Friday 10 March 2017

Kisah meeting Jumaat lepas

Sejak dapat boss baru seorang foreigner ni, acapkali kami diarahkan meeting. Meeting yang tak berkesudahan. Kerja kami tak macam orang lain, keselamatan pesakit terhadap peralatan bioperubatan di hospital adalah tanggungjawab kami dan kami seboleh-bolehnya berusaha untuk memuaskan hati pengguna (doktor dan jururawat) juga pesakit.

Al-kisahnya kami diarahkan meeting pada Jumaat lepas di Melaka. Nurha jarang outstation, selalu boss mintak stay office sebab kalau dah semua keluar siapa nak jaga office kan. Buatnya ada big2 issue, yang lain semua takde satu masalah pulak nak menjawab. Meeting kali ni kena buat slide presentation dah macam zaman study dulu-dulu lah pulak. Lama sungguh tak buat slide bila dah lama tak asah bakat membuat slide, rasa seronok juga ye.Tapi rasa terketar-ketar nak present depan boss yang tak pandai berbahasa Melayu. Teringat gaya-gaya boss ni macam lecturer yang ajar subjek Calculus kat UM  dulu. Dengan bahas Inggerisnya yang pekat, kadang susah nak faham.

Meeting kali ni Nurha angkut anak-anak dan husband sekali ke Melaka. Biasa hari Jumaat memang kami tak hantar anak-anak ke Taska sebab taska tutup awal, tiada OT. Kalau hantar pun bimbang balik lewat,so husband terpaksa berkorban jaga anak-anak time Nurha meeting. Sementara menunggu Nurha habis meeting, husband jaga anak-anak kat hotel. Kalau menunggu kat luar, bimbang anak-anak meragam. Yang penting sediakan makanannya, susunya, biskutnya dan lain-lain makanan supaya anak-anak tak lapar.

Lepas meeting boleh jalan-jalan kat bandar Melaka. Anak-anak happy, kami pun senang hati. Biarpun kami penat tapi alhamdulillah dapat bersama-sama walaupun kena attend meeting. Kalau anak-anak dekat dan ada di depan mata, tak perlu rasa risau.

On the way ke Melaka. Time tu Cik Fea meragam jugak. Nasib sampai sebelum jam 10.

Abg Firas dah pandai jaga adik-adik sekarang

Cik Fea keletihan

Tentang Eziclean Laundry - sabun pencuci pekat pelbagai guna

Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal produk Hai-O iaitu sabun pencuci serbuk serbaguna Eziclean Laundry. Sabun pencuci pekat ni 1 pek berat 1kg dengan scope khas, guna sedikit aje kesan kotoran degil dah tanggal.

Sabun ni memang mendapat sambutan hangat di kalangan mak-mak yang ada anak-anak bersekolah. Sebab ape tu? Sebab sabun ni jimatkan masa dan mudahkan mak-mak buat kerja rumah. Kotoran degil pada pakaian senang tanggal. Kasut sekolah pulak, just rendam aje 5 minit lepas tu dah boleh sental manja, kesan kotoran tanggal. Mak-mak boleh biarkan anak-anak berdikari sendiri dengan mencuci kasut sekolah sendiri sebab tak perlu tenaga yang banyak untuk menyental.

Nak order? PM/ Whatsapp Nurha 017-3086352 sebab Nurha akan COD area Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kulai dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Nah, nak belanja sikit testimoni Eziclean Laundry ni.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...