Wednesday 20 March 2013

Belasungkawa: Perginya tak kembali...

Assalamualaikum.. Nurha terima berita yg tak disangka-sangka.. Pemergian rakan yg pernah satu sekolah dengan Nurha dulu ke rahmatullah. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada petang Ahad yang indah (17/3/2013 @ 5p.m). Beliau menghidap kanser tahap 4. Uniknya arwah baru sahaja lahirkan bayi perempuan secara normal pada penghujung Januari, 2013. Masih dalam keadaan berpantang ketika ditahan di wad akibat kanser tahap 4. Cantik, manja dan happy go lucky orangnya.. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan, tidak kira usia tua atau muda bila-bila masa juga akan dijemput-Nya.

Semoga rohnya Rifida Sabar aman dan tenang di sana serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...

http://www.facebook.com/rifida.sabar?fref=ts


Friday 15 March 2013

Firas went to swimming pool..

Gambar ni baru jumpe ekceli.. Time ni Firas umur 5 bulan.. Saje nak tempek kat blog ni buat kenang-kenangan.. Bile Firas dah besar nanti leh view gambar ni ye sayang... 1st time mandi kat pool Firas agak takut-takut ngan air.. Tapi sekarang ni Firas dah 8 bulan, sangat lah suke main air.. Bila mandi nak lama-lama duk dalam bilik air..hehe...

Baby ekceli takdelah takut air bcos dalam perut mamanya dulu dah terbiasa berenang dgn air ketuban.. Tapi Firas takut air may be air ketuban MF dulu tak banyak, siap doctor boleh rasa kaki dgn tangan Firas kat perut time hampir-hampir nak due lahirkan Firas dulu.. Iyelah kan, patut la anak mama ni takut air.. MF pun time minggu2 terakhir nak due kurang minum air.. So, kepada mommy to be semua...banyakkan minum air ye..
  

Semua org pandang kamera, Firas je tak..

Firas say, "bile nak naik ni papa??

Firas nangis, saya mahu pulang!

Baru nak pandang kamera

Inilah cousin2 Firas... (yg pakai pelampung hijau dgn yg pakai goggle je tau..)

Ramai tul budak2, next time mama n papa bawak Firas dtg sini lagi ye..

Monday 11 March 2013

Ujian pap smear...sakit ker..?

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin yang indah.. Korang dah join segmen tambah kenalan oleh blog Mimi Najib tu? Kalau belum lekas-lekaslah join utk tambah kenalan.. Salam ukhuwah utk kenalan baru Nurha..

Baru-baru ni Nurha berpeluang jalani sendiri ujian pap smear. Oh, ujian ni utk wanita-wanita yg dah berkahwin sahaja ye.. Yang single2 tu pun leh baca gak untuk info dan pengalaman akan datang.. Selama ni dengar je perkataan ujian pap smear tu...langsung tak mau ambil port pun.. Ujian ni pun diambil secara kebetulan time hantar Firas ke klinik, check-up 6 bulan tempoh hari. Ujian pap smear ni tak sakit pun, tak sampai 5 minit pun, cuma kurang rasa selesa sikit time spekulum (yg macam muncung itik tu..) dimasukkan ke dalam faraj untuk diambil sedikit tisu sampel dan dihantar ke makmal untuk ujian susulan. Sejenis alat yang macam berus akan mengikis tisu dengan pusingan 360 darjah.

Realitinya, ramai yang tak jalani lagi ujian ini sebab sifat malu yg menebal menguasai diri. Ada juga yang berpendapat prosedur ini menyakitkan. Tetapi ujian yg mengambil masa tak sampai 5 minit ini mampu menyelamatkan nyawa wanita yg pernah melakukan hubungan intim daripada jangkitan virus Human Papilomavirus (HPV). HPV boleh dikesan daripada awal untuk mengesan tisu-tisu abnormal yg boleh menyebabkan kanser. Golongan yang berpotensi tinggi utk hidap kanser serviks ini ialah individu yang aktif melakukan hubungan intim.

So, bagi yang dah berkahwin tu jangan risau untuk lakukan prosedur ini kerana mampu menyelamatkan nyawa dan sebagai langkah berjaga-jaga. Nurha dah..korang dah..?

Google courtesy



Thursday 7 March 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

MF jumpe blog yg menariklah.. So, ringan jelah tangan ni nak klik follow.. Jom kite meramai2 kan kenalan..kongsi2 pendapat..pengalaman...cerita2 menarik..gambar2 best... Jom kawan2..


Klik pada banner ya!

Follower #56


Khabar dari Sipitang

Negara dikejutkan dengan insiden pencerobohan di kawasan Lahad Datu, Sabah.. Apa khabar mama mertuaku di sana? Hanya telefonlah yg jadi medium perantaraan kami.. Walaupun Sipitang jauhnya beri-ribu batu dari Lahad Datu, tetapi penduduk di sana ada juga yg kena tempias khabar-khabar angin yg mendakwa puak kesultanan Sulu sudah mendarat di sana. Semoga keluarga mertuaku baik-baik sahaja di sana ya Allah.. Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...