Assalamualaikum dan salam berbahagia buat semua pembaca. Bumi Johor Bahru dibasahi hujan hari ini, alhamdulillah. Dah lama kemarau, hujan tak kunjung tiba. Pokok-pokok kering, rumput kekuningan menjadi warna kecoklatan akibat penangan kemarau yang berpanjangan. Paras air sungai juga semakin surut, pusat takungan air juga memberikan bacaan amaran, sehingga proses catuan air terpaksa dilakukan. Hutan dan belukar terbakar di sana-sini termasuklah kebun-kebun, ladang-ladang dan estet-estet. Alhamdulillah, hari ni Allah memperkenankan doa kami agar hujan turun setelah kemarau yang berpanjangan.
Pencarian pesawat MH370 sudah masuk hari yang ke-9, pesawat masih tak kunjung tiba, bukti juga belum ada lagi. Seluruh sanak-saudara, rakan-taulan, sahabat, ibu bapa dan keluarga penumpang menantikan perkhabaran gembira, dengan harapan agar penumpang dan krew kabin pulang dalam keadaan yang selamat. Doa rakyat Malaysia dan seantero dunia tidak putus-putus mengiringi agar kesemuanya dapat ditemui dengan selamat. Entah mengapa kisah kehilangan MH370 sangat terkesan di hati. Mungkin Nurha sangat terasa kerana antara kami sekeluarga dengan penerbangan tidak kira Air Asia, MAS ataupun Fireflies sangat bergantung kerana sering menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia. Mungkin disebabkan faktor ini kisah kehilangan MH370 amat terkesan di hati.
Apapun semoga semua pihak tidak berputus harap, semua rakyat tidak terputus doa agar penemuan pesawat ini dapat dipermudahkan, amin.
Gambar ihsan Google |
1 comments:
hii,singgah follow awak :)
Post a Comment