Tuesday 27 November 2012

Firas went to clinic...


Semalam MF hantar Firas ke rumah pengasuh ke-2. Harap2 ok lah pengasuh yg kedua ni daripada  pengasuh yg pertama. Firas demam. Selsema dan batuk nampaknya makin tak kurang. Rasa dah nak dekat sebulan dah makan ubat Poliklinik Penawar. Kawan papa Firas cadang pergi Poliklinik Bio-Sucinas kat BBU. Kat situ ada pediatrician yg bagus, ramai yg serasi dengan ubat poliklinik tu. Klinik ni pun ada blogspot, http://poliklinikbiosucinas.blogspot.com/

Firas kena masuk nebulizer. Gas disedut masuk untuk cairkan lendir dalam hidung, kerongkong dan peparu. Mama tak sampai hati tengok Firas menangis macam kena pukul bila masuk gas tu. Kesian Firas. Lepas tu kena masuk cecair nama Clinzo kat hidung, habis semua lendir dari hidung Firas keluar. Firas nampak lega. Harap2 cepatlah sembuh. Risau dia asyik merengek je.


Tuesday 20 November 2012

My 1st Ballerina from Zalora

Kasut dari Zalora dah sampai! Hehe, macam iklan pulak. Nurha dah janji pada entri yg lepas nak cerita pasal kasut beli online daripada Zalora. Kasut sampai tepat pada masanya, pada hari lahir Nurha. Kira macam hadiah pulak. Oh, Nurha dah masuk 3 series, macam tak percaya plak..huahuahua..

Actually sampai semalam, tapi disebabkan Nurha emergency leave sebab kena jaga Firas pengasuh takde, so tak dapatlah nak bukanya semalam. Nurha minta kasut diposkan ke pejabat senang, sebab kalau dapat kat rumah takde sape nak pick-up. Apa lagi, semua member2 satu ofis menanti2 kotak kasut dibuka. 

Kotak kasut Zalora, besar kotaknya....
Kotak kasut je nampak besar, tapi dalam kotak tu ada kotak kecil lagi, muat2 kasut ballerina yg comel tu.. Lupe pulak nak capture gambar kotak kasut yang kecik tu.


Tadaaa...inilah kasut yg dibeli...santek tak??

Ha..ni lah kasut yg ditempah dan dibeli.. Bagi Nurha puas hati jugak, saiz pulak muat2 je masuk kat kaki ni.. Risau jugak sebab ada yg berpengalaman beli online dgn Zalora ni tak puas hati.. Sebab ada macam2 masalah.. Buat permulaan tempah kasut online ni beli yg murah2 je dulu sebab kalau dah terbeli yg mahal, bila terima kat tangan kita, tak puas hati pulak.. Kan ke rugi masa dan wang ringgit, tul tak..

Lain kali boleh beli lagi, Nurha bagi 4 drpd 5 bintang pada Zalora ye..

Sunday 18 November 2012

Klip video best : Because I'm a Girl by Kiss


Hari ni Nurha tido lewat pasal dah lama tido siang tadi..hehe.. Jom layan klip video ni..teringat video ni jadi glamor time study kat UM dulu, sekitar tahun 2005.. First time tengok, meleleh jugak lah air mata ni.. Sedih. Pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Cute sangat pelakon model perempuan tu. 

Moral of this video:
Hargailah insan tersayang yang berada di sekeliling kita sebelum kita kehilangannya suatu hari nanti. Kasih sayang memerlukan pengorbanan. So, jangan kedekut dengan anugerah mahupun harta benda yg kita perolehi kerana semua itu hanyalah SEMENTARA.. 


Thursday 15 November 2012

Zalora oh Zalora..!

Sekarang ni ramai betul orang memperkatakan pasal laman web Zalora ni. Yelah, portal shopping online terhangat di pasaran macam goreng pisang panas. Nurha pun tak terkecuali, hari-hari nak menghadap katalog Zalora, cuci-cuci mata je..hehe.. Tapi dalam banyak-banyak produk yang menjadi pujaan hatiku adalah kasut. Yang lain agak 'kureng' sikit. Mungkin belum explore habis kot.

Petang tadi duk tension menyiapkan kerja yang tak pernah habis tu, Nurha sempat jugaklah menjeling-jeling flat, ballerina dan sandal yang ada kat Zalora tu. Tengok punye tengok dah tersangkut pulak kat satu ballerina tu. Apa lagi, mintak papa Firas belikanlah, konon-konon macam hadiah birthday yang akan datang (minggu depan je, tak lama dah...) Kalau dulu time bujang-bujang mesti nak tengok heels or wedges ke yg paling mendapat tempat di hati. Tapi sekarang sejak dah jadi mak orang ni takleh nak pakai heels or wedges, takut tersandung time dukung Firas, lagipun kalau flat ke ballerina ke senang Nurha nak bergerak bawa baby. Koleksi yg ada pun tak terpakai sampai sekarang, huhu..

Harap-harap kasut yang ditempah tu takde masalah time delivery nanti. Risau gak nih pasal 1st time beli kasut online. Nanti dah sampai, Nurha kasi canang kat korang ye. Nak gak rasa experience beli kasut online ni, hopefully ok lah ye..

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H..

Assalamualaikum.. Salam Maal Hijrah buat semua readers.. Hari yang indah. Syukur kita masih bernafas di muka bumi Pencipta yg Maha Agung ini. Dah pun masuk tahun Hijrah 1434. Hari yang digalakkan untuk kita membaca doa penutup dan permulaan tahun Hijrah yang baru. Nurha just letakkan doa kat bawah ni (disedut dari Google) untuk dibacakan petang ini. 

Seperti biasa, syarikat tempat kerja Nurha akan adakan bacaan Yasin dan sembahyang berjemaah beramai-ramai. Syarikat ni memang bagus, motto syarikat pun dah melambangkan keislaman yang kuat iaitu UKHUWAH. Sangat bersyukur dapat bekerja di bawah pimpinan syarikat ini yang owner nya 100% bumiputera. Nurha tak nak cerita banyak, jangan lupa semua readers baca doa ni petang ni yek!

 

Saturday 10 November 2012

10.11.12

Tarikh yang cantik.. Hari ni mama Firas cuti. Tapi datang jugak ofis buat kerja-kerja yg tertangguh yg tak dapat settle time hari biasa. Papanya pun ade keje nak buat kat makmal. Malas nak hantar Firas kat rumah pengasuh, mama angkut je Firas bawak gi ofis. Lagipun tak mahu letak lama-lama kat umah pengasuh pasal banyak nyamuk..huhu.. Selalu kepala Firas bintat-bintat kena gigitan sang nyamuk. 

 Hari ni Firas genap 4 bulan. Dah pandai ape ye? Dah pandai mintak adik? Hehe, ayat 'cliche' yg org suke tanya dan jawab balik pada MF. Ada lagi yg terlebih; dah pandai mintak mak baru. Ade kang kena lempang hamek! Haha..

Firas dah pandai makan biskut Farley's (orange). MF letak air suam je bagi biskut tu lembut. Nak letak susu takut dia muak. Ingat nak bagi biskut ni buat gigit-gigit aje sampai lembut pasal suka sangat hisap jari. Rupanya Firas lapar. Aiyak! Belum masuk 4 bulan boleh ke bagi makan? Tak seperti yg disarankan oleh nurses and docs supaya bagi makan time umur baby 6 bulan. Haih, nak buat cane, Firas dah lapar.. Susu MF pulak nampak gaya macam kian merudum, kena stand-by susu NAN kat rumah takut dia lapar. Firas pulak bila diberi makan biskut bagi satu tak cukup nak makan 2 keping gak. Siap mengejar-ngejar sudu lagi (nampak sangat memang lapar kan..) Macam mana saya nak ikut saranan docs n nurses tu..


Ini dia mama Firas dengan papa junior.. Tengok tu, habis rosak selendang mama dikerjakan Firas..hehe
Semoga anak mama ni sihat dan membesar dengan sempurna. Oh, Firas dah panggil mintak susu, MF tangguhkan menulis dulu..

Thursday 8 November 2012

Papa 27th years old..

Hari ni 8 haribulan November. Hari lahir papa Firas. Happy birthday papa. Semoga dapat jadi papa yang baik pada Firas dan mama. Papa rajin, suami yang soleh, ringan tulang (selalu tolong mama sapu rumah, masak, basuh baju) isy banyak lagilah kalau nak tulis kat sini.. Hehe.. Hadiah mama untuk papa ialah...tiket penerbangan pergi dan balik ke Kota Kinabalu..! Jumpa kami di sana! Nak bawa Firas jumpa nini mama..

Bulan hari lahir kami sama, MF 20hb, cuma Firas je lahir bulan Julai..hehe.. Gambar MF tak pandai edit, sorry nampak tak cantik. Booking number dan nama MF terpaksa hitamkan atas sebab-sebab tertentu..heh..

Friday 2 November 2012

Khutbah Jumaat - Petua untuk mudah bangun Subuh

Assalamualaikum readers.. Lama tak menjenguk blog.. Khutbah Jumaat hari ini:

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari mel
akukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
Dipetik dari Facebook Ustaz Don Daniyal....

Nurha sekarang dah tak susah nak bangun subuh sebab dah ada jam loceng nama Firas. So, tiap pagi mesti terjaga sebab Firas kejutkan mama dia bangun pagi time pampers basah sebab wee wee or poo poo dan nak mintak susu..hehe..

Sekadar renungan untuk diri saya, keluarga dan semua readers...
Gambar disedut daripada Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...