kalau kita hantar anak kita ke sekolah dorang dah pandai berdikari, makan suap sendiri, basuh tangan sendiri, susun kasut kat rak sendiri. Ibu bapa tak perlu risau, percayakan kebolehan anak-anak kita, jangan terlalu manjakan pulak nanti dorang pulak naik lemak. 

Biarlah macam mana liat pun dorang nak bangun pagi, takpe. Itu ujian awal, nanti dah lama-lama dorang akan rasa mudah nak bangun pagi, rasa lebih berdisiplin. Bagi yang ada adik pula, dorang seakan abang kakak dah kat nursery bila pandai jaga adik dan tengokkan adik. 

Sekolah 4 tahun lebih kepada "playschool" so jangan risau kalau dorang tak boleh bawak ye. Kalau dah 5 tahun nanti, dorang akan terbiasa, lebih cepat pick-up, kemahiran motor halus dan kasar dah makin baik. InshaAllah, jika niat kita baik, nak bagi dorang ilmu, Allah akan permudahkan urusan kita. Yang penting doa kita yang menjadi keramat hidup mereka mestilah berterusan. Bagi sokongan padu, pujilah mereka sebanyak mana yang boleh.

Sekian dulu coretan Nurha, jumpa lagi next entri.


Fahim hari kedua kat nursery bagi tahun 2018. Tekun betul, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...