Wednesday, 22 May 2013

Kisah Adam dan Hawa..


Assalamualaikum... MF baru je habis baca novel ni.. Memang ketinggalan betul.. Orang lain dah lama dah habis baca, MF baru terkedek-kedek nak habiskan membaca. Cerita yg kat tv pun dorang dah khatam kot.. Maklumlah, rumah MF takde Astro Beyond..heee.. So agak ketinggalan sikit.. Sekarang ni pun MF tengah layan cerita Adam dan Hawa kat Astro Ria, tiap2 malam pukul 11.30 (setiap hari Isnin sampai Khamis kalau tak silap).. Tapi kadang2 tu ade episod yg tak tengok jugak sebab dah tido..

Saje nak compare drpd pembacaan dengan penceritaan di tv. Tengok sekarang ni dah macam musim drama yg diadaptasikan daripada novel. MF suka sebab time baca tu boleh imagine watak2 berdasarkan drama tv, lagi2 kalo pelakon yg mantap2.. Cerita Adam dan Hawa ni MF suke layan layan sebab ada Kapten Dazrin Kamaruddin (yg menang Fear Factor selebriti Malaysia tu..) Hehe, suke tgk muke dia, cute sangat macam ala2 mamat Korea gitu.. Seb baiklah tak pegnen, kalo pegnen ngadap muke dia hari2..confirm dpt anak muke macam dia.. Ahaksss! Perasannya..

Lepas tu suke tengok gandingan pelakonnya tu, siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz dgn Nadiya Nisaa (Adam dan Hawa), memang hidup watak dorang.. Suke gak tengok muke Nadiya Nisaa, manis dengan lesung pipit yg dalam. Aaron pulak sangat bergaya dengan kostum Mr Pilot..Memang cool lah watak dia dalam cerita ni.. Tapi dalam novel dengan drama tv, ade jugak yg tak sama jalan cerita dan situasinya...mungkin ada garapan yg terkeluar sikit drpd cerita novel utk sedapkan cerita..hehe.. Yelah, macam memasak jugak kan, tambah perasa dan perencah itu ni nak bagi sedap..

Layan novel Adam & Hawa bertemankan air kopi..

Apepun cerita ni mendapat tempat di hati MF.. Sekarang ni tgh layan cerita kat TV3 yg setiap hari Jumaat malam "Sebenarnya Aku Isteri Dia.." (betul ke tajuk dia..?hehe) ala..yg nama hero dia nama macam Firas tu..(tapi ejaannya Firash..) lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.. Best gak, layan citer nih..



Monday, 13 May 2013

Izz Firas dah 10 bulan..

Firas dah 10 bulan @ 10 May, 2013. Gigi pun dah ada 6 nak masuk 7 batang. MF dah tak bagi bubur nasi, bagi makan nasi terus.. So, now MF selalu buntu memikirkan nak bagi makan apelah kat Firas ni. Hari2 lauk yg sama takut dia muak pulak nak makan. Lauk yang paling selalu MF bagi, sup ayam, campur telur dgn carrot bersama sawi. No MSG but less salt please! Ada sesetengah ibu2 di luar sana yg langsung tak masukkan garam dlm makanan tapi bagi MF memadai letak sikit je. MF terjumpa blog MamaQaireen dapatlah sikit idea nak bagi Firas makan lauk apa. Selagi Firas belum setahun, risau MF nak bagi makan yg bukan2, lagi2 kidney dia belum matang. Jumaat lepas, pengasuh bagitau yg Firas seronok makan lontong mak dia bagi. OMG! Kakak jgn bagi Firas mkn yg lemak2 dulu ye, tunggu lah Firas umur setahun. MF said. Hehe..MF bukan tak berapa arif bab pemakanan baby ni, just tau info from magazine, books and internet.. 

Perkembangan terbaru Firas, mulut dia dah bising, selalu nak ajak berbual. Ni belum pandai cakap lagi, dah pandai cakap nanti, tak tau lah macam mana. Tak terlayan mama dgn papa dia. Dalam bulan lepas je Firas dah dua kali demam, awal bulan kene HFMD (hand, foot, mouth disease) tapi dah ok. Baru2 ni, demam tak elok2 sampai nak masuk 6 hari. Tapi now dah ok. Rupa2 nya nak dapat kepandaian lain.. Dah boleh berdiri tegak, tapi tak pandai maju ke depan lagi. Pastu mulut bising nak ajak berbual. Hehe..dis week ada check appoinment, see wut doc said..




Friday, 3 May 2013

Mode : Pilihanraya & Mari mengundi..


Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang indah. Hari ini cuaca di JB agak mendung, menandakan petang ni mesti hujan turun. Malam ni Nurha 1 family balik kampung. Semangat nak mengundi ni. Papa tak balik, kampung jauh sangat kat Sabah. Kira papa nanti tolong jaga Firas dengan cousin2 Firas time kami (mak, abah, kak long, adik2) pergi keluar mengundi..hehe..  

Korang dah tau belum kat mana tempat nak mengundi. Kalau dah daftar mengundi dan tak tahu tempat, boleh check kat sini, http://daftarj.spr.gov.my/. Nurha ikut alamat IC, so mengundi bagi kawasan P157 - Parlimen Pengerang, Dewan Undangan Negeri (DUN) - Penawar. Ni kira kali pertama mengundi, nak rasa macam mana ye suasana masa hari membuang undi tu. Bagi P157, Datuk Seri Azalina Othman Said akan bertanding dengan Dayangku Intan. Siapa yang akan menang? Saksikan keputusannya Ahad ini. 

P/S : PRU13 pada tahun ni sangat sengit . Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar.. Amin..

Pencalonan Dayangku Intan buat kali pertama dalam sejarah pilihanraya - Gambar : Ihsan Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...