Monday, 20 November 2017

Today is my birthday..20 November 2017

Assalamualaikum. Hari ini 20 November, 2017. Hari lahir Nurha. Alhamdulillah. Masih lagi diberikan kesihatan yang baik untuk bernafas di muka bumi ini. Nikmat yang tak ternilai bagi Nurha ialah mempunyai kesihatan yang baik, diberikan keluarga dan orang sekeliling yang supportif dan suka dengan apa yang kita lalui dan istiqamah dalam setiap pekerjaan.

Diari hari ni, pagi-pagi lagi dah ke sekolah Abang Firas ambil report card. Sampai office, macam biasa ada potluck kecil sempena hari lahir Nurha. Yang best tu kek inspired by IKEA, sempena pembukaan IKEA JB. Yang lain-lain bawak buah-buahan, bubur kacang, kek, sandwich, nugget, sosej dan Nurha sendiri bawak mee kasar, memasak sampai ke jam 1 malam tadi, nak masak pagi alamat tak sempat! Nasib baik sebab ada yang request, kalau tak memang malas nak masak.


Berkongsi kek dengan husband sebab berkongsi bulan lahir yang sama.


Antara juadah small birthday celebration, tak semua lagi ni
Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan sekerja yang susah-susah aje menyediakan makanan untuk majlis kecil tadi. Ni kira sambutan penutup sebelum melangkah ke tahun 2018. Terima kasih bos sebab beri hadiah, dan ingat birthday staf nya ini.

Teka apa di dalam?

Teman-teman sekerja yang sporting


Akhir sekali hadiah yang paling bermakna Nurha dapat hari ini ialah pencapaian Abang Firas, dapat straight A untuk semester akhir ni. Alhamdulillah, teruskan usaha anak, tak sia-sia mama garang mengajar kat rumah, untuk kebaikan Abang Firas jugak! Semoga jadi contoh buat adik-adik

Keputusan akhir tahun. Kertas Bahasa Arab kali ni rendah, mama tengok soalan agak susah

Tahniah anakku


Tuesday, 14 November 2017

I am me..Nurha


Assalamualaikum.. Rindu tak dengan wajah ini. Dah lama kan Nurha tak menulis. Menulis dengan hati. Menulis dengan jiwa. Menulis memang hobi Nurha. Walaupun tak sempat Nurha tetap tanam azam dalam hati nak menulis di blog ini secara konsisten, nak menari-narikan jari ini di keyboard dalam blog yang dah lama Nurha tinggalkan, naik bersawang dah. Rasa sayang sangat dengan blog ni yang mana Nurha start menulis sejak belum berumahtangga lagi, sejak Ogos, 2011. Berkahwin pada tahun yang sama, September 2011.

Sekarang ni kehidupan Nurha sangat sibuk, menguruskan dua putera dan seorang puteri, yang semua tengah meningkat lasak dan bijak. Sebab tu orang cakap, being mom of three sangat hebat dugaannya dan rasa betul-betul mencabar. Tambahan pula, sejak berhijrah tempat baru, rumah baru, masih lagi mencari keserasian hidup di sini. Semua environment baru, jiran-jiran baru, laluan ke tempat kerja baru, eh macam-macam lagilah yang baru. Tu lah sebabnya lama menyepi tak berblogging.

Beralih kepada cerita pasal bisnes pulak. Nurha secara serius menceburkan diri dalam bisnes Hai-O Marketing sejak May, 2016. Mula bergiat aktif lepas pantang Cik Fea masa umur Cik Fea dua bulan pada September, 2016. Setakat ini, Nurha sangat bersyukur ditemukan dengan bisnes ini, sebab macam-macam ilmu bisnes yang Nurha pelajari, pulak tu produk Hai-O banyak yang high demand, tak rugilah join Hai-O ini. Biarlah orang kata yang MLM penipu tapi tidak bagi Nurha. Mereka yang kata penipu tu orang yang malas berusaha, nak senang cepat, mudah terperdaya dengan orang-orang yang sentiasa mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup orang lain. Tersalah pilih leader pun iya jugak. 

Walaupun kerjaya Nurha seorang Jurutera, menuntut kesabaran yang tinggi dalam banyak hal (sebab selalu pressure) dan income bulanan pun agak stable, tapi Nurha rasa tak cukup kalau zaman sekarang ni kita cuma ada satu income sahaja. Nurha nak keluar dari "comfort zone". Nak lebih income lagi. Baru lah rasa selesa kehidupan bersama anak-anak dan suami tercinta.

Azam Nurha semoga suatu hari nanti Nurha berjaya untuk capai pangkat CDM dalam bisnes ini, nak time freedom dengan anak-anak, nak jana empayar perniagaan sendiri, InshaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan Nurha untuk terus ke puncak.

Terima kasih kerana membaca coretan Nurha ini, sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...