Hai, assalamualaikum semua.. Salam Jumaat yang indah... Baru-baru ni MF bawa Firas naik kapal terbang. Biaselah baru 1st time lepas dapat anak ni naik flight, so takde experience lagi.. Lagi Firas baru 6 bulan. Banyak ragam, huhu.. Duduk sane tak kena.. Duduk sini tak kena.. Sudahnya papa yang dukung Firas dari hujung kapal terbang sampailah ke bahagian depan kapal terbang nak bagi Firas diam, tak menangis..
Salah satu sebabnya bayi tak selesa naik kapal terbang ialah perbezaan tekanan udara yang membuatkan telinga rasa tak sedap. Hilang daya keseimbangan, so rasa tak selesa. Org lebih tua macam kita ni boleh lagi control. Tapi bayi, bila rasa tak selesa hanya gelisah dan menangis jela yang dia mampu untuk nak bagitau ketidakselesaannya tu. Ni Nurha nak kongsi sedikit tips2 bawa bayi naik kapal terbang.
1. Pastikan bekalan susu, makanan mencukupi. Letak kat dalam beg siap2. Hand carry. Letak kat tempat senang nak capai, jgn letak atas tempat luggage tu nanti susah nak ambil. Kalau boleh, letak susu kat bekas yg leh buat susu panas atau suam, Nurha tak tau ape name bekas tu..hehe..
2. Pastikan perut bayi tak kosong, takut bayi muntah kat atas flight sebab nak imbangkan tekanan udara yg berbeza. Kalau kenyang pun jangan bagi kenyang sangat.
3. Barang permainan atau buku bergambar pun perlu dibawa sama. Senang nak bagi pujuk kalau nangis.
4. Pastikan mulut bayi dibuka sedikit ketika kapal terbang baru mula nak naik ke atas. Biar udara masuk sedikit supaya tekanan lebih seimbang. Pangku bayi kemas2 supaya tak terlepas. Sebab daya sentakan ke hadapan amat kuat time kapal terbang baru mula nak naik ke atas.
5. Baju sejuk / sweater perlu dibawa juga sebab kat atas tu sejuk. Takut bayi selsema kalo sejuk sangat.
6. Peluk bayi kuat2 kalo kapal bergegar sebab langgar angin atau terlanggar awan. Begitu juga kalo kapal nak mendarat. Peluk bayi kuat2 sebab kadang2 hentakan yg tak dijangka berlaku.
7. Tukar lampin bayi di tempat yang disediakan atau tukar lampin bayi terlebih dahulu sebelum perjalanan dimulakan. If nak tukar lampin, tunggu sehingga isyarat tali keledar dipadamkan barulah pergi ke washroom.
Sekian dulu tips Nurha ni, if ada apa2 yg nak tambah amatlah dialu2 kan..
|
Opss..ni bukan gambar Firas. MF tak sempat capture disebabkan Firas mengamuk tahap gaban dlm flight..hehe..Gambar disedut dr Google |